You are currently browsing the monthly archive for April 2016.
Selepas sesi-sesi penerangan selalu ada yang datang ke depan untuk mencerita kisah masing-masing atau bertanya sesuatu yang segan untuk ditanya dalam majlis. Ada juga ingin mengaturkan program susulan di tempat masing-masing.
Beberapa bulan lalu, sambil saya sedang hendak simpan komputer dan lain-lain aksesori saya, seorang wanita datang dengan raut wajah yang agak tidak senang bercampur cemas. Beliau ingin berkongsikan cerita tentang saudaranya yang meninggal sekitar tahun 80an.
Saudaranya yang meninggal itu apabila dikebumikan pada waktu siang, malamnya mayat dijumpai berada di atas kubur. Ianya memeranjatkan ahli keluarga. Mereka kemudian usahakan untuk mengebumikan mayat yang lengkap masih berkafan sekali lagi di tempat yang sama. Namun, malam berikut, perkara yang sama berlaku. Mereka sekali lagi tanamkan mayat tersebut di tempat yang sama untuk kali ketiga.
Tetapi keesokkannya mayat tersebut sekali keluar dan berada di atas tempat yang dikebumikan. Dengan linangan air mata yang mula keluar, wanita tersebut menceritakan lagi bahawa keluarga pasrah dan akhir mengebumikan mayat tersebut jauh di tempat lain bukan di perkuburan Islam dekat kampung mereka.
Sambil mengesat air mata, wanita tersebut ingin mengiakan apa yang saya terangkan tentang Insider Movement MBB C5 (baca) yang langsung kita tidak boleh jangka bahawa mereka ini sudah murtad masuk Kristian. Tidak ada langsung dari penjelmaan fisikal “Kristian Melayu” (baca) yang telah murtad ini kita boleh syak kerana saudaranya yang mati ini lengkap berpakaian seperti “orang Arqam”, kata beliau.
Selepas mendengar dari wanita tersebut, kami selidiki lanjut. Kami juga mengesan lokasi kejadian, kampung dan cuba mendapatkan pengesahan dari sumber-sumber lain. Masha Allah, setakat malam tadi, nampaknya cerita ini benar-benar berlaku. Kami sedang melengkapkan kajian ini dan akan satu hari mengeluarkan laporan lengkap untuk mengingatkan kepada umat kita tentang ancaman yang benar-benar membimbangkan ini.
***************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Penyebaran Kristian Yang Berterusan – Umat Islam Di Seremban Hilang Sabar
- Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian
BANGI, Khamis – Perlindungan dan pengiktirafan yang diberikan oleh pemimpin Barat kepada golongan ‘Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender’ (LGBT) menunjukkan bahawa agenda mereka sedang berjalan.
Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), A Karim Omar berkata, pengiktirafan dan perlindungan ini adalah bukti sebagaimana yang ditekankan dalam buku Sivil Demokratik Islam serta Building Moderate Muslim Network.
“Maka terlaksanalah apa yang dirancangkan oleh golongan Barat ini sebagaimana yang terkandung dalam Sivil Demokratik Islam kepada golngan-golongan modenis dan sekular, yang memperjuangkan hak sama rata jantina dan kebebasan beragama.
“Mereka percaya kalau golongan ini Islam tak salah mereka gay, atau kalau mereka wanita tak salah jadi imam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Sebelum ini katanya, golongan gay dan lesbian diklasifikasikan sebagai sejenis penyakit mental oleh American Psychiatric Society (APA) yang perlu diubati.
Malah, beliau berkata media Barat juga menggelarkan mereka sebagai ‘the militant gay’.
“Namun, pada awal 70-an, kumpulan ini melakukan demonstrasi mendesak supaya komuniti mereka tidak lagi digelar sebagai pesakit mental.
Mungkin dua perenggan di atas boleh diperbaiki: [“Namun, pada awal 70-an, kumpulan ini melakukan demonstrasi serta rusuhan mendesak supaya komuniti mereka tidak lagi dikategorikan sebagai pesakit mental. Malah, beberapa media Barat termasuk Newsweek (pada bulan Ogos 1971) juga menggelarkan mereka sebagai ‘the militant gay’.]
“Dan, pada tahun 1973, APA tidak lagi menyenaraikan mereka sebagai pesakit mental,” katanya.
Karim berkata, menurut International Classification of Diseases (ICD10) yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) menyenaraikan golongan pemakai pakaian wanita (Mak Nyah) ini sebagai transeksualisme di bawah kod S64.0 dan S64.1.
“Mereka terbahagi kepada dua, satu yang suka pakai pakaian wanita dan berbangga dengannya dan kedua ialah mereka yang memakai pakaian wanita secara tersembunyi.
“Ini adalah edisi terbaru yang dikeluarkan iaitu ICD10. Dan kedua-dua golongan tersebut adalah pesakit mental atau gila,” katanya.
Beliau ketika ditanya Ismaweb berhubung usaha membantu menangani isu ini berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengeluarkan manual atau modul pemulihan terhadap golongan Mak Nyah ini.
“Manual itu dikeluarkan oleh Jakim dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Agama Islam Terengganu.
“Usaha itu saya kira sudah ada, mungkin dari sudut pelaksanaannya masih dianggap lemah,” katanya.
