You are currently browsing the daily archive for 22 July, 2016.

Dalam kes yang dibawa oleh Peguam Negara Amerika Syarikat terhadap harta-harta yang dikaitkan dengan beberapa individu yang dikatakan ada hubungan dengan 1MDB, pendakwaan tersebut adalah di bawah apa yang disebut sebagai Civil Forfeiter – secara khusus “asset forfeiture in rem”. Dikenakan ke atas “barangan” (thing).

Ianya bukan suatu prosidur jenayah (criminal proceeding) – yang pesalahnya/defendannya adalah orang yang dituduh.

Petikan dari Wikipedia:

In civil forfeiture, assets are seized by police based on a suspicion of wrongdoing, and without having to charge a person with specific wrongdoing, with the case being between police and the thing itself, sometimes referred to by the Latin term in rem, meaning “against the property”; the property itself is the defendant and no criminal charge against the owner is needed.[1]

Beban pembuktian tidak bersalah adalah di atas pemilik “barang”

Jadi apa maksudnya?

civil forfeitureSaya bukan orang undang-undang. Tetapi saya baca sebahagian dokumen 136 muka surat tersebut untuk fahami kandungannya. Kemudian bertanya dengan rakan-rakan dalam bidangnya sambil membuat beberapa rujukan dan carian.

Dalam kes sebegini, baca betul-betul, ketiga-tiga nama yang disebut tidak dicaj. Defendan yang bakal dirampas (forfeit) adalah “things” (barangan) yang disenaraikan.

Pembuktiannya hanyalah “Preponderance of the evidence” bukannya “Beyond reasonable doubt” – maknanya cukup sekadar “more likely to be true than not true“.

Beban pembuktian tidak bersalah adalah di atas pemilik “barang”. Tidak seperti dalam kes jenayah – di mana yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Dari Wikipedia:

If property is seized in a civil forfeiture, it is “up to the owner to prove that his cash is clean.”

Kesimpulannya.

Kalau perkara sebegini dilakukan di Malaysia, puak-puak Liberal, Majlis Peguam, COMANGO dan seumpamanya pasti akan mengamuk sakan sampai lunyai telinga kita kena tahan nak dengar.

Terlalu banyak penyalahgunaan “Civil Forfeiture” yang telah dilakukan di Amerika Syarikat. Dan terlalu banyak bantahan dan kempen untuk memansuhkan “Civil Forfeiture” ini. Saya hairan mereka seperti Majlis Peguam, COMANGO dan beberapa NGO Liberal yang kononnya memperjuangkan hak asasi membisu dalam hal ini.

Saya ulangi bahawa saya bukan dari bidang undang-undang. Tulisan ringkas saya ini adalah untuk memudahkan orang seperti saya memahami isu yang sedang hangat dibicarakan. Itu sahaja.

Kalau berminat untuk menonton, silakan …

 

Tidak boleh disangkal lagi, pelbagai aplikasi media sosial seperti FB, Twitter, WhatsApp dan seumpamanya adalah menjadi suatu fenomena yang mengganggu jadual seharian kita berbanding 4-5 tahun lalu. Kalau dulu mungkin perkara terawal kita lakukan selepas solat subuh ialah kita membuka beberapa muka surat Al Quran. Tetapi kini ratusan mesej dari berpuluh grup yang hendak kita baca dan jawab.

Apa yang anda lakukan apabila menerima mesej kematian ibu bapa anda?

Saya tidak dapat nafikan bahawa saya juga mempunyai berpuluh grup WhatsApp yang orang masukkan saya ke dalamnya. Dalam beberapa jam sahaja sudah beratus mesej terkumpul yang dicatat. Apakah mesti kita lalaikan masa kita dengan melayan semua mesej tersebut?

[Adakah anda turut sebarkannya? – Cerita-cerita Palsu Yang Ditularkan 2017]

Bagi saya, saya tidak buka sebahagian besar mesej dari grup yang terlalu rancak. Kenapa? Sebab tidak sempat hendak kejar. Jika dilayan tak jadi kerjalah kita dibuatnya.

manfaatkan media sosialSaya juga elak untuk buka grup yang berbentuk alumni. Kenapa? Kerana lazimnya grup seperti ini banyak berfoya hal dan peristiwa lama, mengatur dan mengatur RU demi RU, sambil sesetengah pula asyik bernostalgik zaman jahiliyyah mereka, ada juga yang masih seronok berkongsi bahan-bahan lucah atau yang lagha, dan yang pasti mereka rancak apabila berkutukan dan menyebar fitnah yang pengirim sendiri hanya forward tanpa usul periksa. [Contoh: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta?] Kita kerap tidak menjaga adab susila pergaulan dan perbualan.

Dalam sebuah hadith,

Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.

Mungkin dalam banyak ketika itulah kadar iman saya, lemah. Tidak mampu untuk setiap kali hendak menegur. Walaupun sesekali cuba diperbetulkan berita-berita palsu …

Contoh – Persatuan Melayu Murtad IFC,  World News Daily Report – PALSU !!! dan Mesej Bulan Mengelilingi Kaabah – Usah Percaya

Sebenarnya, dalam pada kita mengeluh isu-isu kemasyarakatan dan gejala sosial – sejauh mana kita ringankan tulang untuk melakukan yang terbaik untuk umat? Memang lumrahnya tin yang kosong memang bising bila tergolek.

Dalam kita mengejar usia ke alam kubur, kita terbawa-bawa dengan perasaan geram dan alpa. Kita lupa ketidaksempurnaan diri yang dulu kita pun mungkin sama bergelumang dengan kejelekan yang kini kita bercakap pasal orang lain. Dosa kita yang dahulu pun belum terjamin diampun.

Orang yang kita hina, kutuk dan fitnahkan itu sebenarnya mungkin adalah cerminan untuk kita melihat akan diri kita yang sebenar. Ini kerana jari-jari yang menekan gajet kita itu tidak dapat mengingatkan kita tentang alam kekal yang bakal kita tanggung segala apa yang akan terpahat dalam dunia maya.

Jika kita fahami konsep alam digital, kita sebenarnya patut lebih takut. Segala apa yang kita tekan dan petik – ianya tercatat dalam ribuan mungkin jutaan pelayan computer dalam rangkaian sistem di seluruh dunia yang menyimpan segala yang kita luahkan pada papan kekunci komputer mahupun telefon pintar.  Semua itu disimpan dalam awan-awan (clouds) yang entah berapa Terabyte, Petabyte, Exabyte, Zettabyte storan besarnya. Walaupun kita sudah padam di FB kita, ianya sudah terpahat dalam simpanan alam maya. Begitulah yang dilakukan oleh pakar forensik digital yang melakukan siasatan. Dan begitulah segala amalan kita di dunia ini ada tersimpan yang akan diadili nanti. 

Apakah sudah cukup amalan kita untuk kita bebani lagi dengan tanggungan yang tidak perlu?

[Baca: Apa Catatan Pada Akhir Hayat Kita?]

Dalam sebuah hadith lain mafhumnya – seorang Muslim adalah orang yang selamat orang Muslim lainnya dari lisan dan tangannya.

Indahnya pengertiannya hadith tersebut. Sangat sesuai dan menepati di zaman fitnah akhir zaman ini. Biarlah lisan dan tangan kita selamat untuk Muslim yang lain.

Peringatan untuk diri saya sendiri yang banyak alpa. Bukan bertujuan untuk menyinggung sesiapa yang dapati saya tidak begitu responsif dalam banyak grup yang number telefon saya dimasukkan. Saya hanya sesekali mengirim perkongsian dari blog saya akarimomar.wordpress.com atau dari FB page saya www.facebook.com/akarimomarpage

Baca juga:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2016
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 340 other followers

Tauhid