Sudah banyak kali berlaku. Dan sudah banyak kali dilapor. Terbaru (semalam 28hb Jun 2016 – di Setapak, KL) seorang wanita 25 tahun melecur 60% kerana mengguna telefon sambil mengisi minyak.
Sudah banyak peringatan di sekitar stesen minyak. Bukan satu, malah setiap kawasan pam minyak itu.
KENAPA masih ramai yang tidak ambil peduli.
Jika anda merasa tidak kisah dengan keselamatan anda …
… bagaimana ahli keluarga anda yang berada di dalam kereta – sudah ada yang berlaku.
… bagaimana dengan pengguna lain yang sedang juga mengisi minyak – juga pernah berlaku.
… kesian juga pemilik yang mengalami kerugian akibat kecuaian anda.
Apa sukarnya untuk:
- Matikan engine
- Jangan guna telefon sambil mengisi – terbaik ialah simpan telefon dalam kereta – kereta jika ianya berada dalam poket ianya masih bahaya jika ada panggilan ketika anda mengisi
- Jangan sekali-kali merokok atau menghidupkan api di sekitar kawasan stesen minyak.
MUDAH.
Tetapi ramai yang masih tidak peduli.
Baca:
Utusan Malaysia: Guna telefon bimbit ketika isi minyak, wanita melecur disambar api
1 comment
Comments feed for this article
29 June, 2016 at 8:42 pm
marwanmahmud
Masyarakat kita memang dah terkenal dengan sikap degil dan keras kepala.. Sama juga dengan sikap pemandu kita yang degil tak nak pakai tali pinggang keledar walaupun setiap hari berbelas orang mati akibat kemalangan jalan raya..
Selagi sikap tak berubah selagi itulah perkara sebegini tak akan diambil iktibar..