Ada yang mengatakan bahawa di antara punca orang-orang bukan Islam yang menjadi tauke-tauke besar yang mendapat hasil lumayan dari aktiviti maksiat akan terkesan apabila pindaan Akta 355 diluluskan. Maka sebab itulah dikatakan mereka yang telah membangkitkan bantahan besar-besaran kepada cadangan yang diusulkan di Parlimen oh TG Hadi Awang.

mengapa mereka sekat banteras jenayahBayangkan, jika orang Islam yang galak untuk minum arak di tempat terbuka (cafe-pub dsbnya) akan dikenakan denda yang berganda besarnya dari sekarang,  mungkin kesannya nanti orang-orang Melayu Islam yang kaki mabuk akan mula hinder dan tidak lagi berani melanggani premis-premis seperti ini. Maka hasil keuntungan mereka akan terkesan.

Bayangkan juga, jika gadis-gadis Melayu yang jadi pelacur-pelacur di bawah lindungan ibu ayam ditangkap dan dihukumkan dengan denda yang ringan, pasti ibu ayam mampu untuk bayar dengan mudah. Jika setakat seribu dua RM sahaja ibu-ibu ayam pejam mata sahaja mengeluar bayaran bagi mengekalkan anak-anak gadis Melayu yang dibela. Jika hukuman nanti dinaikkan, sudah pastinya ibu-ibu ayam ini terpaksa fikir 2-3 kali.

Lihatlah di sebalik penentangan mereka ini adalah ada kaitannya dengan sumber pendapatan mereka.

Tidak mungkin mereka bantah jika ianya tidak ada kepentingan mereka kerana sebenarnya Akta 355 HANYA untuk orang Islam.

Atas sebab ini juga umat Islam MESTI bersatu menyatakan sokongan mereka dalam usaha CEGAH MUNGKAR.

*********

BACA: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya

Baca juga: