You are currently browsing the daily archive for 4 April, 2016.

Dalam mesyuarat pertama pasca 911-WTC, Paul Wolfowitz, Timbalan Menteri Pertahanan, telah mencadangkan kepada Presiden Bush untuk Amerika Syarikat menyerang Iraq dan menjatuhkan kerajaan Saddam Hussien. Baru hanya dua hari selepas 911-WTC, pada 13hb Sep, dalam mesyuarat di Camp David tersebut, tanpa sebarang bukti yang ada, Wolfowitz telah mengkhususkan penghukumannya ke atas Iraq dan kerajaan Saddam. Wolfowitz adalah satu-satunya orang bertanggung jawab ke atas tindakan Amerika Syarikat yang akhirnya, sudah ratusan ribu (jika tidak juta) orang Islam terkorban apabla mereka ingin menghapuskan Saddam sehingga kini.

Sehingga hari ini, Iraq masih dilanda bencana kemanusiaan yang tidak nampak penghujungnya hasil kerja jahat yang dimulai oleh Paul Wolfowitz itu.

Selepas tamat menjadi Timbalan Menteri Pertahanan, Wolfowitz telah diberi ganjaran baru untuk menjadi Presiden Bank Dunia (World Bank).

Dalam pada masa sama, Wolfowitz mempunyai seorang teman wanita, Shaha Riza. Shaha Riza adalah seorang wanita Arab berasal dari Libya tetapi menjadi warganegara Britain. Apabila dilantik menjadi Presiden Bank Dunia, Wolfowitz melantik teman wanitanya, Shaha Riza menjadi pegawai khas di Bank Dunia.

Jelas, ini adalah merupakan satu kesalahan “conflict of interest” yang dilakukan oleh seorang Presiden Bank Dunia dengan melantik teman wanitanya sendiri. Lebih memalukan ialah Shaha Riza turut mendapat kenaikan gaji yang besar sebanyak 36%.

wolfowitz-shahariza-anwar

Siasatan dalaman ke atas salah guna kuasa Paul Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia mendapati bahawa beliau bersalah. Kesalahan tersebut sangat jelas berhubung apa yang kerap disebut sebagai NEPOTISME. Dalam suasana inilah kedudukan Shaha Riza mula dipersoalkan dan boleh gugurkan dari Bank Dunia.

Apabila salah guna kuasa oleh Wolfowitz ini didedahkan kerana sikap NEPOTISME beliau yang disabitkan dengan memberi layanan istimewa kepada teman wanitanya, maka Foundation for the Future (FFF) mengeluarkan surat kepada Bank Dunia untuk meminta Shaha Riza diselamatkan dari Bank Dunia.

Surat bertarikh 1hb Oktober 2006, yang ditanda tangan oleh Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi FFF, dengan jelas meminta Bank Dunia menukarkan Shaha Riza dari Bank Dunia. Permintaan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim jelas bagi menyelamatkan kedudukan kawan lamanya Paul Wolfowitz.

Tindak-tanduk ini boleh dilihat sebagai usaha desperado untuk menyelamatkan seorang penjenayah perang, yang mengakibatkan ratus ribu umat Islam yang langsung tidak terlibat dengan 911-WTC mahupun helah Weapon of Mass Destructions (WMD) yang mereka reka-rekakan kemudian. Dan Anwar bersungguh untuk menyelamatkan penjenayah perang ini dan juga menyelamatkan seorang yang telah jelas dibuktikan SALAH GUNA KUASA (NEPOTISME)nya.

Jauh berbeza sekali dengan retorik yang dilaungkan Anwar di Tanah Air ini – kononnya mahu menghapuskan NEPOTISME KRONISME dan RASUAH. Sedangkan di Amerika Syarikat, jauh dari pengetahuan kita, Anwarlah yang membantu orang yang mengamalkan KRONISME. Sedih melihat orang ramai yang masih tertipu.

Nota: Surat FFF yang ditanda tangan oleh Anwar tersebut, saya ambil dari laporan siasatan dalaman Bank Dunia dalam kes salah laku Wolfowitz yang turut mengaitkan peranan Anwar dalam menyelamatkan Shaha Riza, teman wanita Wolfowitz. Ramai orang di Malaysia tidak tahu bahawa Anwar, walaupun seorang rakyat Malaysia, mempunyai beberapa jawatan dan peranan besar dalam pentadbiran Presiden Bush di Amerika.

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

April 2016
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid