Hebat sungguh perisikan British yang telah mengumpulkan maklumat bahawa Iraq di bawah Saddam Hussien mempunyai kemampuan ‘weapons of mass destruction” WMD. Laporan “dossier” setebal 51 muka surat dijadikan bahan sokongan utama bukti kukuh untuk Bush mengajak dunia Barat menghancurkan Iraq. [kepada yang berminat hendak baca sila klik: WMD Dossier]

WMD-dossier-flawsLaporan perisikan tersebut lengkap dengan pelbagai “bukti” serta gambar-gambar yang diambil dari satelit. Semuanya ini akhirnya terbukti “silap”. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Rakyat Iraq jauh lebih aman dan maju ketika zaman “diktator” Saddam Hussien. Tidak ada pun pengeboman yang berlaku setiap hari di tepi jalan, di pasar, di sekolah, di masjid dan sebagainya – sepertimana berlaku sekarang ini.

Ada yang mati dibunuh oleh Saddam. Ya, bagi musuhnya, Saddam memang jahat, zalim, kuku besi diktator, sanggup membunuh dan memenjarakan sesiapa yang melawannya. Tetapi berapa ramai bilangannya? Rakyat jelata yang ramai hidup aman tenteram. Jika ditanya hari ini – rakyat yang kini menderita mahukan Saddam kembali.

Begitulah juga dengan suasana yang berlaku di Libya. Dengan pakatan Amerika Syarikat dan NATO mereka mengebom Libya sesuka hati. Akhirnya hancur semua infrastruktur dan kemudahan awam untuk memuaskan hasrat Barat untuk membunuh Gaddafi. Ya, Gaddafi sudah mati – tetapi rakyat seluruhnya menderita. Mereka masih berperang sehingga hari ini – Gaddafi telah pun tiada sejak 5 tahun yang lalu.

Bolehkah kita percaya dengan pelbagai bukti dan propaganda yang nampak “kukuh” yang dikeluarkan Amerika Syarikat dan sekutunya? Dr. Mahathir telah menjelajah seluruh dunia di bawah Perdana Global Peace Foundationnya mahu mengheret Amerika Syarikat ke mahkamah dunia kerana jenayah yang dilakukan oleh pemerintahan Bush dalam insiden WTC 9/11. Walaupun laporan dan bukti telah dikeluarkan Suruhanjaya yang menyiasat WTC 9/11 bahawa ianya adalah kerja pengganas Al-Qaeda, namun, Dr. Mahathir menghimpun pelbagai tokoh dari merata dunia untuk menyanggahi laporan rasmi kerajaan Amerika Syarikat. Bush benar atau Mahathir benar?

Sebab itu, kita tidak semudah itu untuk menerima bulat-bulat “arahan dan tekanan” tersembunyi yang dilakukan musuh-musuh Islam. Nampak manis dibibir tetapi mereka ada rancangan jahat.

Kita lihat pelbagai “pendedahan” yang dilakukan oleh media pro-Barat terhadap Erdogan. Bagaimana permainan persepsi dilakukan bagi memburukkan pentadbiran kerajaan Turki. Siri-siri pemberontakan dan demonstrasi bukannya dilakukan oleh orang luar – mereka semuanya rakyat Turki. Rakyat Turkilah yang keluar dan menyuarakan protest terhadap “kediktatoran” Erdogan. [baca: Sokong Erdogan Yang “Diktator”? Apakah Neraca Kita?] Rampasan kuasa terbaru dilakukan oleh pegawai-pegawai kanan tentera, bahagian kehakiman dan orang-orang Turki sendiri. Bagaimana media Barat membuat liputan di peringkat awal rampasan kuasa? Erdogan telah dilaporkan mahu lari mendapat perlindungan suaka politik di Jerman, tetapi ditolak dan kemudian cuba lari ke London. Banyak media yang melaporkan naratif sedemikian. Namun ternyata itu semua PALSU.

Dengan mengambil sikap “tabayyun” yang disaran dalam Al Quran, kita jangan hanya pilih-pilih untuk “tabayyun“. Inilah keghairahan kita berpolitik.

Berpuluh billion USD hangus dalam skandal ENRON (USD!). Ianya bukan sahaja suatu kes bankrupsi terbesar di Amerika Syarikat tetapi juga suatu kes kegagalan audit terbesar dalam sejarah dunia (walaupun di bawah Arthur Andersen!!!). Harga saham dari USD90.00 menjunam ke hanya USD0.12 sahaja. Enron adalah antara penderma utama untuk dana kempen beberapa tokoh politik terkemuka ketika itu termasuk Bush sendiri dan Naib Presiden Dick Cheney serta Ashcroft, untuk kempen Senatornya – yang kemudian Bush lantik sebagai Attorney General. Akhirnya semua yang terbabit tidak mahu dilibatkan apabila disiasat – termasuk Bush sendiri (sebagai seorang Presiden) yang sangat rapat dengan Enron. [sebagai contoh baca link ini https://www.theguardian.com/business/2002/feb/02/enron.usnews]

Rekod Amerika Syarikat dalam campurtangan hal ehwal Negara asing sangat buruk. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai hasrat penguasaan dunia – dan sudah pastilah ada barua-barua yang mereka akan peralatkan. Di mana jua. Baca perancangan sulit Amerika Syarikat untuk berperang dengan Cuba:  Operation Northwoods – Perancangan Jahat Pra-9/11 WTC.

Jangan kita mudah terpedaya dakyah musuh dan jauhi dari terjebak dalam perancangan jahat mereka.

Dan baca juga yang berkaitan sebelum ini: