You are currently browsing the daily archive for 29 June, 2016.

JEMPUTAN MEDIA SPRM:  LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SESYEN PULAU PINANG ESOK

Bismillahhirrahmanirrahim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam 1Malaysia

YBhg Dato’/Tuan/Puan,

Ketua Pengarang/ Pengarang Berita,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pertuduhan terhadap YB Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon di bawah  Akta SPRM 2009 pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 Jun 2016 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang

3. Sehubungan itu, dijemput pihak media untuk membuat liputan pertuduhan tersebut. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN PERANGI RASUAH
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Bahagian Komunikasi Strategik,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Aras 7, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62007 Putrajaya.
Tel: 03-8886 7659
Fax: 03-8888 9528
SPRM-pertuduhan LGE-mahkamah

Suasana tegang di KOMTAR dengan khabar LGE (Joseph Lim Guan Eng) akan ditangkap SPRM. Mesyuarat EXCO dikatakan masih berjalan. Pihak Polis/SPRM telah mengepong untuk menyerahkan waran tangkapan.

18:21 – ada yang mengatakan mesyuarat EXCO dilengah-lengahkan supaya lambat habis.

18:22 – ada usaha perbincangan agar LGE tidak digari sedangkan ada yang mengatakan SOPnya mesti digari.

18:24 – kemaskini dari Berita Harian: Pegawai SPRM dipercayai masuk ke Pejabat Ketua Menteri

18:40 – the Star melaporkan Phang Li Khoon arrested

18:42 – kemaskini dari the Star – Guan Eng, businesswoman Phang arrested

18:59 – kemaskini Berita Harian – Guan Eng didakwa esok

Berikut adalah gambar-gambar yang diterima melalui beberapa mesej.

(akan dikemaskini apabila diterima gambar baru seterus)

PENANG 29 JUNE 2016. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) di tahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian membawanya ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di sini. NSTP/MIKAIL ONG

PENANG 29 JUNE 2016. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) di tahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian membawanya ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di sini. NSTP/MIKAIL ONG

LGE-ditangkapSPRM9

LGE-ditangkapSPRM8

LGE-ditangkapSPRM7

LGE-ditangkapSPRM6

LGE-ditangkapSPRM5 LGE-ditangkapSPRM4 LGE-ditangkapSPRM3 LGE-ditangkapSPRM2 LGE-ditangkapSPRM1

Ya Allah Ya Rabb. Kau menangkanlah Islam. Kau HANCURkanlah musuh-musuh Islam dan mereka yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Kau patahkahlah perancangan jahat mereka. Sesungguh Kau adalah yang maha merancang. Ya Allah Ya Rabb. Kau Daulatkanlah Islam Di Bumi Bertuah Ini. Amiin Ya Rabbi Alamin

Di dalam “GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MASJID DAN SURAU DI NEGERI SELANGOR” dengan jelas menyebut titah DYMM Sultan Selangor melarang orang bukan Islam untuk memasuki ruang solat utama semua masjid dan surau dalam Negeri Selangor.

3.4 Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor 
Pada 28 Ogos 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk memasuki ruang solat utama semua masjid dan surau dalam Negeri Selangor atau mengadakan apa-apa acara di dalamnya.
Mana-mana orang yang didapati bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor ini boleh didakwa di bawah seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Selangor) 1995

WilliamLeaon-MasjidSelayangPandang

Telah tersebar di beberapa laman sesawang bahawa Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong Jee Ken telah berucap di dalam ruang solat utama Masjid Al-Muttaqin Selayang Pandang beberapa hari lepas. Apakah Willian Leong telah melanggar titah Tuanku Sultan atau ada di kalangan AJK yang sengaja melanggar titah DYMM Sultan Selangor? Tindakan harus diambil di bawah seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Adalah wajar untuk JAIS melakukan siasatan segera berhubung khabar yang telah tersebar sejak beberapa hari ini.

kebakaran stesen minyak

Sudah banyak kali berlaku. Dan sudah banyak kali dilapor. Terbaru (semalam 28hb Jun 2016 – di Setapak, KL) seorang wanita 25 tahun melecur 60% kerana mengguna telefon sambil mengisi minyak.

Sudah banyak peringatan di sekitar stesen minyak. Bukan satu, malah setiap kawasan pam minyak itu.

KENAPA masih ramai yang tidak ambil peduli.

Jika anda merasa tidak kisah dengan keselamatan anda …

… bagaimana ahli keluarga anda yang berada di dalam kereta – sudah ada yang berlaku.

… bagaimana dengan pengguna lain yang sedang juga mengisi minyak – juga pernah berlaku.

… kesian juga pemilik yang mengalami kerugian akibat kecuaian anda.

Apa sukarnya untuk:

  1. Matikan engine
  2. Jangan guna telefon sambil mengisi – terbaik ialah simpan telefon dalam kereta – kereta jika ianya berada dalam poket ianya masih bahaya jika ada panggilan ketika anda mengisi
  3. Jangan sekali-kali merokok atau menghidupkan api di sekitar kawasan stesen minyak.

MUDAH.

Tetapi ramai yang masih tidak peduli.

Baca:

Utusan Malaysia: Guna telefon bimbit ketika isi minyak, wanita melecur disambar api

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2016
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid