Eric Paulsen mengatakan bahawa “JAKIM mempromosi ekstremisme setiap Jumaat” (JAKIM is promoting extremism every Friday) melalui tweetnya bertarikh 9hb Januari 2015.

Kenapa EP mengatakan JAKIM mempromosi ekstremisme? Setiap hari Jumaat?

Apakah ianya bermakna setiap hari Jumaat, setiap kali khutbah Jumaat, teks khutbah yang dibaca oleh para khatib adalah menyuruh umat Islam menjadi ekstremis agama?

EP mengatakan “EVERY FRIDAY – SETIAP HARI JUMAAT” – setiap kali khutbah Jumaat? Sangat keterlaluan apabila mengatakan setiap hari Jumaat khutbah-khutbah mengajak para Jemaah supaya menjadi ekstremis. Kalau benarlah sedemikian – habis semua orang bukan Islam mati dibunuh di Tanah Air kita ini. Mungkin Eric Paulsen di antara orang yang pertama dipenggal kepala di Tanah Air jika benar apa yang dia tuduh.

Cuba kita perhatikan tajuk khutbah Jumaat pada tarikh EP mengatakan JAKIM mempromosi ekstremisme … “Menjana Masyarakat Prihatin”. Aneh sungguh. Bagaimana teks khutbah seperti tajuk tersebut dan beberapa petikan berikut dikatakan mempromosi ekstremisme (sumber dari: http://www.islam.gov.my/e-khutbah/59-menjana-masyarakat-prihatin)

  • “antara tujuan syariat yang terpenting ialah menjaga sistem kehidupan manusia dan memperbaikinya ke arah kebaikan meliputi aspek pemikiran, pekerjaan serta hubungan sesama manusia dalam mewujudkan kehidupan yang sempurna.”
  • “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya” (Hadith Riwayat Muslim)
  • … mengamalkan sikap toleransi dan kesamaan. Ingatlah bahawa Islam meletakkan toleransi dan kesamaan di tempat yang penting dalam sistem kehidupan dan kemasyarakatannya.
  • … menjauhi segala sifat mazmumah yang boleh memecah belahkan.
  • … berdasarkan kepada prinsip kesukarelawan ini, mimbar yang mulia ingin berpesan kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita membantu dengan memberi segala pertolongan kepada saudara kita yang ditimpa musibah ini berasaskan hati yang ikhlas kerana Allah SWT
  • “Hendaklah kamu menyayangi makhluk di bumi nescaya segala apa yang ada di langit turut menyayangimu.” (Riwayat al-Tirmizi)

Yang menjadi persoalan yang sangat penting ialah apabila EP menghina institusi Islam, Amerika Syarikat membela beliau? Apa kepentingan Amerika Syarikat pada EP yang membuat AS terpaksa campur tangan?

Baca LAPORAN TERBARU 2016 Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika Syarikat (United States Commission on International Religious Freedom – USCIRF):

… the government continued to target Malaysian human rights lawyer Eric Paulsen, charging him with sedition in February 2015 for criticizing JAKIM and arresting him in March 2015 for tweets critical of hudood punishments. He was released on bail, but authorities continued to question and harass him throughout the reporting period.

Persoalan:

  1. Kenapa USCIRF berminat untuk membela EP?
  2. Di mana masalah “kebebasan beragama” apabila seseorang itu JELAS menghina institusi agama Islam dan amalan ibadat Islam? Sepatutnya USCIRF membantah campurtangan EP yang mempertikai amalan agama Islam dan institusi Islam.
  3. Kenapa USCIRF mempertikai kedaulatan Tanah Air kita yang mempunyai undang-undang yang sudah termaktub dan telah diluluskan oleh Parlimen?

Ini adalah JELAS CAMPUR TANGAN asing dalam kedaulatan Tanah Air kita. Kenapa EP mahu mengheret Amerika Syarikat campur tangan kerana tindak tanduk EP yang celupar menghina institusi agama Islam?

KENAPA AMERIKA SYARIKAT BERSUNGGUH MEMBELA ERIS PAULSEN???

EP-USCIRF-NED

**********

Baca juga: