DAP benci usul Akta355Pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS TG Hadi Awang di Parlimen beberapa hari lepas disambut baik oleh hampir keseluruhan umat Islam di Tanah Air ini. Namun, sebaliknya tokoh-tokoh politik Cina samada dari parti chauvinist DAP atau MCA, mereka senada mempersoalkan tentang cadangan pindaan tersebut.

Apa isunya?

Akta 355, seperti mana yang telah saya terangkan secara ringkas (klik di sini) – jelas adalah suatu akta yang berkaitan HANYA kepada orang-orang Islam SAHAJA. Tidak ada kaitan langsung dengan orang bukan Islam. Ianya adalah akta berkaitan jenayah syariah – minum arak di tempat terbuka, judi dan seumpamanya.

Habis kenapa mereka yang tidak ada kena mengena mahu menyibuk?

Jika mereka hendak menyibuk, kita mempunyai lebih hak dalam membangkitkan isu tentang SJKC yang sepatutnya tidak ada dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana mereka orang-orang Cina seperti itulah yang bercakap tentang kesatuan pelbagai bangsa di Tanah Air ini. Mereka cakap tida serupa bikin.

Atau apakah ada MUSLIHAT lain di sebalik bantahan mereka?

mengapa mereka sekat banteras jenayahDi antara kesalahan yang bakal menerima kenaikan hukuman ialah minum arak. Apabila orang Melayu minum arak mereka bakal menerima hukuman yang lebih tinggi. Ini mungkin membuat orang Melayu makin takut untuk melakukan kesalahan ini. Maka siapa yang akan rugi perniagaan mereka?

Kedua, jika orang Islam ditangkap bersama pasangan bukan muhrimnya, contoh yang menjadi pelacur, maka dengan hukumannya mungkin lebih tinggi akan membuat “bakal pelacur Melayu-Islam” ini mulai takut. Maka sukarlah untuk untuk mencari pelacur-pelacur Melayu selepas ini.

Malah, ibu ayam dan bapak ayam mungkin selepas ini sukar untuk mencari makan. Umum tahu siapa yang banyak meraih keuntungan hasil pelacuran yang diumpan dengan anak-anak gadis Melayu. Kalau dulu setakat satu dua ribu mereka pejam mata sahaja. Sekarang jika dendanya semain tinggi – ianya bakal merosakkan peluang “perniagaan” mereka.

Dan senarai andaian seperti ini mungkin boleh dipanjangkan lagi. Apakah ini sebenarnya mereka risaukan tentang kutipan hasil perniagaan yang tidak lagi lumayan.

Baca juga: