Dalam kes yang dibawa oleh Peguam Negara Amerika Syarikat terhadap harta-harta yang dikaitkan dengan beberapa individu yang dikatakan ada hubungan dengan 1MDB, pendakwaan tersebut adalah di bawah apa yang disebut sebagai Civil Forfeiter – secara khusus “asset forfeiture in rem”. Dikenakan ke atas “barangan” (thing).
Ianya bukan suatu prosidur jenayah (criminal proceeding) – yang pesalahnya/defendannya adalah orang yang dituduh.
Petikan dari Wikipedia:
In civil forfeiture, assets are seized by police based on a suspicion of wrongdoing, and without having to charge a person with specific wrongdoing, with the case being between police and the thing itself, sometimes referred to by the Latin term in rem, meaning “against the property”; the property itself is the defendant and no criminal charge against the owner is needed.[1]
Beban pembuktian tidak bersalah adalah di atas pemilik “barang”
Jadi apa maksudnya?
Saya bukan orang undang-undang. Tetapi saya baca sebahagian dokumen 136 muka surat tersebut untuk fahami kandungannya. Kemudian bertanya dengan rakan-rakan dalam bidangnya sambil membuat beberapa rujukan dan carian.
Dalam kes sebegini, baca betul-betul, ketiga-tiga nama yang disebut tidak dicaj. Defendan yang bakal dirampas (forfeit) adalah “things” (barangan) yang disenaraikan.
Pembuktiannya hanyalah “Preponderance of the evidence” bukannya “Beyond reasonable doubt” – maknanya cukup sekadar “more likely to be true than not true“.
Beban pembuktian tidak bersalah adalah di atas pemilik “barang”. Tidak seperti dalam kes jenayah – di mana yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Dari Wikipedia:
If property is seized in a civil forfeiture, it is “up to the owner to prove that his cash is clean.”
Kesimpulannya.
Kalau perkara sebegini dilakukan di Malaysia, puak-puak Liberal, Majlis Peguam, COMANGO dan seumpamanya pasti akan mengamuk sakan sampai lunyai telinga kita kena tahan nak dengar.
Terlalu banyak penyalahgunaan “Civil Forfeiture” yang telah dilakukan di Amerika Syarikat. Dan terlalu banyak bantahan dan kempen untuk memansuhkan “Civil Forfeiture” ini. Saya hairan mereka seperti Majlis Peguam, COMANGO dan beberapa NGO Liberal yang kononnya memperjuangkan hak asasi membisu dalam hal ini.
Saya ulangi bahawa saya bukan dari bidang undang-undang. Tulisan ringkas saya ini adalah untuk memudahkan orang seperti saya memahami isu yang sedang hangat dibicarakan. Itu sahaja.
Kalau berminat untuk menonton, silakan …
Leave a comment
Comments feed for this article