Apabila saya menulis “Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?” dua bulan lalu, ada juga yang menegur saya. Bagi yang menegur mereka mengatakan bahawa saya tidak berlaku adil kerana memetik pandangan Dr. Mahathir yang dibuat terhadap Enakmen Hudud PAS di Kelantan dulu, … “ini cerita lama …”, kata sesetengah mereka. Mereka mempersoalkan saya kerana dikatakan saya memetik kenyataan Dr. M yang lama dan tidak kena dengan konteks semasa.
Inilah masalah orang kita apabila membuat komen tanpa terlebih dahulu membaca serta memahami apa yang ditulis. Dalam artikel tersebut saya telah juga mempamerkan infografik sambil memetik ucapan Mahathir yang telah disiarkan oleh Malaysiakini bertarikh 4 Jun 2016. Bukan kenyataan lama beliau.
Malah video temubual beliau turut disiarkan oleh portal yang sama pada tarikh 3 Jun 2016.
Dalam petikan video tersebut jelas ucapan yang terkeluar dari mulut Mahathir sendiri bahawa cadangan pindaan Akta 355 itu tidak adil kerana “cut off Muslim’s hand and give two months jail for non-Muslim for the same crime” – “… memotong tangan orang Islam dan memenjarakan dua bulan orang bukan Islam untuk jenayah yang sama”.
Ini membuktikan bahawa Mahathir TIDAK FAHAM apa yang dia komen. Dia menyebut tentang kesalahan jenayah mencuri. Akta 355 TIDAK ADA KAITAN dengan jenayah mencuri kerana itu termaktub di dalam Kanun Keseksaan (Penal Code). Akta 355 HANYA untuk bidang kuasa Mahkamah Syariah – bukan Mahkamah Sivil (baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya)
Masalahnya juga ialah Mahathir mungkin sudah nyanyuk. Memang betul sedemikian kerana dia sendiri sudah lupa sepertimana dia pernah ungkapkan bahawa “Melayu mudah lupa”
Akta 355 adalah sebuah Akta yang telahpun diluluskan sejak tahun 1965 lagi. Kemudian ianya TELAH DIPINDA PADA TAHUN 1984 – zaman pemerintahan Mahathir sendiri! Apakah dia sendiri yang sudah lupa?
Akta 355 yang dahulunya ditetapkan dengan hanya denda RM1,000 dan penjara enam (6) bulan dipinda dengan menambahkan hukuman denda kepada RM5,000 serta menambah tempoh penjara kepada tiga (3) tahun. Dan dalam pindaan tahun 1984 ini juga memperuntukan hukuman sebat syariah sebanyak enam (6) kali.
Dan pada kali ini hukuman yang disebut sebagai 356 (3 tahun, RM5,000, 6 sebatan) itu ingin dipinda sekali lagi supaya ianya lebih menepati syariat. Akta yang sama dulu telah dipinda dan diluluskan pada zaman Mahathir sekarang ini dia sendiri yang lupa …
Kiriman sebelum ini … Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM?
*********
Baca juga:
- Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta
- Fahami Apa Itu Pindaan Akta 355
- Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang?
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- ‘Joseph Kurup should be sacked’
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Attack on proposed increase of jurisdiction of Syariah Courts unconstitutional and an affront to religious liberty
- Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik
- Apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP)
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
10 comments
Comments feed for this article
16 August, 2016 at 9:13 am
sangjiwa
Salam,
Betul tu, saya ingat ada baca tentang kenyataan Tun yang ini. Bila masuk bab hudud saya hairan dengan beliau selebihnya saya amat menghormatinya.
16 August, 2016 at 9:14 am
Ibrahim Mohamed
Rasanya bukan Tun M sudah lupa…. Dia tidak lupa wpun mgkn telah nyanyuk. Sebenarnya dia keluarkan kenyataan sedemikian semata-mata mahukan sokongan bukan-Islam untuk diri, anak dan mgkn parti barunya.
23 August, 2016 at 1:33 pm
Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355 | Karim's Blog
[…] Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa […]
23 August, 2016 at 10:17 pm
Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355 | Ahmad Ali Karim's Weblog
[…] Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa […]
23 August, 2016 at 10:17 pm
Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355 | Ahmad Ali JetPlane
[…] Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa […]
3 September, 2016 at 12:25 pm
Tiong Lai dan Subra – JANGAN Kamu KHIANATI Undi Orang-orang Melayu-Islam | Karim's Blog
[…] Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa […]
30 October, 2016 at 7:59 pm
Mufti Yang “Power” Boleh Batal Program MB? | Karim's Blog
[…] Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa […]
31 October, 2016 at 7:56 am
“Mokhtar Dahari” Gagal Jaringkan Gol Dek Kerana Kemuncup Di Stokinnya | Karim's Blog
[…] Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa […]
1 November, 2016 at 9:55 am
Isu RUU355 vs Asri : PEMANIS Jawab Mufti Perlis | Karim's Blog
[…] Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa […]
19 November, 2016 at 1:20 am
Video: Mahathir – Grandfather of Street Protests | Karim's Blog
[…] Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa […]