Selepas wacana anjuran PEMBELA “Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia” pada Ogos 2013, Malaysiakini dan Malaysianinsider menuduh saya mereka-reka tentang kajian yang dibuat tentang “kehidupan dan identiti sosio-agama Kristian Melayu”. Malah kedua-dua media tersebut mengatakan laporan saya “did not name the priest, the church he belonged to nor the title of his thesis, but Malaysiakini did a search on a database for doctoral dissertations for Christian missions” – hanya kerana mereka tidak jumpa kajian doctoral yang saya sebut itu.
[untuk baca tentang kajian tersebut sila klik: Melayu Kristian? dan Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]
Telah banyak kali kita buat pendedahan strategi licik lagi JAHAT yang sebegini yang direncanakan oleh para pelampau evangelis Kristian – sehingga kini tidak ada mana-mana mereka yang berani menyangkal FAKTA ini.
Setiap kali timbul isu-isu Kristianisasi yang galak membela evangelis Kristian adalah dua portal berita yang sentiasa dilihat mempunyai penglaporan berita yang memusuhi Islam sambil mendokong penyebaran pemikiran liberal yang sesat. Malaysiakinidotcom dan MalaysiaInsider (yang sudah pun bungkus!) sentiasa tidak senang dengan pendedahan agenda JAHAT evangelis Kristian. Apa agenda dan motif mereka melakukan sedemikian?
Selain dua portal di atas, Malaymailonline, Freemalaysiatoday dan Thestar juga tergolong dalam portal berita yang banyak memusuhi Islam dalam penglaporan mereka.
Contoh-contoh:
- Jahatnya Boo Su-Lyn Dan Malay Mail Online Ke Atas Islam
- Isu Teks Khutbah JAKIM – Jahat Sungguh Penglaporan The Malay Mail
- The Malay Mail Semakin Jelas Memusuhi Islam
- MalaysianInsider Medan Penghasut dan Pelampau Agama
Kenapa mereka sangat benci dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang sangat jelas? Hingga persoalkan Kenapa Kita Tidak Boleh Bentengi Akidah Umat Islam?
Tidak dipanggil musuh jika mereka tidak berniat busuk. Kerana Putar belit adalah mainan media liberal.
Lihat apa yang ditulis oleh Helen Ang berhubung kerja jahat portal-portal yang banyak menyokong agenda Evangelis Kristian. UiTM seminar accused of whipping up anti-Christian sentiments – merujuk kepada penglaporan oleh media-media tersebut apabila cuba membangkitkan semangat kebencian terhadap usaha-usaha memelihara aqidah umat Islam berdasarkan peruntukan dalam Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.
2 comments
Comments feed for this article
18 July, 2016 at 10:36 am
More Expose on Malaysiakini Funding | Karim's Blog
[…] Kenapa Malaysiakini dan Malaysianinsider Nampak Pro-Kristian? […]
23 May, 2017 at 7:42 am
Malaysiakini BEBAS? Atau AGEN Luar? | Karim's Blog
[…] Kenapa Malaysiakini dan Malaysianinsider Nampak Pro-Kristian? […]