Usul Rang Undang-undang Persendirian (Private Bill) yang akan dibawa oleh YB Marang, TGDS Ustaz Abdul Hadi Awang, di Parlimen adalah merujuk kepada pindaan yang mahu dibuat ke atas Akta 355 – Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. (Baca: Akta 355)

Apakah sebenarnya pindaan yang diusulkan?

Yang ingin dibawa ialah untuk meminda had ke atas Perkara 2 dalam Akta 355 supaya memboleh hukuman penjara, denda dan sebatan dinaikkan hadnya.

Kenapa perlu dipinda?

Akta 355 had 356Pada masa ini, Akta 355 menyekat bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah kepada hukuman penjara maksima 3 tahun, denda maksima RM5,000 dan sebatan maksima 6 kali sahaja. Apabila pindaan dibuat hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah boleh disesuaikan dengan perlaksanaan hukuman Islam.

Kenapa tidak dilaksana terus hukuman hudud?

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta-akta dan Enakmen-enakmen Negeri, sudah ada ruang untuk membolehkan perlaksanaan hukuman yang sejajar dengan syariat Islam walaupun terdapat juga beberapa sekatan dan kekangannya. Bagi melaksanakan hukuman-hukuman yang sesuai dengan syariat Islam, kita sewajarnya mengambil kesempatan yang sudah tersedia sambil memperbaiki kekurangan yang ada sambil melaksanakan secara berperingkat.

Jika perlaksanaan secara berhati-hati dengan berperingkat ini pun sudah mendapat tentangan dari sesetengah pihak, bagaimana mungkin untuk kita laksanakannya secara mendadak meminda keseluruhannya sekali gus dengan kekurangan dan ketidaksediaan prasarana serta kefahaman orang awam yang selalu diputarbelitkan.

Dengan pindaan “KECIL” ini, ianya membolehkan hukuman-hukuman yang terhad ke atas mahkamah syariah ini ditambah sesuai dengan “hukuman syarak”.

Kenapa ada pihak yang menentang?

Ada beberapa sebab dan kelompok yang menentang Usul Rang Undang-undang Persendirian (Private Bill) ini. Sebahagian besar daripada yang menentang adalah kerana mereka mempunyai kepentingan tersendiri, sama ada kerana politik atau pun motif dan agenda kelompok mereka. Ada juga sesetengah yang tidak faham dan mereka terpengaruh dengan dakyah dan tipu helah musuh Islam yang sengaja mahu memecah-belahkan umat Islam.

Bagi yang mereka yang menentang kerana agenda politik mereka, mereka merasakan pindaan ini akan terlaksana agenda politik kelompok Islam. Dan apabila ianya terlaksana, ianya menjadi suatu “kekalahan” dalam muslihat politik mereka.

Bagi kelompok yang sengaja memusuhi Islam, mereka menentang kerana tidak mahu melihat hukuman Islam yang adil dan menyeluruh dilaksanakan. Mereka menolak kerana ianya nanti menjadi suatu kekangan dalam usaha dakyah sebaran agama mereka kepada orang-orang Islam. Evangelis Kristian (dan barua-barua mereka) sudah pasti cemburu dengan perlaksanaan hukuman Islam.

Ada juga mereka yang menolak perlaksanaan hukuman sebegini kerana mereka takut mereka nanti dihukum dengan hukuman-hukuman itu. Hanya pembunuh takut dengan hukuman ke atas kesalahan jenayah membunuh. Orang awam pasti gembira adanya hukuman ke atas pembunuh yang sentiasa mengancam nyawa dan keteteraman orang awam.

Kepada yang keliru dan tidak faham, kita perlu berikan kefahaman kepada mereka untuk sama-sama menyokong usaha memperbaiki sistem kehakiman dan perlaksanaan undang-undang Islam di Tanah Air kita.

Mungkin ada pihak yang merasakan dengan hukuman yang lebih berat ke atas kesalahan-kesalahan jenayah syariah maka nanti akan mengakibatkan aktiviti ekonomi mereka yang berunsur judi, pelacuran, minuman arak dan seumpamnya akan terkesan. Maka merekalah yang kuat melobi untuk bantah dan juga menakut-nakutkan orang orang serta memutar-belitkan isu ini.

(baca: Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?)

Kenapa hukuman ini hanya kepada orang Islam sahaja?

Dalam Perkara 2 Akta 355 – Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 memang menyebut bahawa perlaksanaan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah ke atas orang yang menganuti agama Islam, maka hukumannya hanya terlaksana ke atas orang-orang Islam sahaja.

Maka kenapa orang-orang bukan Islam perlu bimbang tentang hukuman yang tidak ada kena mengena dengan mereka? Kenapa orang-orang bukan Islam menghasut orang-orang Islam untuk sama menentang perlaksanaan hukum-hakam Islam? Orang-orang Islam semestinya waspada dengan niat jahat musuh Islam yang sengaja menghasut ini. Apakah kita setuju dengan tuduhan musuh Islam yang menghina hukum-hakam Islam?

Apakah hukuman potong tangan termasuk dalam Usul Rang Undang-undang Persendirian (Private Bill) ini?

TIDAK. Dalam Akta 355, kerana ianya hanya melibatkan Mahkamah Syariah, maka hanya kesalahan-kesalahan yang telah disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (B1SNJ9PP). Kesalahan jenayah mencuri, merompak dan membunuh itu di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) tidak termasuk dalam B1SNJ9PP.

Mampukah Usul Rang Undang-undang Persendirian (Private Bill) ini diluluskan?

Usul ini hanya perlu majoriti mudah untuk diluluskan. Ini bermakna perlu 112 orang dari seramai 222 orang YB yang menyokong. Dari segi bilangan ahli Parlimen Melayu Islam – CUKUP – tanpa mengira parti!

Tetapi apakah nanti ada wakil rakyat Melayu-Islam sendiri yang tidak mahu sokong?

Kita tunggu dan lihatlah hati perut mereka.

*********

Kempen MUDAH Sokong Akta 355

*********

Baca juga: