Tidak mudah untuk menganjur sesuatu program penerangan yang mampu memberi manfaat untuk orang ramai yang datang membawa balik maklumat-maklumat untuk dipanjangkan kepada kaum keluarga, kenalan dan sahabat handai. Pelbagai cabaran dihadapi oleh penganjur  – untuk dapatkan peserta, hendak sediakan makanan yang mencukupi dan tidak membazir berlebihan, bahan-bahan yang hendak diedarkan, tempat, persiapan tempat, kemudahan-kemudahan yang ada dan panjang lagi senarainya. Penat lelah janganlah dikira. Ramai yang siang malam membuat persiapan ini tidak kenal penat lelah.

TETAPI, apabila tiba masanya, selepas mendaftar, sesetengah peserta yang datang tidak pula mahu masuk dewan tetapi menghabiskan masa bersembang di luar langsung tidak peduli apa yang berlaku di dalam dewan. Yang berada di dalam dewan pun ada yang asyik bercakap-cakap mengganggu rakan sebelah yang ingin memberi tumpuan kepada majlis.

Ada pula yang asyik bermain telefon dan terus lena, sekadar sesekali terjaga mendengar penceramah berkongsikan sesuatu jenaka.

Sikap pesertaYang agak “kejam” ialah apabila ada yang datang kerana rasa terpaksa, atau sekadar mengisi nama untuk pendaftaran (mungkin memenuhi keperluan jawatan yang disandang), ambil bahan dan BALIK. Apakah tujuan mereka datang jika sekadar menghabiskan bahan edaran yang sepatutnya diberi kepada mereka yang betul-betul serious datang untuk mendengar?

Mereka yang berpelakuan sebegini sungguh memalukan. Tidak kira apa latar belakang pendidikan mereka, jawatan yang mereka pengang hatta gelaran anugerah yang mereka ada, mereka ini mempunyai sikap yang sungguh bermasalah. Dari pengamatan saya … mereka inilah yang selalunya bercakap tentang orang ini salah, orang itu tidak betul. Dia sahaja yang betul. Tetapi sikapnya sendiri mengambarkan keperibadian mereka.

Dalam banyak majlis dan program yang saya dijemput untuk kongsikan pembentangan, saya sering meneliti keadaan hadirin samada di dalam mahupun di luar dewan, sebelum tiba giliran saya untuk naik ke rostrum. Ada yang saya rakam dan ada juga saya siar sebahagian gambar yang saya rakam untuk ditayangkan kepada hadirin lain yang lebih tekun mendengar setiap pembentang.

Tujuan saya tayangkan gambar-gambar tersebut ialah bagi menceritakan kepada para peserta yang memberi tumpuan sepenuh minat dalam pelbagai pembentangan, bahawa ada di kalangan rakan mereka yang mempunyai sikap TIDAK KISAH. Pada masa para hadirin yang tekun dengan apa yang dikongsikan oleh penceramah serta terusik perasaan bimbang dan risau dengan pelbagai ancaman terhadap umat,  terhadap kaum keluarga mereka sendiri, ada pula rakan-rakan mereka yang TIDAK PEDULI LANGSUNG.

Pembelanjaan tetap terpaksa ditangguh penganjur. Mereka yang lari balik inilah kebanyakannya yang disebut oleh orang Melayu tentang “tin kosong”. Mereka inilah selalu cakap berdegar-degar di luar.