SPARK-T4TKejayaan menganjurkan Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) yang pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada 11hb November yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) telah dihubungi oleh banyak pihak untuk mengganjurkan lebih banyak seminar yang mendedahkan rencana jahat pelampau evangelis Kristian yang cuba memurtadkan umat Islam.

Pendedahan-pendedahan yang dibuat di dalam seminar tersebut amat bermanfaat untuk umat Islam faham tentang tipu helah jahat gerak kerja pelampau evangelis Kristian. Mereka telah mengguna pelbagai taktik semata-mata untuk memesongkan akidah orang Islam.

Insha Allah dengan sambutan demikian kami akan meneruskan lagi usaha memberi penerangan yang sewajarnya ke segenap pelusuk Tanah Air bagi membentengi akidah umat Islam. Usaha-usaha seperti ini adalah amat sesuai sekali dengan peruntukan Perkara 11 Fasal 4 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang mana-mana agama lain yang cuba mendakyahkan agama mereka kepada penganut agama Islam.

***************

Buku2 Iain - poster1

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

 

Advertisement