You are currently browsing the daily archive for 14 June, 2016.

PINDAAN AKTA 355: MENINGKATKAN AUTONOMI NEGERI UNTUK MEMBENDUNG GEJALA MAKSIAT DAN SALAHLAKU SYARIAH 

Mahkamah Syariah ialah warisan unggul Kesultanan Melayu/Islam yang telah berdaulat sejak permulaan kedaulatan Islam di alam Melayu sebagaimana yang tercatat pada batu bersurat Terengganu iaitu 1303(M). Kedaulatan Mahkamah Syariah kemudiannya diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan (PP) sebagaimana yang termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP) berdasarkan Kuasa Negeri sebagaimana yang diberikan menurut Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan (baca lanjut tentang B1SNJ9PP di sini – klik)

Walaupun Perlembagaan Persekutan mewujudkan sistem Kehakiman Negara berteraskan Peruntukan Bahagian IX PP, namun bagi memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak tersentuh oleh Mahkamah Sivil, maka pada tahun 1988, diperkenalkan pula Perkara 121(1A) pada Bahagian IX tersebut. Peruntukan 121(1A) ini tidak dengan sendirinya menyenaraikan bidangkuasa Mahkamah Syariah, tetapi ia memantapkan kedaulatan Mahkamah Syariah dari diganggu-gugat oleh Mahkamah Sivil.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang termaktub di dalam B1SNJ9PP yang antara lain menggariskan prinsip utama bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti berikut – “the constitution, organization and procedure of Syariah Courts, which shall have jurisdiction only over persons profesing the religion of Islam and in respect only of any of the matters included in this paragraph, but shall not have jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law;”

Secara telitinya prinsip-prinsip yang termaktub dalam butiran 1 tersebut di atas adalah seperti berikut:

1. Terhad kepada umat Islam

Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

2. Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1

Tidak termasuk perkara-perkara dalam senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain dalam Senarai Negeri Butiran 1 juga menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara-perkara berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya. Manakala dalam hal kesalahan (jenayah Syariah) pula bidangkuasanya terbatas kepada offences by persons profesing the religion of Islam against precepts of that religion, except inregard to matters included in the Federal List: Justeru Perlembagaan sendiri yang menghalang mahkamah Syariah membicarakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) serta undang-undang lain di bawah senarai Persekutuan. Justeru kesalahan-kesalahan seperti mencuri, merogol, rasuah, pecah amanah, merompak, ragut tidak termasuk di bawah Mahkamah Syariah.

3. Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Persekutuan – Akta 355

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang-undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu; bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah hendaklah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan. Justeru pindaan A355 tidak boleh disifatkan sebagai “unconstitutional” kerana ia adalah keperluan Perlembagaan. Akta 355 ini hanya menetapkan had hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sama seperti dalam isu kesalahan berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan kesalahan berkaitan „offences against precept of Islam‟ sebagaimana yang terkandung dalam Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang.  Ia hanya mengandungi 3 seksyen sahaja. Seksyen 2 adalah yang terpenting iaitu menetapkan hukuman maksima penjara 3 tahun, denda RM5,000.00, dan 6 sebatan (356) dan telah berkuatkuasa selama 32 tahun sejak tahun 1984, sedangkan kebanyakan hukuman lain di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan dalam kesalahan jenayah, telah ditingkatkan berulang kali.

Autonomi Lebih Luas Kepada Negeri Untuk Mencegah Maksiat dan Salahlaku Syariah 

Jika pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam Enakmen-enakmen Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu. Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan-kesalahan di dalam Enakmen Jenayah Syariah, kesalahankesalahan lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara dari jagaan dsbnya masih tidak berubah. Rujuk: 1. Contoh-contoh Kesalahan Jenayah Syariah 2. Pindaan Akta 355 Tidak Membabitkan Kesalahan Kekeluargaan (W.P.) Akta 303.

Akta 355 ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud “capital punishment”. Pilihan untuk menaikkan kadar hukuman kepada kadar yang lebih tinggi adalah terpulang kepada negeri-negeri untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang. Akta 355 tidak menyentuh bidang kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

pindaanAkta355-usahamurniPindaan Akta 355 adalah bertujuan meningkatkan hukuman bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dalam pengawalan moral yang sekarang ini berhadapan dengan gejala sosial yang amat serius. Jika hukuman terhadap kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan maka hukuman “3,5,6” untuk kesalahan terhadap manusia adalah terlalu ringan. Adakah kita ingin biarkan undang-undang sedia ada melindungi kehormatan binatang lebih daripada kehormatan manusia? Haruskah hukuman menyetubuhi haiwan adalah lebih tinggi dan menggerunkan berbanding meliwat manusia?!

Berkenaan dengan isu kesamarataan,  tidak timbul isu kesamarataan seperti yang disebutkan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana kesamaratan tersebut hanya merujuk kepada “genre” yang sama, sebagai contoh, Islam dan bukan Islam adalah bukan kategori atau genre yang sama tetapi kategori yang sama ialah hukuman yang berlainan kepada dua kumpulan orang Islam.

Pindaan Akta 355 ini telahpun dicadangkan oleh JAKIM sejak hampir 10 tahun yang lalu, namun, oleh kerana kekangan birokrasi menjadi faktor kelambatan, ia lebih mudah dibentangkan secara persendirian.

Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)

8 Jun 2016 bersamaan 3 Ramadhan 1437

*********

Baca juga:

 

Advertisements

Akta303-UUKislamWP-1984Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303 tidak terbabit dengan cadangan pindaan Akta 355.

Contoh-contoh kesalahan dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303 adalah:

 

BAHAGIAN IX – PENALTI

Seksyen 123. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 124. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah

Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 126. Meninggal langsung isteri

Mana-mana orang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 127. Menganiaya isteri

Mana-mana orang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 128. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri

Mana-mana orang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Berikut adalah contoh-contoh kesalahan jenayah syariah yang tersenarai dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]:

Akta559-jenayahSyariahWP1997

BAHAGIAN II- KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN AKIDAH

Seksyen 3. Pemujaan salah.

Seksyen 4. Doktrin palsu.

Seksyen 5. Mengembangkan doktrin agama, dsb.

Seksyen 6. Dakwaan palsu.

BAHAGIAN III – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam.

Seksyen 8. Mempersendakan, dll. ayat Al-Quran atau Hadith.

Seksyen 9. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Seksyen 10. Mengingkari perintah Mahkamah.

Seksyen 11. Mengajar agama tanpa tauliah.

Seksyen 12. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

Seksyen 13. Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak

Seksyen 14. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.

Seksyen 15. Tidak menghormati Ramadhan.

Seksyen 16. Tidak membayar zakat atau fitrah.

Seksyen 17. Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama.

Seksyen18. Berjudi.

Seksyen 19. Minuman yang memabukkan.

BAHAGIAN IV – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN

Seksyen 20. Perbuatan sumbang mahram.

Seksyen 21. Pelacuran.

Seksyen 22. Muncikari.

Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.

Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Seksyen 25. Liwat.

Seksyen 26. Musahaqah.

Seksyen 27. Khalwat.

Seksyen 28. Orang lelaki berlagak seperti perempuan.

Seksyen 29. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.

BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI

Seksyen 30. Memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu.

Seksyen 31. Takfir.

Seksyen 32. Memusnahkan atau mencemarkan masjid, surau, dsb.

Seksyen 33. Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa.

Seksyen 34. Pembayaran tak sah akan zakat atau fitrah.

Seksyen 35. Menggalakkan maksiat.

Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.

Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Seksyen 39. Memujuk lari orang perempuan.

Seksyen 40. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

Seksyen 41. Qazaf.

Seksyen 42. Penyalahgunaan tanda halal.”

rujukan: http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Original.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/3734ed672e1938574825707c0004ad82?OpenDocument

Terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak faham dengan cadangan pindaan Akta 355 (baca di sini untuk Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya) maka mungkin itu sebabnya mereka bantah.

