Selepas sesi-sesi penerangan selalu ada yang datang ke depan untuk mencerita kisah masing-masing atau bertanya sesuatu yang segan untuk ditanya dalam majlis. Ada juga ingin mengaturkan program susulan di tempat masing-masing.

Beberapa bulan lalu, sambil saya sedang hendak simpan komputer dan lain-lain aksesori saya, seorang wanita datang dengan raut wajah yang agak tidak senang bercampur cemas. Beliau ingin berkongsikan cerita tentang saudaranya yang meninggal sekitar tahun 80an.

Saudaranya yang meninggal itu apabila dikebumikan pada waktu siang, malamnya mayat dijumpai berada di atas kubur. Ianya memeranjatkan ahli keluarga. Mereka kemudian usahakan untuk mengebumikan mayat yang lengkap masih berkafan sekali lagi di tempat yang sama. Namun, malam berikut, perkara yang sama berlaku. Mereka sekali lagi tanamkan mayat tersebut di tempat yang sama untuk kali ketiga.

Tetapi keesokkannya mayat tersebut sekali keluar dan berada di atas tempat yang dikebumikan. Dengan linangan air mata yang mula keluar, wanita tersebut menceritakan lagi bahawa keluarga pasrah dan akhir mengebumikan mayat tersebut jauh di tempat lain bukan di perkuburan Islam dekat kampung mereka.

CT-insidermovement.2Sambil mengesat air mata, wanita tersebut ingin mengiakan apa yang saya terangkan tentang Insider Movement MBB C5 (baca) yang langsung kita tidak boleh jangka bahawa mereka ini sudah murtad masuk Kristian. Tidak ada langsung dari penjelmaan fisikal Kristian Melayu” (baca) yang telah murtad ini kita boleh syak kerana saudaranya yang mati ini lengkap berpakaian seperti “orang Arqam”, kata beliau.

Selepas mendengar dari wanita tersebut, kami selidiki lanjut. Kami juga mengesan lokasi kejadian, kampung dan cuba mendapatkan pengesahan dari sumber-sumber lain. Masha Allah, setakat malam tadi, nampaknya cerita ini benar-benar berlaku. Kami sedang melengkapkan kajian ini dan akan satu hari mengeluarkan laporan lengkap untuk mengingatkan kepada umat kita tentang ancaman yang benar-benar membimbangkan ini.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: