MCA MESTI INGAT bahawa kedudukan mereka dalam kerajaan pasca PRU-13 adalah lebih kepada ehsan orang-orang Melayu Islam yang masih membuka serta memberi peluang untuk mereka berkongsi kuasa dalam kerajaan.

Berapa peratus dari kerusi yang MCA bertanding dalam PRU lepas yang mereka menang?

Soalan yang lebih penting ialah berapa peratuskah pengundi Cina yang sebenarnya memenangkan mereka untuk menjadi ahli Parlimen atau ahli DUN?

Dan berapa peratus pengundi yang memenangkan mereka itu adalah dari pengundi kaum Melayu Islam?

Rahmat pindaan akta 355SEDARLAH wahai tokoh-tokoh MCA, kamu menjadi ahli Parlimen dan ahli DUN kerana pengundi Melayulah yang telah memberikan undi sokongan untuk kamu. Bukan mereka yang dari kaum kamu sendiri.

Maka janganlah kamu rasa kamu masih bernyawa dalam scenario politik Tanah Air ini kerana orang-orang kamu yang memberi sokongan kepada kamu.

Exco MCA Kedah Leong Yong Kong yang istihar keluar MCA kerana cadangan pindaan Akta 355 dibawa ke Parlimen sepatutnya sedarlah diri bahawa di DUN Gurun itu adalah kawasan pengundi Melayu melebihi 57%. MUSTAHIL kamu menang kerana pengundi Cina.

Malah, sudah maklum bahawa dalam PRU-13, antara 90-95 peratus pengundi Cina memberi sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Ambillah satu persatu, setiap kawasan DUN mahupun Parlimen, menangnya pemimpin MCA itu adalah kerana UNDI SOLID orang Melayu kepada BN. Sebab itu hampir semua kerusi yang dimenangi oleh MCA adalah kawasan majoriti pengundi Melayu.

Eloklah MCA keluar sahaja dari BN jika mereka rasa mereka sudah kuat.

Peringatan untuk pemimpin UMNO supaya mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, untuk PRU-14, JANGAN lagi letak calon MCA. Mereka tidak sanjungi ehsan kita.

Baca juga:

 

Advertisements