Ramai yang bercakap tentang Akta 355 tetapi ramai juga yang bercakap tanpa memahami isu sebenarnya tentang akta tersebut dan cadangan pindaan yang diusulkan di Parlimen oleh TG Hadi Awang, Presiden PAS, pada 26 Mei 2016.
Sebenarnya Akta 355 adalah satu akta yang sangat pendek dan sangat mudah difahami – ianya hanya ada tiga seksyen ringkas. Izinkan saya catatkan sedikit penerangan di bawah ini.
Akta 355 adalah akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak. Pertamanya kita telitikan teks penuh Akta 355.
Tajuk panjang & Mukadimah.
Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang – undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak. 1hb April 1965
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut.
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia.
Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.
Seksyen 3. Pengesahan.
Segala kesalahan di bawah hukum Syarak yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini berhubungan dengan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia dan yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan dan Perluasan) 1989 berhubungan dengan Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak telah dibicarakan oleh mana-mana Mahkamah yang disebut terdahulu hendaklah disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah-olah bidang kuasa yang berkenaan dengannya telah diberi kepada Mahkamah-Mahkamah tersebut oleh undang-undang Persekutuan.
Kenapa Perlunya Dipinda?
Memandangkan pindaan terakhir (1984) dibuat lebih 30 tahun lalu dan kadar hukumannya sudah tidak lagi memberi makna dan tidak lagi digeruni oleh pesalah yang hadapkan ke mahkamah syariah – maka cadangan pindaan ini sudah sampai masanya.
Sebenarnya, hukuman yang ada sekarang adalah pindaan kepada sebelum ini (1965) yang penjaranya hanya 6 bulan dan denda dihadkan kepada RM1,000.00.
Apa Kaitannya Dengan Orang Bukan Islam?
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
Maka kenapa orang-orang bukan Islam perlu risau tentang cadangan pindaan ini? Mereka sendiri tidak akan dihadapkan atau disabitkan dalam Mahkamah Syariah. Inilah suatu persoalan terhadap sikap mereka yang terlalu sangat mahu bantah.
Apakah Akta 355 Ini Undang-undang Hudud?
Tidak dan juga ya. Namun, cadangan ini bukanlah suatu Rang Undang-undang Hudud.
Kesalahan yang melibatkan hukuman Hudud antaranya adalah berkaitan kesalahan Zina, Qazaf, minum Arak, murtad, mencuri dan merompak.
Jawapan bahawa Akta 355 tidak ada kaitan dengan hudud kerana kesalahan mencuri dan merompak adalah di bawah Mahkamah Sivil bukan dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Jawapan, ya, bahawa Akta 355 ada kaitan dengan hudud kerana selama ini pun sebahagian kesalahan di atas sememangpun sudah ada di bawah Mahkamah Syariah berdasarkan enakmen jenayah Syariah di negeri-negeri. Cuma hukuman yang dikenakan tidak memenuhi kehendak syarak. Maka cadangan pindaan ini ialah untuk tujuan memartabatkan Mahkamah Syariah.
Majoriti Untuk Lulus Pindaan
Kelulusan untuk cadangan pindaan Akta 355 hanya memerlukan majoriti mudah. Jumlah ahli Parlimen sekarang ialah seramai 222, maka majoriti mudah ialah hanya 112 orang.
*********
Baca juga:
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
Baca juga:
21 comments
Comments feed for this article
1 June, 2016 at 1:33 pm
Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah? | Karim's Blog
[…] BACA: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
1 June, 2016 at 5:03 pm
Akta 355: DAP MPs, Please Do Your Homework | Ahmad Ali Karim's Weblog
[…] The Private Member’s Bill is not about proposing a new Act but it is about amending an existing Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act, which is to increase the Shariah Courts punishments that are currently limited to imprisonment for a term not exceeding three years or with a fine not exceeding five thousand ringgit or with whipping not exceeding six strokes or with any combination thereof. […]
1 June, 2016 at 5:03 pm
Akta 355: DAP MPs, Please Do Your Homework | Ahmad Ali JetPlane
[…] The Private Member’s Bill is not about proposing a new Act but it is about amending an existing Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act, which is to increase the Shariah Courts punishments that are currently limited to imprisonment for a term not exceeding three years or with a fine not exceeding five thousand ringgit or with whipping not exceeding six strokes or with any combination thereof. […]
14 June, 2016 at 8:22 am
Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355? | Karim's Blog
[…] segelintir masyarakat yang masih tidak faham dengan cadangan pindaan Akta 355 (baca di sini untuk Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya) maka mungkin itu sebabnya mereka […]
14 June, 2016 at 4:20 pm
Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
15 June, 2016 at 10:52 am
Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan? | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
17 June, 2016 at 10:23 pm
Apa Itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan? | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
22 June, 2016 at 6:27 pm
Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang? | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
12 August, 2016 at 7:21 pm
Pindaan Akta 355 | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
13 August, 2016 at 7:31 am
Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
15 August, 2016 at 9:53 am
Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM? | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
16 August, 2016 at 8:57 am
Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa | Karim's Blog
[…] Ini membuktikan bahawa Mahathir TIDAK FAHAM apa yang dia komen. Dia menyebut tentang kesalahan jenayah mencuri. Akta 355 TIDAK ADA KAITAN dengan jenayah mencuri kerana itu termaktub di dalam Kanun Keseksaan (Penal Code). Akta 355 HANYA untuk bidang kuasa Mahkamah Syariah – bukan Mahkamah Sivil (baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya) […]
23 August, 2016 at 1:33 pm
Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355 | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
23 August, 2016 at 10:17 pm
Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355 | Ahmad Ali Karim's Weblog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
23 August, 2016 at 10:17 pm
Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355 | Ahmad Ali JetPlane
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
3 September, 2016 at 12:25 pm
Tiong Lai dan Subra – JANGAN Kamu KHIANATI Undi Orang-orang Melayu-Islam | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
26 September, 2016 at 1:37 pm
Mahathir MUDAH LUPA – Bahagian 2 | Karim's Blog
[…] [Kalau belum tahu apa itu AKta 355 – sila baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya] […]
26 November, 2016 at 5:56 am
RUU Babi OK – Syariah TOLAK | Karim's Blog
[…] Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya […]
2 December, 2016 at 1:48 am
Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355? | 1 Malaysia
[…] Baca Kat Sini SUMBER KAT SINI […]
19 February, 2017 at 3:23 am
Kenapa Mereka Menentang Akta 355 ?
[…] Sukar untuk kita faham apabila cadangan pindaan Akta 355 yang HANYA untuk orang-orang Islam [baca cadangan pindaan Akta 355] ditentang sungguh-sungguh oleh sesetengah orang BUKAN ISLAM. [Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta […]
20 March, 2017 at 8:32 am
Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M? | Karim's Blog
[…] 355 (sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini – baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya) adalah akta yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah. Di dalam Akta 355 (Pindaan 1984) […]