You are currently browsing the daily archive for 17 June, 2016.
Susulan pembentangan cadangan pindaan Akta 355 yang dibawa oleh TG Hadi Awang, Presiden PAS, di Parlimen pada 27 Mei 2016, ramai yang bercakap tentang B1SNJ9PP atau Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam Perlembagaan Persekutuan ada terdapat beberapa Jadual. Ada 13 Jadual kesemuanya termasuk yang telah dibatalkan. Di antara jadual-jadual ini termasuk Jadual Keempat Perkara 37, iaitu “Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong”. Di dalamnya mengandungi teks sumpah yang wajib dibaca oleh Yang DiPertuan Agong dan juga Timbalannya ketika dilantik menjadi YDPA dan TYDPA.
Kembali kepada cadangan pindaan Akta 355, terdapat satu Jadual yang ada kaitannya dengan akta 355 ini, iaitu Jadual Kesembilan khususnya Senarai II – Senarai Negeri dan dalam Butiran 1. Begini bunyinya:
Senarai Negeri
1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.
Maka bagi mereka yang mengatakan pindaan Akta 355 itu tidak berperlembagaan, maka dengan B1SNJ9PP ini membuktikan mereka SALAH. Kerana di sini timbulnya bidang kuasa yang dibicarakan dalam cadangan pindaan Akta 355. Iaitu, antaranya:
- Ianya berperlembagaan
- Hanya untuk orang yang menganut Agama Islam
- Berkaitan hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga
- Termasuk hukum Syarak berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat
Maka pindaan tersebut SAH mengikut Perlembagaan Tanah Air kita. Memang ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan penetapan hukuman yang sewajarnya untuk Mahkamah Syariah.
*********
Baca juga:
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- ‘Joseph Kurup should be sacked’
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Attack on proposed increase of jurisdiction of Syariah Courts unconstitutional and an affront to religious liberty
- Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik
- Apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP)
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
Recent Comments