You are currently browsing the daily archive for 11 December, 2015.

Islam BUKAN Agama RASMI Negara. Tetapi Islam adalah Agama Negara!

Apa bezanya?

Cuba kita bisikkan kepada hati kita sendiri … Islam agamaku atau Islam agama RASMI ku.

Mana satu yang kita rasa betul dan tepat? Pastinya Islam agama kita. Bukan Islam itu agama untuk kita gunakan bagi upacara-upacara rasmi sahaja. Kita tidak gunakan Islam untuk upacara rasmi seperti nikah kahwin dan seumpamanya sahaja.

Kita telah mengucap dua kalimah syahadah. Maka kita sudah menjadi seorang Muslim, CUMA mungkin kita masih berusaha untuk mencapai sebagai seorang MUKMIN.

Begitulah juga dengan Negara kita. Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Persekutuan Malaysia) semasa Merdeka, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Perkara 3 Fasal 1 ialah:

Islam Agama NegaraIslam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Dengan Perkara 3 Fasal 1, bermakna, Negara kita telah bersyahadah bahawa Islam adalah agamanya. Maka Negara kita bagaikan seorang Islam tetapi belum tentu ianya seorang Mukmin. Belum Mukmin kerana masih adanya jualan arak secara terbuka dan kedai-kedai judi toto dan loteri di merata tempat.

Begitu juga dengan diri kita. Diri kita masih belum sempurna. Kita berusaha untuk menjadi seorang Mukmin. Kita tidak katakan kepada orang yang sudah bersyahadah sebagai seorang KAFIR.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

December 2015
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid