Suatu situasi yang sangat paradoks. Ramai juga peminat Erdogan di Malaysia terdiri dari mereka yang menentang polisi Kerajaan Malaysia. Ramai dari mereka yang dilihat mengangkat kehebatan tokoh pemimpin Turki ini terdiri dari penyokong parti-parti pembangkang dan aktivis masyarakat yang pro-pembangkang.

Segala puji dan puja diberikan kepada Erdogan sebagai idola kecemerlangan yang telah membawa Turki ke tahap yang jauh lebih tinggi dalam pemerintahannya yang sudah melebihi satu dekad.

Namun, jika kita bertanya dengan kelompok anti-Erdogan di Turki termasuk mereka yang menyokong tokoh seperti Gulen, mereka akan mengaitkan Erdogan dengan pelbagai skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ramai juga yang mengatakan Erdogan memerintah dengan kuku besi diktator serta menyekat kebebasan media.

pressfreedom-turkiBukan sahaja akhbar-akhbar popular yang tidak pro-Erdogan diambil alih kerajaan, malah media sosial turut disekat beberapa kali.

Sebaliknya, apabila suasana yang sama dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam memelihara keamanan dan ketenteraman sambil menyekat fitnah dan hasutan – kerajaan di Malaysia dituduh sebagai menyekat kebebasan media.

Begitulah dilemma dari kalangan aktivis Islam di Tanah Air kita. Kita kadang-kadang mengguna kayu pengukur yang bercanggahan. Kita selalu nampak kesalahan orang lain – tetapi kita tidak nampak kesalahan dan maksiat yang kita sendiri lakukan.

Kita tidak dapat membezakan maratib keutamaan dalam membuat penghukuman dalam sesuatu masalah. Apakah ianya melibatkan isu-isu pokok aqidah atau isu-isu syariat? Apakah ianya kesalahan peribadi pada diri orang itu sendiri yang akan jawab di akhirat nanti atau suatu kesalahan yang mengheret aqidah seluruh umat ke neraka Jahannam – nauzubillah. Hukumilah diri kita apa yang kita hendak hukumkan kepada orang lain.

Cuma yang jelas dan sepatutnya menjadi iktibar oleh kita ialah kita perlu lihat dan fahami kenapa sesetengah mereka yang kononnya bersama dalam perjuangan kita – sama ada dalam politik kepartaian mahu pun dalam gerakan sivil NGO. Ada dari kalangan mereka yang bersama kita yang menunjukkan kebenciannya terhadap polisi Erdogan dan mereka juga benci dan polisi kerajaan kita. Inilah musuh sebenar.

Kita selidiki dan baca sikap dan tindak tanduk sesetengah yang duduk satu saf dengan kita dalam isu-isu yang kita ketengahkan – apakah tindak tanduk mereka bersama dengan kita dalam isu kezaliman kerajaan zionis Israel, keganasan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat yang membunuh ratusan ribu umat Islam di Negara-Negara seperti Afghanistan dan Iraq? Atau tidak? Kebanyakan mereka ini diam kerana akur dengan polisi orang yang membiayai dana mereka. Kalau pun terpaksa bersuara … sekadar melepaskan batuk di tangga.

Orang-orang seperti inilah musuh kita yang sebenarnya. Mereka berbeza aqidah. Sedangkan kita sesama kita hanya berbeza matlamat perjuangan politik. Kita sanggup berhusnu zhon dengan musuh yang berbeza aqidah tetapi bersu’u zhon dengan saudara seIslam.

Di mana hendak kita letakkan neraca yang difirmankan oleh Allah s.w.t. sebagai cara perilaku kita sesama Muslim dan sikap kita terhadap musuh Islam – “ashidda’u ‘alal kuffar ruhama’u bainahum”

“Muhammad (s.a.w.) itu adalah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), tetapi berkasih sayang serta belas kasihan sesama mereka sendiri (umat Islam).” Surah Al Fath : 29

Ingatlah pesanan Luqman bahawa sesungguhnya kezaliman yang paling besar ialah syirik kepada Allah:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Baca:

Untuk renungan bersama dalam kes Turki – mesti baca: