Itulah pegangan aqidah saya. Hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang benar. Mana-mana agama lain atau fahaman lain adalah salah, palsu, sesat dan menyesatkan.
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Sesungguhnya Agama yang diredhai Allah hanyalah Islam
Adalah salah bagi sesiapa mengatakan ada lagi agama lain yang benar. Atau pun mengatakan mungkin ada lagi agama yang ada kebenarannya. Tidak. Tidak ada lagi agama yang benar selain Islam.
Kenapa perlu kita apologetik? Kenapa kita takut mengatakan agama lain itu salah dan sesat? Kenapa susah sangat untuk kita memberi tahu kepada orang lain bahawa agama yang mereka anuti itu adalah salah?
Kenapa perlunya untuk kita belajar agama lain? Hanya untuk tujuan perpaduan? Supaya ada keharmonian?
Sebenarnya dengan benar-benar memahami Islam itu akan membuat seseorang itu lebih menjaga keharmonian. Bukan sebaliknya – perlu memahami agama lain. Cadangan yang dikemukakan oleh JKMPKA bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah perpaduan dan keharmonian Tanah Air kita.
Kita sudah bertahun lamanya hidup harmoni. Umat Melayu Islam sudah bertahun lamanya terima kaum lain dengan pelbagai anutan untuk tinggal di bumi ini selagi mereka tidak menggangu ketenteraman yang sedia ada.
Malah, ketika Tanah Air sudah ada undang-undang kanun Negeri-Negeri Melayu masing-masing, British terpaksa membawa masuk undang-undang British bagi mengawal pergaduhan yang berlaku antara puak gangster Cina di Tanah Air ini. Sebelum ini kita hidup aman dan harmoni dengan penuh kerukunan berdasarkan kedaulatan perundangan Islam di Tanah Air.
[baca: Kehidupan Yang Harmoni dan Toleransi Tinggi Mulai Terhakis]
Di Tanah Air pun, hanya Agama Islam yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Negara. Agama-agama lain HANYA boleh diamalkan jika mereka boleh menjaga keamanan dan keharmonian (peace and harmony).
*****************
Baca juga isu-isu berkaitan tuntutan jahat atas nama hak asasi …
- Tuntutan dan Ancaman Berterusan IFC
- Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Ancaman Comango dijangka berterusan
- Beyond COMANGO’s demands
- Majoriti rakyat Malaysia tolak Comango
- Usaha Comango zahir sifat hipokrit
- MUAFAKAT Mendesak Kerajaan Bertegas Dengan Pendirian Menolak Tuntutan-tuntutan COMANGO
- Tahniah Presiden PAS! Tolak Tuntutan COMANGO
- Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Zainul Rijal
- Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin
- Perpecahan umat Islam dan helah Comango terserlah
- Tolak Tuntutan COMANGO di UPR
- Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva
- Kerajaan bertegas tolak tuntutan Comango
- Penolakan tuntutan Comango bukti komitmen Malaysia
- Kenyataan Media MuslimUPRo – 23 Mac 2014: Comango Tidak Puas Hati
Leave a comment
Comments feed for this article