You are currently browsing the daily archive for 23 June, 2016.

Saya salin siar laporan dari mynewshub yang memetik kenyataan saya dalam satu seminar awal minggu ini di Putrajaya. Semoga bermanfaat.

TERDAPAT 70 ribu transgender dengan lebih 70 peratus beragama Islam kini sedang berusaha melalui pelbagai cara untuk menuntut supaya amalan kebebasan seks diiktiraf di negara ini.

Perjuangan melalui kempen perundangan berdasarkan laungan Hak Asasi dalam Perlembagaan Negara dijadikan modal supaya Kerajaan dan masyarakat tunduk kepada kemahuan mereka untuk mengamalkan gaya hidup seks bebas.

Naib Presiden Muafakat, A. Karim Omar mendedahkan, golongan pengamal LBGT kini berusaha menggunakan proses undang-undang di mahkamah dan mengaitkan hak asasi dalam perlembagaan sebagai hujah utama.

DISN-wilayah-21Jun2016“Malah, mereka juga menerima sokongan kewangan, moral dan politik dari pelbagai pihak dan kerajaan luar,” katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai Ancaman Keselamatan Negara di Menara Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Program tiga jam itu dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Biro Tata Negara.

Menurut A. Karim, dengan bergabung sesama sendiri serta disokong lebih 60 persatuan lain, aktivis LBGT menggunakan perkembangan hak asasi manusia di Barat sebagai petunjuk kebebasan.

Katanya, aktivis LBGT mahu negara ini menerima kebebasan seksual sebagai isu hak asasi serta mendesak kerajaan patuh pada kemahuan mereka. Selain itu katanya, sokongan kewangan daripada pelbagai agensi hak asasi di Amerika Syarikat menjadikan gerakan LBGT ini memiliki sumber dana yang mencukupi untuk berkempen.

Transgender-ICD10-Kerry-Nisha“Ini campur tangan asing yang sengaja mahu mencabar perlembagaan negara terutama kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Selagi Islam ada dalam perlembagaan, kebebasan seks tidak boleh diiktiraf. Jadi, mereka menyerang status quo Islam dalam Perlembagaan,” katanya pada lebih 300 penjawat awam yang mewakili lima kementerian kerajaan.

“Agensi yang berlindung di balik nama hak asasi di Amerika Syarikat ini ditaja George Soros. Malah, Naib Presiden Amerika Syarikat, John Kerry telah menganugerahkan pingat negara kepada seorang aktivis LBGT sebagai pengiktirafan terhadap usaha menuntut kebebasan amalan seks di negara ini,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kita sukar untuk mengenali saudara mara dan kenalan kita yang sudah murtad masuk Kristian. Hatta dari dalam ahli keluarga terdekat sekali pun, kadang-kadang mustahil untuk mengesyaki mereka yang telah murtad.

KristianMelayu-ciri-ciriYang kita kenal dan tahu tentang kisah-kisah pemurtadan ialah mereka yang berani mendedahkan bahawa mereka sudah murtad. Kes paling terkenal adalah kisah Azlina Jailani. Atau yang terbaru ialah pasangan keluarga Mohd Yusri Yusof dan Sharifah Fadliaton. Tetapi mereka ini sudah lari dan tidak berani tinggal di Tanah Air ini. Mereka ini dikenali sebagai MBB kategori C1. [Boleh lihat carta kategori di sini] MBB adalah singkatan bagi Muslim Background Believers.

Namun, ramai dari mereka yang murtad sebenarnya tidak mengistiharkan pemurtadannya kepada kenalan mahupun saudara mara mereka sendiri. Mereka menyembunyikan identiti mereka dan berterusan dalam kehidupan keluarga Islam mereka. Hatta bagi mereka yang sudah satu keluarga murtad, mereka akan berterusan hidup dan berinteraksi dalam masyarakat Islam seolah-olah mereka masih Islam. [Baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad]

Kumpulan mereka yang telah murtad masuk Kristian dan menyembunyi identiti mereka ini dan berlakon seolah-olah mereka masih Islam ini dikategorikan sebagai MBB C5 (berbanding dengan C1 di atas tadi yang berani mengistiharkan diri mereka telah murtad).

Read the rest of this entry »

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2016
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid