You are currently browsing the daily archive for 27 May, 2016.

Apa lagi yang hendak dirumuskan? Masih adakah orang Islam di Tanah Air ini yang mahu bersekongkol dan menaruh harapan dengan orang yang memusuhi kedaulatan Islam?

JELAS teramat sangat.

Kenyataan Guan Eng semalam “Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang)” selepas membantah pembentangan usul persendirian “cadangan pindaan Akta 355” oleh Presiden PAS, TG Hadi Awang, di Parlimen semalam. Sebenarnya MEMANG sekarang ini kita sudah pun ada dua sistem – mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

DAP benci usul Akta355

Kenapa LGE sangat benci usul yang dibentang? Apa sebenarnya isu berkenaan usul tersebut? Mari kita permudahkan untuk faham isu tersebut.

  1. Akta 355 adalah sebuah akta yang mana bidangkuasa Mahkamah Jenayah Syariah ditetapkan. Pada masa ini, Akta 355 menetapkan hukuman bagi mana-mana kesalahan di bawah bidangkuasa mahkamah Syariah dihadkan hanya kepada 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan sebatan sebanyak 6 kali sahaja. Ini jauh sekali menepati panduan syarak.
  2. Maka Akta 355 harus dipinda – bagi membolehkan penetapan hukuman di atas bersesuaian dengan hukuman Islam.
  3. Persetujuan yang dicapai di kalangan pimpinan UMNO dan PAS dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah, antaranya ialah untuk mendaulatkan perlaksanaan hukuman hudud di Tanah Air kita. Maka pindaan kepada Akta 355 mampu untuk melaksanakan sebahagian hukuman hudud yang sudahpun terkandung dalam bidang mahkamah Syariah.
  4. Perlu difahami bahawa, usaha meminda Akta 355 hanya membolehkan hukuman hudud bagi kesalahan yang tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah sahaja. Tidak termasuk mana-mana kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Sivil. Maka hukuman “potong tangan” untuk kesalahan mencuri itu belum boleh dilaksanakan kerana ianya di luar bidang Akta 355. Kita buat satu persatu – mana yang boleh dahulu.
  5. Untuk membolehkan pindaan ini diterima, undian dengan keputusan majoriti mudah sudah mencukupi. Yakni, 112 daripada jumlah 222 ahli Parlimen. Dan ahli Parlimen yang beragama Islam adalah lebih daripada angka tersebut. Namun, apakah ada nanti orang Islam yang tidak sokong usul TG Hadi Awang untuk mendaulatkan Islam di Tanah Air ini.

LGE kata bahawa PAS dan BN (UMNO) bergabung bawa hudud. Apa salahnya dua parti Islam-Melayu bergabung jika ianya HANYA untuk kepentingan orang Islam SAHAJA?

Apakah mereka mempunyai NIAT JAHAT yang tersembunyi?

Usul Akta355 - perlu112Kita mahu lihat perkembangan ini dengan penuh positif. Kita juga harapkan Presiden PKR, Wan Azizah, memikirkan kembali pendirian beliau yang lalu bahawa PKR akan tolak cadangan pindaan ini.

Pada peringkat awal cadangan pindaan ini dibuat (tahun lalu) apabila mendapati ahli Parlimen UMNO yang berjumlah 88 orang dan ahli Parlimen PAS seramai 21 orang (jumlah 109) itu belum mencukupi bilangan majoriti mudah 112, usaha telah dilakukan untuk mendapat sokongan dari kalangan ahli Parlimen Islam dalam PKR. Namun, Wan Azizah membuat kenyataan terbuka akan tolak usul tersebut.

Kemudian, PAS bergolak. Rupa-rupanya, ada spesis “mangga harum manis”, kulit hijau tetapi isinya warna oren. Maka keluarlah mereka dari parti PAS setelah gagal merampas kepimpinan PAS dalam muktamar tahun lepas. Asal kekurangan hanya 3 undi tersebut menjadi lebih parah akibat mereka yang telah keluar PAS dan tubuh parti kuali leper, nampak dari awal lagi seolah-olah menolak usul pindaan Akta 355.

Begitulah parahnya perpecahan dalam politik di kalangan orang Melayu Islam sendiri.

Baca juga:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2016
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid