You are currently browsing the monthly archive for June 2016.

JEMPUTAN MEDIA SPRM:  LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SESYEN PULAU PINANG ESOK

Bismillahhirrahmanirrahim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam 1Malaysia

YBhg Dato’/Tuan/Puan,

Ketua Pengarang/ Pengarang Berita,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pertuduhan terhadap YB Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon di bawah  Akta SPRM 2009 pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 Jun 2016 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang

3. Sehubungan itu, dijemput pihak media untuk membuat liputan pertuduhan tersebut. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN PERANGI RASUAH
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Bahagian Komunikasi Strategik,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Aras 7, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62007 Putrajaya.
Tel: 03-8886 7659
Fax: 03-8888 9528
SPRM-pertuduhan LGE-mahkamah

Suasana tegang di KOMTAR dengan khabar LGE (Joseph Lim Guan Eng) akan ditangkap SPRM. Mesyuarat EXCO dikatakan masih berjalan. Pihak Polis/SPRM telah mengepong untuk menyerahkan waran tangkapan.

18:21 – ada yang mengatakan mesyuarat EXCO dilengah-lengahkan supaya lambat habis.

18:22 – ada usaha perbincangan agar LGE tidak digari sedangkan ada yang mengatakan SOPnya mesti digari.

18:24 – kemaskini dari Berita Harian: Pegawai SPRM dipercayai masuk ke Pejabat Ketua Menteri

18:40 – the Star melaporkan Phang Li Khoon arrested

18:42 – kemaskini dari the Star – Guan Eng, businesswoman Phang arrested

18:59 – kemaskini Berita Harian – Guan Eng didakwa esok

Berikut adalah gambar-gambar yang diterima melalui beberapa mesej.

(akan dikemaskini apabila diterima gambar baru seterus)

PENANG 29 JUNE 2016. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) di tahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian membawanya ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di sini. NSTP/MIKAIL ONG

PENANG 29 JUNE 2016. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) di tahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian membawanya ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di sini. NSTP/MIKAIL ONG

LGE-ditangkapSPRM9

LGE-ditangkapSPRM8

LGE-ditangkapSPRM7

LGE-ditangkapSPRM6

LGE-ditangkapSPRM5 LGE-ditangkapSPRM4 LGE-ditangkapSPRM3 LGE-ditangkapSPRM2 LGE-ditangkapSPRM1

Ya Allah Ya Rabb. Kau menangkanlah Islam. Kau HANCURkanlah musuh-musuh Islam dan mereka yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Kau patahkahlah perancangan jahat mereka. Sesungguh Kau adalah yang maha merancang. Ya Allah Ya Rabb. Kau Daulatkanlah Islam Di Bumi Bertuah Ini. Amiin Ya Rabbi Alamin

Di dalam “GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MASJID DAN SURAU DI NEGERI SELANGOR” dengan jelas menyebut titah DYMM Sultan Selangor melarang orang bukan Islam untuk memasuki ruang solat utama semua masjid dan surau dalam Negeri Selangor.

3.4 Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor 
Pada 28 Ogos 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk memasuki ruang solat utama semua masjid dan surau dalam Negeri Selangor atau mengadakan apa-apa acara di dalamnya.
Mana-mana orang yang didapati bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor ini boleh didakwa di bawah seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Selangor) 1995

WilliamLeaon-MasjidSelayangPandang

Telah tersebar di beberapa laman sesawang bahawa Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong Jee Ken telah berucap di dalam ruang solat utama Masjid Al-Muttaqin Selayang Pandang beberapa hari lepas. Apakah Willian Leong telah melanggar titah Tuanku Sultan atau ada di kalangan AJK yang sengaja melanggar titah DYMM Sultan Selangor? Tindakan harus diambil di bawah seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Adalah wajar untuk JAIS melakukan siasatan segera berhubung khabar yang telah tersebar sejak beberapa hari ini.

kebakaran stesen minyak

Sudah banyak kali berlaku. Dan sudah banyak kali dilapor. Terbaru (semalam 28hb Jun 2016 – di Setapak, KL) seorang wanita 25 tahun melecur 60% kerana mengguna telefon sambil mengisi minyak.

Sudah banyak peringatan di sekitar stesen minyak. Bukan satu, malah setiap kawasan pam minyak itu.

KENAPA masih ramai yang tidak ambil peduli.

Jika anda merasa tidak kisah dengan keselamatan anda …

… bagaimana ahli keluarga anda yang berada di dalam kereta – sudah ada yang berlaku.

… bagaimana dengan pengguna lain yang sedang juga mengisi minyak – juga pernah berlaku.

… kesian juga pemilik yang mengalami kerugian akibat kecuaian anda.

Apa sukarnya untuk:

  1. Matikan engine
  2. Jangan guna telefon sambil mengisi – terbaik ialah simpan telefon dalam kereta – kereta jika ianya berada dalam poket ianya masih bahaya jika ada panggilan ketika anda mengisi
  3. Jangan sekali-kali merokok atau menghidupkan api di sekitar kawasan stesen minyak.

MUDAH.

Tetapi ramai yang masih tidak peduli.

Baca:

Utusan Malaysia: Guna telefon bimbit ketika isi minyak, wanita melecur disambar api

SIA-fire-ChangiApabila berlaku ke atas MAS/Malaysian Airlines cepat-cepat orang menuding jari. Safety standards laa. Macam-macam laa.

Tetapi dunia diam sahaja apabila ianya berlaku kepada syarikat penerbangan jiran sebelah. Ramai orang suka puja dan puji negara jiran. Ramai orang hanya nampak benda yang baik sahaja di negara sebelah.

Kononnya di Tanah Air kita sendiri ini penuh dengan kezaliman. Tetapi mereka lupa ISA sudah tiada di Malaysia. Tetapi ISA berwewenang diamalkan di Singapura. Kalau di Malaysia tidak telus. Di Singapura?

Ada orang kita puja dan puji Singapura yang bersih. Tetapi mereka lupa perilaku pemandu Singapura yang antara paling ramai buang resit tol (suatu ketika dahulu sebelum perlaksanaan TnG). Dan mereka juga di antara yang gemar buang sampah di PLUS.

Begitu juga dengan kemalangan terbaru ke atas pesawat SIA yang terbakar semalam. Tenggelam dalam pujian sebelum ini.

Dalam masa kurang 30 hari – dua kemalangan pesawat di Changi. Kedua-duanya pesawat milik SIA.

Sebelum ini: Kemalangan Pesawat Di Changi Cuba Disembunyikan?

 

worshiping jesus in mosque-jahat penuh penipuanAjaran baru ke? Ajaran SESAT?

Itulah strategi terkini pelampau evangelis Kristian untuk mengabui orang Islam dari menyedari bahawa ada dari kalangan saudara mara mereka sendiri atau sahabat handai yang telah murtad kerana tertipu dengan dakyah JAHAT Kristianisasi.

Walaupun mereka telah murtad dan “menerima Jesus sebagai penyelamat”, mereka kekalkan identiti penampilan mereka macam seorang Islam. Masih tetap menzahirkan amalan ibadat Islam termasuk solat dan berpuasa. Hatta mereka juga solat di masjid dan surau macam apa yang kita semua lakukan.

Licik sekali hingga ada yang tinggal dalam satu rumah pun tidak dapat mengesan perubahan rahsia ini.

Edisi Jannuari-Februari 2013 majalah Christianity Today (CT) memberi fokus utama kepada isu “Insider Movement” atau Gerakan Dalaman dengan menyiarkan empat artikel berkaitan isu muka depannya “Worshiping Jesus in the Mosque” atau “Menyembah Jesus dalam Masjid”. Edisi CT kali ini mendedahkan bagaimana pelampau evangelis Kristian mengguna strategi licik menipu masyarakat Islam dengan masih menyamar sebagai seorang Islam walaupun mereka ini sudah murtad menerima Jesus.

Sebab itu sebelum ini saya menulis beberapa artikel berkaitan ini seperti:

Saudara pembaca dipersilakan kepada link url di atas untuk memahami lanjut.

Semoga kita sama-sama berwaspada dengan TIPU LICIK pelampau evangelis Kristian. Jangan ada pula dari kalangan kita rasa macam mendabik dada tidak percaya dengan pendedahan sebegini:

Kalau aku tak nampak depan mata….aku tak akan PERCAYA BERITA…melayu murtad masuk Kristian….kerana pada aku adalah sesuatu yg mustahil Dan tak masuk dek akal….PD aku cerita ni hanya diada2 kan Dan palsu ..Dan hanya fitnah….mana mungkin….kita sanggup berkorban nyawa utk mempertahankan akidah kita…..Dan adalah mustahil seorang Islam menukar Agama…setelah mengucap sahadah…
Tak kira ia Islam keturunan atau saudara Baru…

(saya memberi penekan dengan tambah “bold”)

Dan ini sahaja jawapan yang saya mampu …

JANGAN kita doa dan minta ianya berlaku DEPAN MATA baru nak percaya. Terkena kepada anak bini – kita pun TIDAK AKAN SEDAR. Sudah banyak kes yang saya handle dan mendapat laporan sebegini. Ini bukan reka-reka. Dan ini bukan cerita baru. Just GOOGLE it.

Ya Allah selamatkanlah diriku, kaum keluargaku, sahabat handai dan masyarakat Islam seluruhnya dari dakyah rencana JAHAT Kristianisasi. Amiin ya Rabb.

Missionari Kristian sanggup berpura-pura “masuk Islam” – Missionari Kristian Masuk Islam Untuk Dakyahkan Orang Islam Di Masjid

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:

SIS-difatwasesat-nst-bhKUALA LUMPUR – 24 June 2016 (NST): The High Court today ruled that only the Syariah Court has the power to decide on the validity of the Selangor fatwa that labelled Sisters In Islam (SIS) as a ‘deviant group.’

Judge Datuk Hanipah Farikullah made this ruling in dismissing a legal challenge by SIS Forum (Malaysia) and two others against the decision of the Selangor Islamic Affairs Council (MAIS) and the Selangor Fatwa Committee to brand SIS as deviating from Islamic teachings.

Hanipah ruled that the civil court has no jurisdiction to hear the judicial review as only the Syariah Court has exclusive jurisdiction to determine the validity of a fatwa per Article 121(1A) of the Federal Constitution.

Article 121(1A) states that Malaysia’s civil courts have no power to decide on matters within the exclusive jurisdiction of the Syariah Courts such as issues of fatwa and “aqidah”(faith).

“That the applicants have no remedy in the Syariah Courts does not give jurisdiction to the civil courts.

“It is for the legislators (lawmakers in parliament) to provide the remedy,” said Hanipah, adding that as a result she would not proceed to hear the merits of the judicial review application. She then dismissed the legal bid.

Outside court, counsel Datuk Malik Imtiaz, who acted for SIS Forum (Malaysia) and two others, said his clients would appeal.

Counsel Majdah Muda and Yusfarizal Yussoff acted for MAIS and the Selangor Fatwa Committee, two of the respondents in the matter.

Assistant State Legal Advisors Haizam Irwan Toha and Naziah Mokhtar appeared for the Selangor state government, a co-respondent.

On Oct 31, 2014, SIS and two others – the group’s co-founder Zainah Mahfoozah Anwar and former minister in the prime minister’s department Datuk Mohd Zaid Ibrahim – had filed an application for a court order to revoke the fatwa decision.

The fatwa stated that SIS and any individual as well as groups which carried the deviant ideologies of liberalism and pluralism as deviating from Islamic teachings.

SIS-mahkamah-fatwasesatKUALA LUMPUR – 24 Jun 2016 -(Berita Harian): Mahkamah Tinggi sebentar tadi memutuskan, hanya Mahkamah Syariah boleh mendengar permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan organisasi itu menyeleweng daripada ajaran Islam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah, membuat keputusan itu selepas berpuas hati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes membabitkan kesahihan fatwa.

Dalam penghakimannya, Hanipah berkata, walaupun SIS selaku pemohon tidak mempunyai remedi dari segi undang-undang, ia bukan bermakna mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan semakan kehakiman itu.

Pada Julai 2014, Jawatankuasa Fatwa Selangor mewartakan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

Fatwa itu diwartakan mengikut Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Pada 24 Februari 2014, SIS memohon klarifikasi berhubung Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan) 2015 berikutan organisasi itu mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan MAIS mengisytiharkan ia menyeleweng daripada ajaran Islam.

portal MKini-TMI bela evangelisSelepas wacana anjuran PEMBELA “Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia” pada Ogos 2013, Malaysiakini dan Malaysianinsider menuduh saya mereka-reka tentang kajian yang dibuat tentang “kehidupan dan identiti sosio-agama Kristian Melayu”. Malah kedua-dua media tersebut mengatakan laporan saya “did not name the priest, the church he belonged to nor the title of his thesis, but Malaysiakini did a search on a database for doctoral dissertations for Christian missions” – hanya kerana mereka tidak jumpa kajian doctoral yang saya sebut itu.

[untuk baca tentang kajian tersebut sila klik: Melayu Kristian? dan Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Telah banyak kali kita buat pendedahan strategi licik lagi JAHAT yang sebegini yang direncanakan oleh para pelampau evangelis Kristian – sehingga kini tidak ada mana-mana mereka yang berani menyangkal FAKTA ini.

Setiap kali timbul isu-isu Kristianisasi yang galak membela evangelis Kristian adalah dua portal berita yang sentiasa dilihat mempunyai penglaporan berita yang memusuhi Islam sambil mendokong penyebaran pemikiran liberal yang sesat. Malaysiakinidotcom dan MalaysiaInsider (yang sudah pun bungkus!) sentiasa tidak senang dengan pendedahan agenda JAHAT evangelis Kristian. Apa agenda dan motif mereka melakukan sedemikian?

Selain dua portal di atas, Malaymailonline, Freemalaysiatoday dan Thestar juga tergolong dalam portal berita yang banyak memusuhi Islam dalam penglaporan mereka.

Contoh-contoh:

Kenapa mereka sangat benci dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang sangat jelas? Hingga persoalkan Kenapa Kita Tidak Boleh Bentengi Akidah Umat Islam?

Tidak dipanggil musuh jika mereka tidak berniat busuk. Kerana Putar belit adalah mainan media liberal.

Lihat apa yang ditulis oleh Helen Ang berhubung kerja jahat portal-portal yang banyak menyokong agenda Evangelis Kristian. UiTM seminar accused of whipping up anti-Christian sentiments – merujuk kepada penglaporan oleh media-media tersebut apabila cuba membangkitkan semangat kebencian terhadap usaha-usaha memelihara aqidah umat Islam berdasarkan peruntukan dalam Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.

Umat Islam bersekongkol dengan DAP haram – Mufti Pahang

UM-Mufti Pahang-DAPkafirharbi-24Jun2016KUALA LUMPUR 23 Jun – (Utusan Malaysia) DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk me­nubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

Kata beliau, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia hari ini me­laporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Kata Haron, tindakan Dr. Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan me­ngundang banyak perkara negatif.

Sehubungan itu, Abdul Rahman meminta Dr. Mahathir segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“Pas dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Dr. Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2016
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid