Terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak faham dengan cadangan pindaan Akta 355 (baca di sini untuk Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya) maka mungkin itu sebabnya mereka bantah.

Namun ada juga yang memang mereka bantah walaupun kita sudah berikan penerangan kepada mereka. Mereka yang berterusan membantah mungkin kerana:

1. Mereka tidak mahu langsung menampakkan unsur-unsur Islam itu didaulatkan di Tanah Air ini. Walaupun mereka sendiri tahu dan faham bahawa Islam adalah agama yang didaulatkan dalam Perlembangaan Persekutuan, namun hati busuk mereka itu tolak sebarang unsur yang mampu mendaulatkan Islam. Mereka amat memusuhi Islam. Mereka benci kepada Islam walaupun bermuka-muka kononnya tidak memusuhi Islam.

2. Kemudian, golongan mereka yang bimbang bahawa kegiatan ekonomi mereka yang berasaskan maksiat terjejas. Maka mereka terpaksa menggembeling segala usaha untuk memastikan usaha untuk membanteras unsur-unsur maksiat ini tidak berjaya. Kita boleh lihat gangster tonto yang diupah untuk yang sentiasa memantau gerak-geri penguatkuasa yang akan membuat serbuan di tempat maksiat mereka. Begitulah juga dalam hal ini mereka sanggup mengupah bagi bantahan ini kerana mereka bimbang hasil dari aktiviti maksiat dan perjudian ini terjejas teruk.

3. Sehubungan dengan perkara di atas, cengkaman ekonomi kongsi gelap juga yang paling terjejas akibat daripada pematuhan undang-undang syariah. Peningkatan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Tanah Air ini bakal dapat membantu menyelamatkan anak-anak gadis kita dari terjebak dalam lubuk pelacuran.

4. Di kalangan mereka pula ada yang memusuhi Islam dan tidak mahu melihat Mahkamah Syariah dinaik taraf sama dengan mahkamah sivil. Mereka memperkecilkan institusi kehakiman Syariah dan tidak mahu mengiktirafkannya. Mereka juga melobi untuk menakut-nakutkan orang ramai akan kuasa Mahkamah Syariah sedangkan Mahakamah Syariah HANYA untuk orang Islam sahaja.

5. Ada pula golongan yang paranoid (takut dengan bayang-bayangnya) akan kehilangan kuasa ekonomi dan politik serta gusar dengan perkembangan dan kemajuan undang-undang Syariah di Malaysia. Mereka takut kerana mereka ada kepentingan dalam anasir-anasir jahat dan gejala maksiat itu sendiri.

5. Bagi golongan Liberal pula, mereka bimbang penambah-baikan status Mahkamah Syariah akan memberi kesan kepada perkembangan pemikiran liberal sesat mereak. Maka mereka bersepadu menghasut supaya orang ramai ditakut-takutkan dengan hukuman Mahkamah Syariah. Mereka akan cuba memburuk-burukkan hukuman-hukuman dan kesilapan yang dilakukan dalam budaya dan adat masyarakat di tempat lain yang tidak menepati hukuman Syariah itu. Pengalaman buruk yang segelintir di Negara lain diberikan sebagai contoh jahat mereka.

7. Di kalangan tokoh-tokoh Islam Liberal pula, mereka bimbang kehilangan pengaruh mereka jika mereka gagal menghalang cubaan mendaulatkan undang-undang Islam. Mereka akan terasa makin tersisih dengan umat Islam yang mahukan kedaulatan Islam itu benar-benar diangkat di Tanah Air ini.

8. Ada juga orang-orang yang berkepentingan politik. Demi untuk meraih undi musuh-musuh Islam, mereka sanggup menJUALkan AGAMA. Walaupun mereka tahu dan faham justifikasi cadangan pindaan ini, mereka hanya nampak matlamat politik mereka. Inilah mereka yang sanggup tunduk apa  sahaja percaturan “master politik” mereka. Tidak berani langsung bersuara walaupun jauh terdetik dihati mereka bahawa suatu masa dahulu inilah inspirasi “Islamic State” yang mereka lantang laungkan. Masa sudah berubah agaknya.

Ayuh, wahai umat Islam di Tanah Air ini, sedarlah bahawa musuh itu tidak akan berhenti untuk merosakkan kita. Mereka akan bersekutu sambil menyerang kita dengan pelbagai cara. Itulah janji iblis:

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur“. (Al Quran, Surah Al-A’raaf 7: ayat 17)

A355-sebab faham sebab tolak

*********

Baca juga:

Advertisements