Islam BUKAN Agama RASMI Negara. Tetapi Islam adalah Agama Negara!
Apa bezanya?
Cuba kita bisikkan kepada hati kita sendiri … Islam agamaku atau Islam agama RASMI ku.
Mana satu yang kita rasa betul dan tepat? Pastinya Islam agama kita. Bukan Islam itu agama untuk kita gunakan bagi upacara-upacara rasmi sahaja. Kita tidak gunakan Islam untuk upacara rasmi seperti nikah kahwin dan seumpamanya sahaja.
Kita telah mengucap dua kalimah syahadah. Maka kita sudah menjadi seorang Muslim, CUMA mungkin kita masih berusaha untuk mencapai sebagai seorang MUKMIN.
Begitulah juga dengan Negara kita. Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Persekutuan Malaysia) semasa Merdeka, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Perkara 3 Fasal 1 ialah:
Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Dengan Perkara 3 Fasal 1, bermakna, Negara kita telah bersyahadah bahawa Islam adalah agamanya. Maka Negara kita bagaikan seorang Islam tetapi belum tentu ianya seorang Mukmin. Belum Mukmin kerana masih adanya jualan arak secara terbuka dan kedai-kedai judi toto dan loteri di merata tempat.
Begitu juga dengan diri kita. Diri kita masih belum sempurna. Kita berusaha untuk menjadi seorang Mukmin. Kita tidak katakan kepada orang yang sudah bersyahadah sebagai seorang KAFIR.
2 comments
Comments feed for this article
31 May, 2016 at 1:32 am
Late Karpal Singh guilty of sedition against Perak sultan, appellate court rules | Karim's Blog
[…] Dan ini sebabnya Islam BUKAN Agama RASMI Negara […]
18 June, 2017 at 4:12 pm
Menteri Ini Boleh Disiasat Di Bawah Seksyen 121D Kanun Keseksaan? | Karim's Blog
[…] Dengan beradanya menteri itu dalam majlis tersebut, bermakna menteri tersebut tahu dan maklum bahawa ada sumpah janji orang Kristian untuk menjadikan Malaysia Negara Kristian. Maka itu adalah suatu kesalahan yang menyanggahi “Sumpah Jawatan YDP Agong” untuk memelihara Agama Islam setiap masa di mana Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan. […]