You are currently browsing the daily archive for 19 June, 2016.
Dari keputusan yang telah diketahui umum semalam, kita maklum bahawa sebahagian besar undi untuk PAN datangnya dari pengundi Cina. PAN gagal menarik pengundi Melayu. Betullah andaian PAN itu proksi DAP. Sebab pengundi Cina sebenarnya undi proksi DAP. Bukankah PAN Anak Kelahiran DAP?
Yang lebih penting di sini, saya sebut dalam kiriman semalam berkenaan Tren Pengundi Cina dan Melayu Di PRK Sg. Besar Suatu Petanda Besar bahawa:
Namun demikian, terdapat sedikit perubahan tren pengundi Cina kali ini – sudah ada yang bertukar kembali mengundi UMNO.
Saya amat bimbang dengan perubahan tren ini (walaupun masih kecil bilangannya). Apakah ini merupakan strategi lebih besar pakar-pakar yang mengatur percaturan politik Cina di Tanah Air kita? [atau kesempatan ini akan diambil oleh mereka]
Apakah ketua Gerakan yang mendabik dada akan kejayaan partinya kerana dapat “menarik semula” pengundi Cina kepada BN dengan tujuan untuk mendapat suatu “pengiktirafan” yang nanti disusuli dengan “desakan”? Laporan Mkini semalam:
Gerakan boss: Chinese votes have returned to BN
10.14pm: Gerakan president Mah Siew Keong says BN won the Sekinchan polling district in Sungai Besar by 115 votes, an area under the care of Gerakan.
“In the 2013 general election, BN lost this PDM (polling district) by 414 votes.
“This is a big win for BN and we won close to 50% of the Chinese votes in this PDM,” he adds.
Saya masih belum selesa dengan tren perubahan ini. Apakah ianya sekadar buih air karbonat yang digoncang?
Yang kita bimbang ialah tren sebegini dijadikan suatu desakan oleh parti-parti Cina yang telah merasakan asakan orang-orang Melayu yang mahukan calon-calon Melayu diletakkan di kawasan majoriti pengundi Melayu. Biarlah calon Cina bertanding di kawasan pengundi Cina yang majoriti. Biarlah calon-calon MCA berdepan di kawasan DAP. [dan begitu jugalah untuk calon India – maka timbul persoalan di mana calon India hendak bertanding kerana di mana kawasan yang mempunyai majoriti pengundi India – jawabnya “ukur baju di badan sendiri“].
Di dalam PRU tahun 2013, hampir keseluruhannya kawasan, pengundi Melayu telah kembali kepada UMNO apabila UMNO menambah 10 kerusi Parlimen berbanding pada tahun 2008. BN kalah teruk di kawasan-kawasan calon Cina dan India. (MCA/Gerakan/MIC) – jelas Cina menolak BN.
Jelas sangat bahawa dalam PRU 13, calon-calon MCA dan Gerakan kecundang teruk di kawasan orang Melayu kerana orang Cina tidak mahu calon BN menang dan orang Melayu mahukan calon Melayu di kawasan Melayu. Tidak seperti dahulu, kawasan pengundi Cina merupakan MINORITI besar, calon BN (MCA/Gerakan) hampir pasti menang kerana orang UMNO tetap sokong BN dan orang Cina ketika itu bersama BN. PRU13 tidak sedemikian lagi.
Pesan untuk para pemimpin UMNO, janganlah dengan umpan sebegini yang disorong termakan pula desakan lain.
Janganlah pula nanti digula-gulakan dengan pelbagai janji. Curahlah janji dan imbuhan untuk orang Melayu pula untuk merasakan kemakmuran tanah pusaka mereka. Jadikan PRU 14 ini sebagai suatu pengajaran bahawa tulang belakang BN ialah parti Melayu – dan Melayu yang menentukan hala tuju kedaulatan Negara berteraskan Islam.
Ini adalah andaian yang saya buat semalam sebelum tamat pengundian PRK – BN Mengekalkan Kedua-dua Kerusi Parlimen – Kuala Kangsar dan Sg.Besar.
Recent Comments