Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303 tidak terbabit dengan cadangan pindaan Akta 355.
Contoh-contoh kesalahan dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303 adalah:
BAHAGIAN IX – PENALTI
Seksyen 123. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah
Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 124. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah
Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 126. Meninggal langsung isteri
Mana-mana orang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 127. Menganiaya isteri
Mana-mana orang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 128. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri
Mana-mana orang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
4 comments
Comments feed for this article
30 October, 2016 at 7:59 pm
Mufti Yang “Power” Boleh Batal Program MB? | Karim's Blog
[…] Pindaan Akta 355 Tidak Membabitkan Kesalahan Kekeluargaan (W.P.) Akta 303 […]
31 October, 2016 at 7:56 am
“Mokhtar Dahari” Gagal Jaringkan Gol Dek Kerana Kemuncup Di Stokinnya | Karim's Blog
[…] Pindaan Akta 355 Tidak Membabitkan Kesalahan Kekeluargaan (W.P.) Akta 303 […]
1 November, 2016 at 9:55 am
Isu RUU355 vs Asri : PEMANIS Jawab Mufti Perlis | Karim's Blog
[…] Pindaan Akta 355 Tidak Membabitkan Kesalahan Kekeluargaan (W.P.) Akta 303 […]
20 March, 2017 at 8:32 am
Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri | Karim's Blog
[…] Jika pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam Enakmen-enakmen Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu. Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan-kesalahan di dalam Enakmen Jenayah Syariah, kesalahankesalahan lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara dari jagaan dsbnya masih tidak berubah. Rujuk: 1. Contoh-contoh Kesalahan Jenayah Syariah 2. Pindaan Akta 355 Tidak Membabitkan Kesalahan Kekeluargaan (W.P.) Akta 303. […]