Di dalam sesi-sesi penerangan saya sejak akhir tahun lepas lagi, saya kerap memberi peringatan sebelum saya menamatkan ucapan saya tentang pergolakan yang bakal berlaku di Tanah Air kita dan juga kadang-kadang saya kaitkan dengan ramalan di Turki selepas menceritakan tentang Arab Spring.
Apa yang berlaku sejak beberapa bulan lepas dan terutama semalam itu bakal juga berlaku di tempat kita. Apa yang berlaku di Turki itu adalah lebih awal dari jangkaan saya … 2017.
Walaupun saya membuat ramalan sedemikian, saya tetap sentiasa berdoa agar jangkaan saya itu salah.
Dalam keadaan dan suasan yang tidak menentu ini – untuk kita dapat maklumat terkini, kita perlu dapatkan dari beberapa sumber untuk mengimbangi laporan berita yang tertakluk kepada pihak mana media-media tersebut melaporkan. Kalau yang pro-Amerika – maka kehendak Amerika yang kita baca. Yang anti-Amerika mereka akan laporkan dengan cara berbeza.
Siapa pun yang akhirnya nanti … yang pasti Negara hancur dan rakyat menderita.
Leave a comment
Comments feed for this article