Namun ada juga yang memang mereka bantah walaupun kita sudah berikan penerangan kepada mereka. Mereka yang berterusan membantah mungkin kerana:

1. Mereka tidak mahu langsung menampakkan unsur-unsur Islam itu didaulatkan di Tanah Air ini. Walaupun mereka sendiri tahu dan faham bahawa Islam adalah agama yang didaulatkan dalam Perlembangaan Persekutuan, namun hati busuk mereka itu tolak sebarang unsur yang mampu mendaulatkan Islam. Mereka amat memusuhi Islam. Mereka benci kepada Islam walaupun bermuka-muka kononnya tidak memusuhi Islam.

2. Kemudian, golongan mereka yang bimbang bahawa kegiatan ekonomi mereka yang berasaskan maksiat terjejas. Maka mereka terpaksa menggembeling segala usaha untuk memastikan usaha untuk membanteras unsur-unsur maksiat ini tidak berjaya. Kita boleh lihat gangster tonto yang diupah untuk yang sentiasa memantau gerak-geri penguatkuasa yang akan membuat serbuan di tempat maksiat mereka. Begitulah juga dalam hal ini mereka sanggup mengupah bagi bantahan ini kerana mereka bimbang hasil dari aktiviti maksiat dan perjudian ini terjejas teruk.

3. Sehubungan dengan perkara di atas, cengkaman ekonomi kongsi gelap juga yang paling terjejas akibat daripada pematuhan undang-undang syariah. Peningkatan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Tanah Air ini bakal dapat membantu menyelamatkan anak-anak gadis kita dari terjebak dalam lubuk pelacuran.

4. Di kalangan mereka pula ada yang memusuhi Islam dan tidak mahu melihat Mahkamah Syariah dinaik taraf sama dengan mahkamah sivil. Mereka memperkecilkan institusi kehakiman Syariah dan tidak mahu mengiktirafkannya. Mereka juga melobi untuk menakut-nakutkan orang ramai akan kuasa Mahkamah Syariah sedangkan Mahakamah Syariah HANYA untuk orang Islam sahaja.

5. Ada pula golongan yang paranoid (takut dengan bayang-bayangnya) akan kehilangan kuasa ekonomi dan politik serta gusar dengan perkembangan dan kemajuan undang-undang Syariah di Malaysia. Mereka takut kerana mereka ada kepentingan dalam anasir-anasir jahat dan gejala maksiat itu sendiri.

5. Bagi golongan Liberal pula, mereka bimbang penambah-baikan status Mahkamah Syariah akan memberi kesan kepada perkembangan pemikiran liberal sesat mereak. Maka mereka bersepadu menghasut supaya orang ramai ditakut-takutkan dengan hukuman Mahkamah Syariah. Mereka akan cuba memburuk-burukkan hukuman-hukuman dan kesilapan yang dilakukan dalam budaya dan adat masyarakat di tempat lain yang tidak menepati hukuman Syariah itu. Pengalaman buruk yang segelintir di Negara lain diberikan sebagai contoh jahat mereka.

7. Di kalangan tokoh-tokoh Islam Liberal pula, mereka bimbang kehilangan pengaruh mereka jika mereka gagal menghalang cubaan mendaulatkan undang-undang Islam. Mereka akan terasa makin tersisih dengan umat Islam yang mahukan kedaulatan Islam itu benar-benar diangkat di Tanah Air ini.

8. Ada juga orang-orang yang berkepentingan politik. Demi untuk meraih undi musuh-musuh Islam, mereka sanggup menJUALkan AGAMA. Walaupun mereka tahu dan faham justifikasi cadangan pindaan ini, mereka hanya nampak matlamat politik mereka. Inilah mereka yang sanggup tunduk apa  sahaja percaturan “master politik” mereka. Tidak berani langsung bersuara walaupun jauh terdetik dihati mereka bahawa suatu masa dahulu inilah inspirasi “Islamic State” yang mereka lantang laungkan. Masa sudah berubah agaknya.

Ayuh, wahai umat Islam di Tanah Air ini, sedarlah bahawa musuh itu tidak akan berhenti untuk merosakkan kita. Mereka akan bersekutu sambil menyerang kita dengan pelbagai cara. Itulah janji iblis:

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur“. (Al Quran, Surah Al-A’raaf 7: ayat 17)

A355-sebab faham sebab tolak

*********

Baca juga:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

June 2016
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 276 other followers

Tauhid