no-lgbtBANGI, Khamis – Perlindungan dan pengiktirafan yang diberikan oleh pemimpin Barat kepada golongan ‘Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender’ (LGBT) menunjukkan bahawa agenda mereka sedang berjalan.

Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), A Karim Omar berkata, pengiktirafan dan perlindungan ini adalah bukti sebagaimana yang ditekankan dalam buku Sivil Demokratik Islam serta Building Moderate Muslim Network.

“Maka terlaksanalah apa yang dirancangkan oleh golongan Barat ini sebagaimana yang terkandung dalam Sivil Demokratik Islam kepada golngan-golongan modenis dan sekular, yang memperjuangkan hak sama rata jantina dan kebebasan beragama.

“Mereka percaya kalau golongan ini Islam tak salah mereka gay, atau kalau mereka wanita tak salah jadi imam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Sebelum ini katanya, golongan gay dan lesbian diklasifikasikan sebagai sejenis penyakit mental oleh American Psychiatric Society (APA) yang perlu diubati.

Malah, beliau berkata media Barat juga menggelarkan mereka sebagai ‘the militant gay’.

“Namun, pada awal 70-an, kumpulan ini melakukan demonstrasi mendesak supaya komuniti mereka tidak lagi digelar sebagai pesakit mental.

Mungkin dua perenggan di atas boleh diperbaiki: [“Namun, pada awal 70-an, kumpulan ini melakukan demonstrasi serta rusuhan mendesak supaya komuniti mereka tidak lagi dikategorikan sebagai pesakit mental. Malah, beberapa media Barat termasuk Newsweek (pada bulan Ogos 1971) juga menggelarkan mereka sebagai ‘the militant gay’.]

“Dan, pada tahun 1973, APA tidak lagi menyenaraikan mereka sebagai pesakit mental,” katanya.

Karim berkata, menurut International Classification of Diseases (ICD10) yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) menyenaraikan golongan pemakai pakaian wanita (Mak Nyah) ini sebagai transeksualisme di bawah kod S64.0 dan S64.1.

“Mereka terbahagi kepada dua, satu yang suka pakai pakaian wanita dan berbangga dengannya dan kedua ialah mereka yang memakai pakaian wanita secara tersembunyi.

“Ini adalah edisi terbaru yang dikeluarkan iaitu ICD10. Dan kedua-dua golongan tersebut adalah pesakit mental atau gila,” katanya.

Beliau ketika ditanya Ismaweb berhubung usaha membantu menangani isu ini berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengeluarkan manual atau modul pemulihan terhadap golongan Mak Nyah ini.

“Manual itu dikeluarkan oleh Jakim dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Agama Islam Terengganu.

“Usaha itu saya kira sudah ada, mungkin dari sudut pelaksanaannya masih dianggap lemah,” katanya.

Sebelum ini, aktivis Mak Nyah, Nisha Ayub mendapat pengiktirafan oleh datuk bandar San Diego di California, Kevin L Faulconer yang menobatkan 5 April sebagai ‘Nisha Ayub Day’.

Selain pengiktirafan yang diterima Nisha, pelajar Malaysia, Hazim Ismail seorang ateis dan gay telah mendapatkan status pelarian oleh pihak kerajaan Kanada.

Hazim akan tinggal di negara itu sebagai status pelarian yang dilindungi berikutan tidak mendapat pengiktirafan oleh undang-undang Malaysia serta keluarganya.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/04/lgbt-agenda-barat-sedang-berjalan/ Oleh Athirah Huda Zalhe

***********

Penglaporan berita yang sedikit kurang kemas. Ada beberapa kesilapan dalam petikan, contoh:

  1. Civil Democratic Islam – bukan Sivil Demokratik Islam 
  2. F64.0 dan F64.1 – bukan S64.0 dan S64.1
  3. American Psychiatric Association – bukan American Psychiatric Society 

Juga beberapa ayat yang agak tergantung.

Advertisement