JEMPUTAN MEDIA SPRM: LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SESYEN PULAU PINANG ESOK
Bismillahhirrahmanirrahim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam 1Malaysia
YBhg Dato’/Tuan/Puan,
Ketua Pengarang/ Pengarang Berita,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pertuduhan terhadap YB Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon di bawah Akta SPRM 2009 pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 30 Jun 2016 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang
3. Sehubungan itu, dijemput pihak media untuk membuat liputan pertuduhan tersebut. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Aras 7, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62007 Putrajaya.
Tel: 03-8886 7659
Fax: 03-8888 9528
Leave a comment
Comments feed for this article