Laporan terbaru majalah Kristian Katolik “Herald” [majalah yang menyalahi undang-undang Malaysia kerana mengguna kalimah Allah] mengesahkan bahawa kes-kes pedofilia MEMANG BANYAK di kalangan paderi Kristian. Dan kebanyakan kes sebelum ini memang disembunyikan.

Sebab itu saya mengatakan sukar untuk ubah persepsi umum bahawa “Pedofilia dan Penganiayaan Seks Dengan Vatican dan Gereja – Berpisah Tiada“. Ianya sudah macam sebati dalam tradisi Vatican dan gereja itu sendiri.

Dalam laporan bertarikh 7hb Jun 2016 (semalam) Pope Francis sendiri mengaku akan adanya gejala ini dan cuba mengeluarkan arahan baru untuk “remove Catholic bishops from office if they fail to sack known child abusers is response to demand by victim“.

SAH. Maknanya memang banyak kes sebelum ini tidak diambil tindakan,

Bahawa perkara ini memang banyak berlaku dan selama ini ianya disembunyikan di kalangan frateniti mereka sahaja supaya kes penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak tidak diheboh-hebohkan.

Baca satu dokumen SULIT (bertarikh tahun 1962) pernah didedahkan berkaitan satu ‘blueprint for deception and concealment’ yang dikeluarkan oleh Vatican. Dokumen 69 muka surat itu menetapkan kerahsian yang perlu dipegang oleh para “bishop” apabila kes-kes penganiayaan seksual terbongkar.

popeFrancis-newlaw-paedophilia

Malah laporan Herald tersebut juga menyatakan sebanyak USD3.0 billion telah dibelanjakan untuk menyelesaikan kes-kes sebegini. Suatu nilai yang besar – dan itu hanya untuk kes-kes yang berlaku di Amerika Syarikat sahaja. USD3.0b untuk USA sahaja!

Józef Wesołowski, seorang duta Vatican, pernah dibicara kerana membayar untuk mendapat khidmat seks kanak-kanak dan minum arak. Akhbar Republik Dominica (http://acento.com.do) pernah melaporkan bahawa:

Vatican ambassador in Santo Domingo, Joseph (or Joseph) Wesolowski, was a regular visitor to the Colonial Zone, where drink alcohol and then paid children to have sex in the abandoned monument to Fray Antonio de Montesinos, on the Malecon in Santo Domingo. (terjemahan google – dari bahasa asal)

Józef Wesołowski tidak sempat melalui proses undang-undang kerana mati ketika dihadapkan ke mahkamah. Namun rakan jenayahnya, yang sama-sama dalam penganiayaan seks kanak-kanak, Rev. Wojciech Gil dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun setelah mengaku bersalah.

The Rev. Wojciech Gil recently entered into a plea bargain with prosecutors on the case, offering to serve seven years after earlier fiercely denying allegations of sexual harassment in 2009-2013 during his missionary work in the Dominican Republic, as well as two incidents in Poland in the early 2000s. (WSJ – March 25, 2015)

vaticanAmbassador-pornography

… mungkin selepas ini HERALD akan elak siar berita-berita sebegini …🙂