You are currently browsing the daily archive for 11 June, 2016.

Memandangkan semakin ramai warganegara Persekutuan Malaysia yang tidak faham tentang kedudukan YDP Agong dan Institusi Raja maka disiarkan kembali laporan Utusan Malaysia mengenai Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) pada Julai 2011 di Butterworth Pulau Pinang.

BUTTERWORTH 17 Julai – Kerajaan didesak supaya menarik kerakyatan mana-mana individu yang mencabar Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam atau mempersoalkan apa jua undang-undang yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Desakan itu adalah salah satu daripada lima resolusi yang diluluskan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara anjuran Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) dan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) di sini, hari ini.

Selain itu, seminar itu turut sebulat suara meluluskan resolusi menolak sebarang usaha mempolitikkan kesucian nama Allah dan semua pihak perlu menghormati prinsip kesyumulan dan kesempurnaan Islam.

SEMAIANpenang-2011Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd. Nor ketika mengumumkan kelima-lima resolusi berkenaan berkata, semua ketetapan yang diluluskan dalam seminar itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bulan depan.

‘‘Seminar juga menggariskan syor supaya sejarah Kedaulatan Islam dan umat Islam di Pulau Pinang yang ditonjolkan melalui pensejarahan bersifat euro-centric dirombak untuk memberi penerangan lebih jelas kepada generasi masa depan,” katanya.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan seminar tersebut yang menyentuh cabaran dalam menegakkan kedaulatan agama Islam di negara ini.

Kertas kerja pertama dibentang oleh Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican bertajuk Sejarah Awal Melayu Pulau Pinang manakala kertas kerja kedua bertajuk Menegakkan Negara Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Madya Abdul Aziz Hanafi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami, Mahamad Naser Disa membentangkan kertas kerja ketiga bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Usaha Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamed Nordin berkata, resolusi keempat pula ialah penguasa politik berkewajipan mendaulatkan Islam sebagai agama negara dan negeri serta menolak campur tangan politik dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

‘‘Resolusi kelima pula ialah bagi merealisasikan keempat-empat perkara di atas, maka perpaduan umat Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah hendaklah digerakkan secara serius dan berterusan tidak hanya terhenti setakat laungnya semata-mata,” katanya sambil disambut laungan Allahuakbar sebanyak tiga kali oleh peserta.

Diambil dari laman blog MUAFAKAT: https://muafakatmalaysia.wordpress.com/2011/07/18/desak-kerajaan-lucut-kerakyatan/

yang bersumberkan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2016
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid