You are currently browsing the daily archive for 8 June, 2016.

laporJawi-AminaWadudKUALA LUMPUR 7 Jun – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meminta orang ramai melaporkan sebarang aktiviti keagamaan yang dijalankan tokoh agama Islam liberal dari Amerika Syarikat, Dr. Amina Wadud di sekitar ibu kota.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya walau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada sebarang laporan ber­kenaan perkara itu yang diterima pihak­nya dari orang ramai.

Jelasnya, sekiranya laporan diterima, siasatan akan dijalankan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.

“Kita akan bertindak mengikut laporan di samping memantau sebarang aktiviti keagamaan yang diadakan supaya sentiasa mengikut pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah yang kita amalkan.

“Sebarang aktiviti keagamaan yang ingin dianjurkan perlu mendapat kebenaran dan tauliah daripada pejabat mufti, jika tiada, Jawi boleh ambil tindakan orang yang menganjurkannya mengikut undang-undang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tokoh agama Islam liberal terkenal antarabangsa dari Amerika Syarikat, Dr. Amina Wadud dipercayai berada di ibu negara sejak Jumaat lepas untuk menyambut Ramadan di sini.

Amina merupakan salah seorang pemimpin ajaran liberalisme agama sedunia dan juga merupakan antara pendakwah utama fahaman feminisme melampau yang bertentangan dengan ajaran Islam. Fahaman Islam liberal difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti Negeri sejak tahun 2006 lagi.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, penyebaran ajaran sesat harus dipantau secara lebih serius kerana masalah itu kini semakin membimbangkan. “Semakin banyak ajaran sesat yang muncul baru-baru ini dan orang ramai yang tidak mempunyai pegangan kuat senang untuk terpengaruh. “Oleh itu, jabatan agama Islam negeri harus sentiasa peka dengan aktiviti keagamaan setempat yang diadakan dan pantau jika ada tokoh ajaran sesat yang masuk ke negeri anda,” katanya.

Laporan terdahulu:

Laporan terbaru majalah Kristian Katolik “Herald” [majalah yang menyalahi undang-undang Malaysia kerana mengguna kalimah Allah] mengesahkan bahawa kes-kes pedofilia MEMANG BANYAK di kalangan paderi Kristian. Dan kebanyakan kes sebelum ini memang disembunyikan.

Sebab itu saya mengatakan sukar untuk ubah persepsi umum bahawa “Pedofilia dan Penganiayaan Seks Dengan Vatican dan Gereja – Berpisah Tiada“. Ianya sudah macam sebati dalam tradisi Vatican dan gereja itu sendiri.

Dalam laporan bertarikh 7hb Jun 2016 (semalam) Pope Francis sendiri mengaku akan adanya gejala ini dan cuba mengeluarkan arahan baru untuk “remove Catholic bishops from office if they fail to sack known child abusers is response to demand by victim“.

SAH. Maknanya memang banyak kes sebelum ini tidak diambil tindakan,

Bahawa perkara ini memang banyak berlaku dan selama ini ianya disembunyikan di kalangan frateniti mereka sahaja supaya kes penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak tidak diheboh-hebohkan.

Baca satu dokumen SULIT (bertarikh tahun 1962) pernah didedahkan berkaitan satu ‘blueprint for deception and concealment’ yang dikeluarkan oleh Vatican. Dokumen 69 muka surat itu menetapkan kerahsian yang perlu dipegang oleh para “bishop” apabila kes-kes penganiayaan seksual terbongkar.

popeFrancis-newlaw-paedophilia

Malah laporan Herald tersebut juga menyatakan sebanyak USD3.0 billion telah dibelanjakan untuk menyelesaikan kes-kes sebegini. Suatu nilai yang besar – dan itu hanya untuk kes-kes yang berlaku di Amerika Syarikat sahaja. USD3.0b untuk USA sahaja!

Józef Wesołowski, seorang duta Vatican, pernah dibicara kerana membayar untuk mendapat khidmat seks kanak-kanak dan minum arak. Akhbar Republik Dominica (http://acento.com.do) pernah melaporkan bahawa:

Vatican ambassador in Santo Domingo, Joseph (or Joseph) Wesolowski, was a regular visitor to the Colonial Zone, where drink alcohol and then paid children to have sex in the abandoned monument to Fray Antonio de Montesinos, on the Malecon in Santo Domingo. (terjemahan google – dari bahasa asal)

Józef Wesołowski tidak sempat melalui proses undang-undang kerana mati ketika dihadapkan ke mahkamah. Namun rakan jenayahnya, yang sama-sama dalam penganiayaan seks kanak-kanak, Rev. Wojciech Gil dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun setelah mengaku bersalah.

The Rev. Wojciech Gil recently entered into a plea bargain with prosecutors on the case, offering to serve seven years after earlier fiercely denying allegations of sexual harassment in 2009-2013 during his missionary work in the Dominican Republic, as well as two incidents in Poland in the early 2000s. (WSJ – March 25, 2015)

vaticanAmbassador-pornography

… mungkin selepas ini HERALD akan elak siar berita-berita sebegini … 🙂

 

 

Mungkin Dr. M masih dalam dimensi pemikirannya semasa dia menjadi Perdana Menteri. Sikap kebenciannya terhadap PAS yang tidak berkesudahan sehingga masih mengigau benda yang sama.

Jika komennya yang disiarkan portal berita Malaysiakini [portal yang dibayar oleh NED USA] itu adalah terhadap cadangan pindaan Akta 355 yang diusulkan oleh TG Hadi Awang di Parlimen – maka dia memang tidak ketahuan. Kesian dengan dia dan kesian dengan orang yang menanti-nanti kritikannya. Kesian.

DrM-Akta355-Mpotongtangan-CpenjaraSebab jelas dan nyata Dr. M tidak faham. Tidak ada di dalam usul cadangan pindaan Akta 355 berkaitan potong tangan. Hatta yang tersirat pun TIDAK ADA.

Akta 355 (sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini – baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya) adalah akta yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah. Di dalam Akta 355 (Pindaan 1984) jelas menyebut bidang kuasa Mahkamah Syariah sekarang dihadkan dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Itu had sekarang.

Usul yang dicadangkan pula ialah untuk menambah siling (maksima) bagi hukuman penjara/denda/sebatan supaya dinaikkan dan juga dengan JELAS menyebut tidak terbabit dengan “capital punishment” (hukuman berat).

Maka tidak ada langsung tentang hukuman potong tangan.

Kedua, Dr. M juga menyebut tentang orang Cina dipenjara sekejap. [Saya anggap kenyataan Dr. M itu menrujuk kepada Cina bukan Islam] Mana mungkin orang bukan Islam boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana Akta 355 juga dengan jelas menyebut tentang “bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama” – bukan untuk orang Cina yang bukan Islam.

Akta 355 tidak membabitkan kesalahan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code). Jika Dr. M hendak membuat andaian hukuman potong tangan itu berkenaan dengan kesalahan mencuri, maka nyata Dr. M sangat tersasar dalam komennya.

Perlu diingat bahawa tidak semua apa yang Dr. M cakap mesti betul. Malahan Dr. M BANYAK BERSALAHAN fahaman dan komennya tentang Hadith dan ilmu Hadith dan Dr. M terlalu kerap menghina ulamak-ulamak Hadith. Masanya sudah berlalu. Sudah sudahlah. Kesian kat dia.

Baca juga:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2016
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid