Hasil dari penelitian awal dalam kedua-dua PRK, Kuala Kangsar dan Sg. Besar, kita dapat perolehi sesuatu yang sangat bermakna untuk difahami tentang tren pengundi orang-orang Melayu dan orang-orang Cina.

Bagi Sg. Besar ianya sangat menonjol. Bahawa orang-orang Melayu dan pengundi tegar UMNO teguh di belakang parti Melayu tersebut – hampir sama dengan tren PRU 13. Di dalam PRU tahun 2013, hampir keseluruhannya kawasan, pengundi Melayu telah kembali kepada UMNO apabila UMNO menambah 10 kerusi Parlimen berbanding pada tahun 2008. BN kalah teruk di kawasan-kawasan calon Cina dan India. (MCA/Gerakan/MIC) – jelas Cina menolak BN.

PRK SgBesar-PAN-DAPManakala dalam PRK kali ini, PAS pula, berbanding dengan PAN, mendapat sokongan lebih baik di kalangan orang Melayu berbanding dengan orang Cina. Walaupun dalam PRU 13, undi PAS banyak diperolehi dari orang Cina tetapi sebaliknya, kali ini PAS hanya dapat kekalkan penyokong tegarnya sendiri untuk pengundian. Pengundi Cina berbondong beralih memilih parti proksi DAP. Namun demikian, terdapat sedikit perubahan tren pengundi Cina kali ini – sudah ada yang bertukar kembali mengundi UMNO.

Di setengah saluran tempat mengundi kawasan Cina, PAS hanya mendapat kurang 10 undi manakala PAN dan BN mendapat undi jauh lebih besar. Manakala di kawasan Melayu, undian terbahagi kepada UMNO dan PAS manakala undian untuk PAN amat ketara hampir tiada.

Maka jelas, PAN hanya diperalatkan untuk parti cauvanis Cina DAP, dan akan terus digunakan oleh DAP. Sebab itulah kita lihat kempen besar-besaran PAN  di Sg. Besar adalah digerakkan oleh DAP. Dan kalau kita lihat hari-hari akhir kempen PAN di Kuala Kangsar, hampir tidak ada orang Melayu di kalangan hadirin. Saya yakin jika diperincikan undi-undi yang diperolehi calon PAN untuk kedua-dua PRK – mungkin PAN mendapat lebih banyak undi Cina dari undi orang Melayu. Bilanglah pastikan.

Jangan kita lupa DAP dengan jelas menyebut bahawa undian orang-orang Cina untuk menaikkan seorang wakil Melayu ialah untuk wakil Melayu itu SKREW Melayu. Jangan lupa ucapan terakhir dalam kempen tersebut memberi gambaran sebenar:

“ … ini akan jadi wayang terbaik yang patut kita tengok, setuju tak?”

Satu lagi yang AMAT KETARA, walaupun Dr. M turun untuk berkempen bagi calon-calon PAN – jelas Dr. M TIDAK memberi sebarang impak sekarang ini. Hari Dr. M sudah berakhir.

Jangan lupa baca juga ini: PAN Anak Kelahiran DAP?

Tulisan ini ditulis pada hari pengundian beberapa jam sebelum tempat pengundian ditutup: BN Mengekalkan Kedua-dua Kerusi Parlimen – Kuala Kangsar dan Sg.Besar