BeritaTVhijrah-Elsisi penyelamatUnit Berita TV Al-Hijrah meminta komen dari saya (minggu lalu) berhubung dengan persoalan “Adakah El-Sisi Penyelamat Mesir?” Dalam slot yang begitu ringkas untuk ruang “Analisis Bersama Finaz Yunus” itu adalah sukar untuk memberi gambaran keseluruhannya.

Namun, khusus untuk soalan yang dikemukakan, saya memberi jawapan YA. El-Sisi sebenarnya menyelamatkan Mesir dari jatuh ke dalam perancangan asal Amerika Syarikat. Jawapan seperti ini saya yakin bakal mengundang banyak bantahan dari sesetengah pembaca – kerana saya tidak meletakkan kesalahan kepada El-Sisi sebagai yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Ikhwan Mesir yang dipimpin oleh Morsi.

Perancangan asal Amerika Syarikat ialah untuk menjatuhkan Presiden Morsi dengan menaikkan tokoh Sekular yang telah dikenalpastikan oleh mereka. Antaranya ialah El-Baradei.

Arab Spring belum lagi pun tercetus, nama El-Baradei telah diangkat-angkat oleh media Barat. Majalah Times pada bulan Februari 2010, telah pun mempromosikan nama beliau sebagai “a viable alternative candidate”.

El-Baradei-proksi baratManakala ketika kemuncak Arab Spring di Mesir, Voice of America (VOA), lidah rasmi antarabangsa mempromosi agenda kerajaan Amerika Syarikat, meletakkan El-Baradei sebagai tokoh utama yang berhadapan dengan Mubarak.

Malah, New York Times mendedahkan bahawa El-Baradei memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Morsi.

Begitulah keadaannya dalam percaturan geo-politik Amerika Syarikat di Negara-Negara Islam, termasuk Mesir, mereka telah mengariskan beberapa perancangan dasar dan disusuli dengan gerak kerja tersusun. Buku-buku terbitan Rand Corporation mendedahkan perancangan mereka yang telahpun dimulakan pada tahun 2004,  susulan selepas “Project for the New American Century (PNAC)” berjaya dilaksanakan. [baca: Percaturan Geo-Politik Amerika]

[boleh juga lihat perkongsian slides saya: Kemusnahan Negara-negara Islam – Perancangan Strategik Musuh]

Baca juga: Egypt’s Brotherhood backs military in US dispute

p.s. apa yang berlaku dalam pentadbiran El-Sisi kini termasuk hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas pemimpin-pemimpin Ikhwan – perlu dilihat dalam perbincangan susulan lain. Jawapan saya di atas hanyalah untuk ketika saat “kerajaan Morsi ditumbangkan”.

Berikut adalah rakaman video siaran “Analisis Bersama Finaz Yunus” Berita TV Al-Hijrah – klik untuk tonton;

Advertisement