PRK-tsunami sokongan orang IslamAda orang mengatakan apa yang berlaku dalam kedua-dua PRK lepas merupakan tsunami politik orang-orang Islam bagi mengzahirkan sokongan mereka terhadap cadangan pindaan Akta 355. Umat Islam bangkit melalui peti undi untuk menyatakan sokongan mereka kepada cadangan TG Hadi Awang tersebut. Kita dapat lihat Gabungan undi yang diperolehi kedua-dua parti ini lebih 70% dari jumlah undi.

Tsunami tersebut juga jelas menunjukkan mereka yang menentang cadangan tersebut hanya mendapat sokongan sebahagian besar pengundi bukan Islam dan orang-orang Islam yang bersekongkol dengan musuh kepada agenda untuk mendaulatkan Islam di Tanah Air ini.

suhakamm baruMoga dengan ini PM Najib dan para pemimpin sedar mereka MESTI menaruhkan lebih kepercayaan kepada umat Islam yang mahukan Islam di Tanah Air kita. Jangan pula PM Najib abaikan suara majoriti umat Islam. Jangan pula lebih-lebih PM menabur janji kepada musuh-musuh Islam.

Perlantikan baru ahli-ahli SUHAKAM tidak mengambar aspirasi suara umat Islam yang memberi sokongan kepada agenda Islam. Sukar untuk umat Islam fahami keputusan sebegini.

Atau apakah ini kejayaan peranan PUNAHSIHAT yang mengelilingi Najib? Najib mesti periksa profil sebahagian besar mereka dalam senarai ini adalah ketara dalam rekod mereka memushi agenda mendaulatkan Islam di Negara ini. Mereka inilah sebenar yang bersekongkol memburukkan imej Malaysia bersama dengan COMANGO, Majlis Peguam  dan seumpamanya.