amaran ribut-21Jul2016

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan sehingga pagi ini di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web yang dikemas kini jam 11.08 malam tadi, melaporkan keadaan sama diramal berlaku di Putrajaya.

MetMalaysia menerusi laman web yang dikemas kini jam 6 pagi ini pula melaporkan ribut petir di perairan Johor dan Kuching, Rejang, Mukah, Miri serta Bintulu di Sarawak dijangka berterusan sehingga pagi ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil,” kata laporan itu.

Jabatan itu juga memberi amaran sama berikutan ribut petir menyeluruh dijangka berterusan sehingga pagi ini di perairan Selat Melaka, Tioman, Reef North dan Reef South.

Sumber dipetik dari: http://www.bharian.com.my/node/175510