siapa menag-PRK-KKSB-18Jun2016Itu andaian saya. Mungkin saya salah.

Kenapa begitu?

Pertama jika kita lihat keputusan dalam PRU13 di Kuala Kangsar. Calon BN mendapat 14,218 undi manakala calon PR (PAS) mendapat 13,136 undi dan calon bebas (xUMNO) mendapat 447 undi.

Jika orang UMNO yang tidak puas hati dengan pencalonan mengundi calon bebas – sama macam dulu – maka sekitar itulah calon bebas kali ini akan dapat – TIDAK lebih.

Kalau dulu PR bergabung satu berpihak kepada PAS, kita dapati kali ini ianya berpecah. Logiknya dibahagi dua. Saya rasa PAS lebih ramai akar umbinya di KK berbanding PAN yang lebih kepada parti elitis professional Melayu yang tidak punyai akar umbi yang jati berbanding dengan PAS (kecuali kawasan-kawasan kota). Calon PAN pun tinggal dan mengundi di kota Shah Alam.

Jika orang UMNO kekal dengan tren dulu – maka calon BN sudah tentu logiknya akan menang.

Kedua, begitu juga dengan Sg, Besar. Cuma Sg. Besar ini ada faktor pengundi Cina yang ramai.

Calon BN dulu memperolehi sebanyak 18,695 undi manakala PR (PAS) memperolehi sebanyak 18,296 undi, kurang 400 majoriti. Sangat tipis. Namun ketika itu, penyokong PR semuanya memberi sokongan kepada PAS. Kini ianya berbeza lagi kerana mereka terbahagi dua. PAS dan PAN. Saya jangkakan sebahagian besar undi Cina yang diperolehi PAS dulu akan beralih kepada PAN – sebab itulah ADUN Sekincan berkempen seolah-oleh dia yang bertanding – kalah calon PAN sendiri yang nampak macam tidak tahu hendak letakkan dirinya dalam banyak majlis.

Manakala PAS hanya akan dapat kekalkan sebahagian besar undi Melayu yang dulunya sokong PR. Manakala penyokong PKR kebanyakkannya akan memberi undi kepada PAN – atau tidak mengundi langsung memandangkan konflik dalaman PKR belum selesai – malah tempo kempen dari puak PKR nampak ketara tidak bermaya.

Walaupun dengan majoriti yang sangat kecil dahulu, BN mungkin dapat kekalkan berdasarkan PR yang sudah berpecah.

Apa yang penting dalam PRK kali ini, untuk kedua-dua kawasan Parlimen, ialah kedua-dua parti pembangkang PAS dan PAN untuk mengukur sokongan mereka – samada antara PAS dan PAN – siapa yang mendapat undi yang lebih banyak. Itu yang saya rasa dalam kepala kebanyakan strategis parti masing-masing. Mungkin atas faktor pengundi Cina yang ramai – dengan kempen besar-besaran DAP (kalah jentera kempen PAN) – pengundi sebulat suara di belakang PAN – dan mampu memberi kelebihan kepada PAN berbanding dengan PAS.

Kalau undi yang diperolehi PAN terlalu rendah – maka lagi cepatlah PAN berkubur. Saya kata lebih cepat kerana PAN tidak mampu bertahan lama. Ianya berkubur. Bila? Kita tunggu pergolakan dalaman seterusnya. Di antara puak pro-Wahabi dari IKRAM dengan puak yang pro-Syiah Mat Sabu.

Yang pastinya – apa yang saya tulis hanyalah andaian. Kita tunggu sahaja keputusannya malam nanti – dan saya mungkin salah.