Tersebar video berdurasi 0:59 minit ceramah DAP seorang Cina yang berkempen untuk orang Cina undi calon Melayu yang bernama Aziz untuk DUN Batu Kitang di Kuching.

Di bawah video tercatat sarikata terjemahan dalam bahasa Melayu  ceramah dalam bahasa Cina, yang saya sendiri pun tidak faham tanpa terjemahannya.

Dari terjemahan tersebut jelas bahawa Aziz sebagai calon Melayu yang DAP gunakan supaya Aziz, apabila menang nanti untuk “skrew” orang Melayu sendiri. Ternyata bahawa membaruakan calon Melayu hanya semata-mata “wayang” sahaja.

Berikut adalah petikan dari sarikata dalam video tersebut:

  • Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang
  • Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak
  • Mungkin akhirnya selepas 36 tahun, DAP akan ada ADUN Melayu di Sarawak
  • Supaya Aziz boleh “SKREW” puak Melayu sendiri …
  • “SKREW” Melayu korup sendiri
  • “SKREW” POK KAI puak Melayu sendiri
  • Ini akan jadi wayang terbaik yang patut kita tengok, setuju tak?

Aziz diletakkan di kawasan majoriti pengundi Cina (60%). Semata-mata mahu memastikan ada seorang Melayu menang untuk DAP. Kawasan itu hanya 20% pengundi Melayu. Tetapi DAP letakkan Melayu untuk mudah diwayangkan. Kalau di kawasan Melayu sudah pasti Melayu tidak sokong dan sukarlah untuk diwayangkan.

AzizBarua-CinaDAP-Sarawak