Sebelum ini, aktivis Mak Nyah, Nisha Ayub mendapat pengiktirafan oleh datuk bandar San Diego di California, Kevin L Faulconer yang menobatkan 5 April sebagai ‘Nisha Ayub Day’.
Selain pengiktirafan yang diterima Nisha, pelajar Malaysia, Hazim Ismail seorang ateis dan gay telah mendapatkan status pelarian oleh pihak kerajaan Kanada.
Hazim akan tinggal di negara itu sebagai status pelarian yang dilindungi berikutan tidak mendapat pengiktirafan oleh undang-undang Malaysia serta keluarganya.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/04/lgbt-agenda-barat-sedang-berjalan/ Oleh Athirah Huda Zalhe
***********
Penglaporan berita yang sedikit kurang kemas. Ada beberapa kesilapan dalam petikan, contoh:
- Civil Democratic Islam – bukan Sivil Demokratik Islam
- F64.0 dan F64.1 – bukan S64.0 dan S64.1
- American Psychiatric Association – bukan American Psychiatric Society
Juga beberapa ayat yang agak tergantung.
Dalam mesyuarat pertama pasca 911-WTC, Paul Wolfowitz, Timbalan Menteri Pertahanan, telah mencadangkan kepada Presiden Bush untuk Amerika Syarikat menyerang Iraq dan menjatuhkan kerajaan Saddam Hussien. Baru hanya dua hari selepas 911-WTC, pada 13hb Sep, dalam mesyuarat di Camp David tersebut, tanpa sebarang bukti yang ada, Wolfowitz telah mengkhususkan penghukumannya ke atas Iraq dan kerajaan Saddam. Wolfowitz adalah satu-satunya orang bertanggung jawab ke atas tindakan Amerika Syarikat yang akhirnya, sudah ratusan ribu (jika tidak juta) orang Islam terkorban apabla mereka ingin menghapuskan Saddam sehingga kini.
Sehingga hari ini, Iraq masih dilanda bencana kemanusiaan yang tidak nampak penghujungnya hasil kerja jahat yang dimulai oleh Paul Wolfowitz itu.
Selepas tamat menjadi Timbalan Menteri Pertahanan, Wolfowitz telah diberi ganjaran baru untuk menjadi Presiden Bank Dunia (World Bank).
Dalam pada masa sama, Wolfowitz mempunyai seorang teman wanita, Shaha Riza. Shaha Riza adalah seorang wanita Arab berasal dari Libya tetapi menjadi warganegara Britain. Apabila dilantik menjadi Presiden Bank Dunia, Wolfowitz melantik teman wanitanya, Shaha Riza menjadi pegawai khas di Bank Dunia.
Jelas, ini adalah merupakan satu kesalahan “conflict of interest” yang dilakukan oleh seorang Presiden Bank Dunia dengan melantik teman wanitanya sendiri. Lebih memalukan ialah Shaha Riza turut mendapat kenaikan gaji yang besar sebanyak 36%.
Siasatan dalaman ke atas salah guna kuasa Paul Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia mendapati bahawa beliau bersalah. Kesalahan tersebut sangat jelas berhubung apa yang kerap disebut sebagai NEPOTISME. Dalam suasana inilah kedudukan Shaha Riza mula dipersoalkan dan boleh gugurkan dari Bank Dunia.
Apabila salah guna kuasa oleh Wolfowitz ini didedahkan kerana sikap NEPOTISME beliau yang disabitkan dengan memberi layanan istimewa kepada teman wanitanya, maka Foundation for the Future (FFF) mengeluarkan surat kepada Bank Dunia untuk meminta Shaha Riza diselamatkan dari Bank Dunia.
Surat bertarikh 1hb Oktober 2006, yang ditanda tangan oleh Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi FFF, dengan jelas meminta Bank Dunia menukarkan Shaha Riza dari Bank Dunia. Permintaan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim jelas bagi menyelamatkan kedudukan kawan lamanya Paul Wolfowitz.
Tindak-tanduk ini boleh dilihat sebagai usaha desperado untuk menyelamatkan seorang penjenayah perang, yang mengakibatkan ratus ribu umat Islam yang langsung tidak terlibat dengan 911-WTC mahupun helah Weapon of Mass Destructions (WMD) yang mereka reka-rekakan kemudian. Dan Anwar bersungguh untuk menyelamatkan penjenayah perang ini dan juga menyelamatkan seorang yang telah jelas dibuktikan SALAH GUNA KUASA (NEPOTISME)nya.
Jauh berbeza sekali dengan retorik yang dilaungkan Anwar di Tanah Air ini – kononnya mahu menghapuskan NEPOTISME KRONISME dan RASUAH. Sedangkan di Amerika Syarikat, jauh dari pengetahuan kita, Anwarlah yang membantu orang yang mengamalkan KRONISME. Sedih melihat orang ramai yang masih tertipu.
Nota: Surat FFF yang ditanda tangan oleh Anwar tersebut, saya ambil dari laporan siasatan dalaman Bank Dunia dalam kes salah laku Wolfowitz yang turut mengaitkan peranan Anwar dalam menyelamatkan Shaha Riza, teman wanita Wolfowitz. Ramai orang di Malaysia tidak tahu bahawa Anwar, walaupun seorang rakyat Malaysia, mempunyai beberapa jawatan dan peranan besar dalam pentadbiran Presiden Bush di Amerika.
Recent Comments