Kejayaan memasukkan Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah Tahun 1965) atau Akta 355 dalam senarai usul yang akan dibahaskan dalam Sidang Dewan Rakyat Oktober kelak begitu signifikan, khususnya terhadap institusi kehakiman syariah negara. Pertama, akta yang sedia ada kini dilihat tidak memperuntukkan bidang kuasa yang sewajar dan selayaknya kepada Mahkamah Syariah malah sebaliknya kelihatan memperlekeh kedudukannya. Sebagai contoh, bidang kuasa hukuman penjara yang diperuntukkan hanya setakat tidak melebihi tiga tahun, denda pula tidak melebihi RM5,000.00, dan sebatan syarie tidak melebihi enam sebatan. Hakikatnya, masanya telah pun tiba untuk akta ini dipinda memandangkan kali terakhir pindaan dibuat adalah pada tahun 1984.
Pakar-pakar perundangan syari`ah berpendapat bahawa had bidang kuasa Mahkamah Syariah yang begitu terhad seolah-olah memperolok (mockery) kredibiliti kehakiman syari`ah negara. Ini dengan mengambil kira fakta sejarah perundangan syari`ah yang menjadi asas penting bagi pembentukan masyarakat Melayu Islam dan tonggak bagi kedaulatan Kesultanan Melayu Islam. Iltizam tinggi pemerintah dan masyarakat Islam silam dalam melaksanakan perundangan syari`ah jelas terpahat pada Batu Bersurat Terengganu, iaitu prasasti ulung dunia Melayu.
Kedua, kejayaan ini sangat penting disebabkan ia dibentangkan oleh wakil pembangkang sebagai Rang Undang-Undang Persendirian. Sejak sekian lama, dua parti utama umat Islam di negara ini, UMNO dan PAS sering kali terpisah dek jurang yang begitu besar disebabkan perbezaan berasaskan isu-isu mendasar yang tertentu. Ketiga, kejayaan tersebut dianggap sebagai jambatan penghubung antara dua parti bersaudara ini. Dalam hubungan ini, perkara penting yang perlu diberikan perhatian besar ialah perancangan teliti bagi memasukkan Rang Undang-Undang Persendirian ini sebagai usul yang bakal dibahaskan kelak. Ini khususnya dengan mengambil kira cabaran serta bantahan daripada pihak-pihak yang cuba mengaitkan akta ini dengan Enakmen Hudud di Kelantan.
Amatlah wajar dijelaskan bahawa umat Islam selama berdekad-dekad lamanya telah dinafikan hak mereka untuk dinaungi dan diadili secara berkesan oleh sistem kehakiman yang diwahyukan oleh Allah SWT. Hal ini sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT, “Kesudahannya Kami jadikan kamu (wahai Muhammad dan utuskan kamu) menjalankan satu syari`at (yang cukup lengkap) daripada hukum-hukum agama; maka turutlah syari`at itu, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).” (Surah al-Jathiyah 45 : 18)
Amat menghairankan apabila beberapa orang Ahli Parlimen daripada parti pembangkang mengambil sikap terburu-buru untuk membantah usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya usul ini yang berada dalam senarai terakhir dalam urusan mesyuarat dewan dipercepat untuk bacaan bagi kali pertama. Bantahan mereka ternyata memperlihat sikap prejudis terhadap sebarang pendekataan Kerajaan untuk memperkukuh kedudukan Islam dan perundangan syari`ah. Sedangkan umum mengetahui bahawa akta ini dan kehakiman syari`ah negara tidak sedikit pun menyentuh kepentingan masyarakat bukan Islam. Sikap begini juga dapat dilihat sejak akhir-akhir ini apabila ahli-ahli politik pembangkang begitu beriya-iya untuk menafikan ciri-ciri Islam yang ada pada negara ini. Malah, ada antara mereka yang cuba mengelirukan masyarakat umum dengan mengatakan bahawa tonggak asas bagi negara ini adalah sekularisme.
Keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan budi bicaranya untuk menerima masuk usul persendirian yang dikemukakan oleh wakil Marang ini merupakan tindakan terpuji dan penuh bijaksana. Sikap prejudis dan sentimen negatif terhadap umat dan agama Islam negara ini atau lebih mudah dirumuskan sebagai Islamofobia amat wajar dibanteras. Sebarang tindakan yang dilakukan berasaskan sentimen berkenaan tidak harus sama sekali diberikan ruang mahupun peluang untuk ia bertapak kukuh.
Dalam hubungan ini juga, perlu dijelaskan bahawa sekiranya pindaan akta ini diluluskan oleh Dewan Rakyat ia tidak memberi maksud hukuman-hukuman di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, secara automatik akan meningkat. Sebaliknya pindaan terhadap enakmen-enakmen yang berkaitan perlu dilakukan pada peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen bagi akta yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan. Justeru, hak dan ruang dan peluang untuk membahaskan tentang tahap hukuman yang bersesuaian masih boleh dilakukan oleh semua pihak.
Umat Islam khususnya, pemimpin-pemimpin politik perlu menyedari kewajipan dan amanah yang terpikul di bahu mereka untuk meletakkan kepentingan agama mengatasi kepentingan politik. Malah, mereka juga perlu menyedari bahawa umat Islam umumnya telah muak dan mual dengan sikap atau tindakan yang menjadikan mereka sebagai alat atau tunggangan.
Sebagai kesimpulan, apa sahaja isu berkaitan degan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah kelihatannya sering sahaja dijadikan sebagai bahan pertelagahan politik. Sedangkan pihak berkuasa yang memiliki kuasa mutlak berkaitan dengan agama ialah Raja-Raja Melayu. Jika inilah sikap dan pendirian kita, di manakah sebenarnya letak atau duduknya kesetiaan kita sebagaimana yang jelas digariskan dalam prinsip Rukun Negara, iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara? Barangkali, di sinilah bermulanya kesilapan dan kejahilan sesetengah pihak yang tidak memahami kedudukan sebenar sistem perundangan negara ini.
sumber: Berita Harian (Ahad)
Baca juga:
15 comments
Comments feed for this article
15 June, 2016 at 10:53 am
Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan? | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
17 June, 2016 at 10:23 pm
Apa Itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan? | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
22 June, 2016 at 6:27 pm
Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang? | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
12 August, 2016 at 7:22 pm
Pindaan Akta 355 | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
13 August, 2016 at 7:31 am
Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
15 August, 2016 at 9:53 am
Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM? | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
16 August, 2016 at 8:58 am
Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
23 August, 2016 at 1:33 pm
Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355 | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
3 September, 2016 at 12:26 pm
Tiong Lai dan Subra – JANGAN Kamu KHIANATI Undi Orang-orang Melayu-Islam | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
26 September, 2016 at 1:38 pm
Mahathir MUDAH LUPA – Bahagian 2 | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
20 March, 2017 at 8:34 am
Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
20 March, 2017 at 8:43 am
Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
20 March, 2017 at 8:44 am
Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam | Karim's Blog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
26 April, 2017 at 11:29 am
Editor-editor Media Mesti Disekolahkan Tentang Asas Kedaulatan Negara | Ahmad Ali JetPlane
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]
26 April, 2017 at 11:29 am
Editor-editor Media Mesti Disekolahkan Tentang Asas Kedaulatan Negara | Ahmad Ali Karim's Weblog
[…] Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik […]