Di dalam “GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MASJID DAN SURAU DI NEGERI SELANGOR” dengan jelas menyebut titah DYMM Sultan Selangor melarang orang bukan Islam untuk memasuki ruang solat utama semua masjid dan surau dalam Negeri Selangor.

3.4 Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor 
Pada 28 Ogos 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk memasuki ruang solat utama semua masjid dan surau dalam Negeri Selangor atau mengadakan apa-apa acara di dalamnya.
Mana-mana orang yang didapati bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor ini boleh didakwa di bawah seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Selangor) 1995

WilliamLeaon-MasjidSelayangPandang

Telah tersebar di beberapa laman sesawang bahawa Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong Jee Ken telah berucap di dalam ruang solat utama Masjid Al-Muttaqin Selayang Pandang beberapa hari lepas. Apakah Willian Leong telah melanggar titah Tuanku Sultan atau ada di kalangan AJK yang sengaja melanggar titah DYMM Sultan Selangor? Tindakan harus diambil di bawah seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Adalah wajar untuk JAIS melakukan siasatan segera berhubung khabar yang telah tersebar sejak beberapa hari ini.