You are currently browsing the daily archive for 17 July, 2016.

Lagi buku kulit hitam ditemui

Bible Melayu - Jasin - Jul2016JASIN – Penduduk Simpang Bekoh, di sini bimbang dengan penemuan lebih 20 buku berkulit hitam dan tercatat perkataan My Kitab di beberapa kawasan tumpuan ramai termasuk pondok bas dan kedai makan, semalam selepas perkara sama pernah berlaku tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Bekoh, Abd Latif Arshad berkata, kehadiran buku berwarna hitam itu disedari penduduk lebih kurang jam 8 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihaknya.

Menurutnya, sejurus menerima aduan, dia terus membuat rondaan di kawasan sekitar kampung dan berjaya menemui 25 buku setebal 1 setengah inci yang diletakkan di beberapa jalan dan Medan Selera Simpang Bekoh.

Katanya, ini bukan pertama kali kejadian seumpama itu berlaku, bagaimana pun sebelum ini bilangan buku diletakkan tidak melebihi 10 buah.

“Kita tidak tahu siapa yang melakukan dan tindakan ini seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan Negara bahawa Islam sebagai Agama Persekutuan dan kesucian agama Islam.

“Sedangkan kawasan ini majoritinya penduduk berbangsa Melayu dan tidak seharusnya perbuatan meletakkan My Kitab yang secara terang bercanggah dengan agama Islam dilakukan.

“Saya harap pihak berkenaan ambil tindakan segera dan tidak membiarkan ia terus berlaku memandangkan kes ini bukan pertama kali berlaku di Simpang Bekoh,” katanya.

Abd Latif berkata, dia yang telah mengumpulkan buku-buku itu dan kemudiannya membawa ke Balai Polis Simpang Bekoh untuk tindakan selanjutnya.

“Saya difahamkan bukan di kawasan ini saja jadi sasaran mereka, malah di Chabau, Jasin turut terjadi perkara sama namun jumlah buku diletakkan tidak banyak,” katanya.

Pada September tahun lalu, Sinar Harian pernah menyiarkan penduduk di Kampung Abbey/Pondok Batang, Asahan gempar dengan penemuan lebih 20 buku yang bercanggah dengan ajaran Islam dan diletakkan di pondok-pondok bas serta jalan kampung tersebut oleh individu tidak bertanggungjawab.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/lagi-buku-kulit-hitam-ditemui-1.541871

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2016
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid