You are currently browsing the daily archive for 19 August, 2016.

Kebanyakan orang amat gemar percaya dengan perkara aneh yang amat ketara tidak logiknya. Malah ramai pula yang apabila mendapat “berita” sedemikian, cepat-cepat kongsikan.

AnakSUltanMurtad-Worldnewsdailyreport2014Cerita-cerita yang menggemparkan sangat kita minati. Lagi menggemparkan lagi seronok kita. Dan kita mahu orang yang terawal menyebarnya.

Pernah menggemparkan dahulu kisah putera DYMM Sultan Selangor murtad masuk Kristian. Sungguh menggemparkan cerita sedemikian. Ditambah sensasi lagi apabila ramai yang percaya dan menyebarkannya tanpa menyiasat sumber serta kesahihannya.

Bagi saya, tersebarnya (atau direkanya) cerita sedemikian lebih kepada angkara jahat musuh yang sengaja ingin mencemarkan imej DYMM Sultan Selangor yang pada ketika itu dilihat antara Duli-Duli Raja-Raja Melayu yang amat peka dengan isu Islam dan banyak membuat penegasan menghalang penyebaran agama Kristian kepada orang-orang Islam. Apakah ini sebab Tuanku diserang sedemikian rupa?

search-fenomenabulantawafTerbaru, di blog saya, sudah masuk 5 hari berturut-turut, perkataan carian yang paling popular ialah berkaitan “bulan tawaf Kaabah” dan seumpamanya. Ini bukan seorang dua yang duduk buat carian dan bacanya … ini beribu “hits”nya. Saya sendiri pun tidak faham.

Kalau kita baca beberapa mesej yang diviralkan berkaitan cerita bulan tawaf Kaabah, kita akan dapati beberapa “fakta” yang tidak masuk akal.

Saya sudah pernah menjawab isu ini dua kali pada tahun 2011 (Fenomena Kedudukan Bulan Di Atas Kaabah) dan pada tahun 2015 (Mesej Bulan Mengelilingi Kaabah – Usah Percaya)

Ringkasnya;

  1. Jangan kita terlalu mudah percaya benda-benda yang nampak “ajaib”
  2. Jangan mudah menerima “berita” tanpa pastikan kebenarannya
  3. Jangan kita sibuk hendak jadi orang yang terawal sebar berita palsu
  4. Awas dengan beberapa laman sesawang yang banyak menyebar berita palsu
  5. Lengkapkan diri untuk mengenali ciri-ciri mesej palsu dan rekaan. Apabila nampak terlalu “hebat” atau “ajaib” … dengan memasukkan sandaran-sandaran “fakta yang nampak sungguh asli” tetapi apabila kita teliti, kita akan dapati ciri-ciri penipuannya.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

August 2016
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 340 other followers

Tauhid