Atau mungkin lebih tepat soalannya sepatutnya “PAN adalah anak kelahiran Ronnie Liu?”
PAN atau Parti Kuali Leper ini adalah sebenar suatu parti impian DAP dari awal lagi. Kenapa saya berkata begitu?
Sebelum Muktamar PAS tahun 2015, “makhluk yang tidak pernah malam” a.k.a. L.K.SIANG. dan anaknya Joseph LGE tidak henti-henti menyerang kepimpinan TG Hadi Awang dan agenda Islam PAS. Beberapa bulan sebelum Muktamar pemimpin-pemimpin DAP tersebut dan ramai lagi tokoh-tokoh mereka yang lancang mulut menghentam idealisme PAS dan golongan ulama dalam PAS, sambil mengangkat puak-puak Liberal Anwarinas dalam PAS.
Apakah sebenarnya agenda mereka untuk mengapi-apikan suasana tersebut memandangkan PAS bakal mengadakan pemilihan AJK partinya yang baru? Apakah tujuannya supaya menimbulkan kebencian ahli-ahli PAS yang rata-ratanya pro-kepimpinan ulamak dan bukan pengikut Anwarinas? Apakah matlamatnya untuk timbul kebencian itu yang akan membawa kepada tumpasnya keseluruhan ‘bidak-bidak’ mereka dalam PAS supaya langkah seterusnya dapat dilaksanakan?
Cuba kita perhatikan posting Ronnie Liu dalam FBnya pada 4hb Jun 2015 (sebaik sahaja “barisan bidak-bidak DAP” tewas dalam Muktama PAS):
Ini bukan end of the world.
saya percaya braders n sisters in pas yang pro pakatan akan berbincang sambil mencari jalan. Mereka tidak akan berundur dari politik. Mudah2an mat sabu dan rakan2 akan keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang.
Pkr + dap + pasma….
satu pakatan rakyat yg baru, dengan nafas yg baru.
Jelas, Ronnie Liu sudah sebut bahawa “mat sabu dan rakan2 akan keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang“. Mereka akan keluar PAS secara en block (beramai-ramai sekali gus) dan menubuh parti baru SEPERTI YANG DIRANCANG.
Sudah rancang rupanya …
Sebaik sahaja tamat Muktamar, Mat Sabu terus ke makan malam DAP di Kapar untuk meraikan Mat Sabu. Rai kekalahan? Atau rai kejayaan perancangan mereka? Atau bagi mengistiharkan “NEXT MOVE” mereka?
Ronnie Liu juga telah meramalkan bahawa beberapa lagi puak Anwarinas yang tersangkut terpilih dalam pemilihan AJK PAS itu akan turut keluar mengikut telunjuk DAP. Ini yang Ronnie Liu sebut pada 12hb Jun 2015, dalam FBnya:
It seems All 3 pro pakatan liberals appointed will not take up as they do not want to be part of the new leadership under Hadi.
Watch closely.
Wah! Dengan penuh yakin … “watch closely”. Apakah ketiga-tiga mereka itu akhirnya ikut telunjuk beliau? Macam mana Ronnie Liu tahu apa yang akan mereka lakukan?
Dari awal lagi Ronnie Liu telah mencadangkan suatu Pakatan Rakyat yang baru tanpa PAS. Dan menggantikan PAS dengan PASMA (yang akhirnya diberi penjenamaan semula dengan PAN). Maka tidak salah jika dikaitkan penubuhan parti baru hasil dari spesis mangga harum manis dalam PAS (kulitnya hijau isinya warna oren) adalah sebagai salah suatu “grand plan” DAP. Anak kelahiran DAP? Atau hasil perancangan DAP?
Telah disiarkan sebelum ini …
2 comments
Comments feed for this article
6 April, 2017 at 6:55 am
Promosi Kuali Leper (PAN) Untuk DAPur Anda | Karim's Blog
[…] Ronnie Liu jata bahawa PAN anak kelahiran DAP – baca [klik] […]
14 July, 2017 at 8:53 am
“Ulama” SIS Kata Hukuman Rotan Di Khalayak Ramai Tiada Dalam Al Quran? | Karim's Blog
[…] [baca: PAN Anak Kelahiran DAP?] […]