MalamCintaNegara-UHN-2016Bertempat di tepi pantai Bagan Ajam Butterworth, Raudhatul Huda bakal menganjurkan satu program dakwah lapangan  beracara pentas yg diberi nama : “MALAM CINTA NEGARA”(MCN) pada 30hb Ogos 2016 ini. Tema pada sambutan tahun lepas dikekalkan iaitu :”MENCARI ASAL USUL- SEHATI SEJIWA”
Program dakwah lapangan beracara pentas ini adalah buat kali yang ke 5 setelah julung kali diperkenalkan pada 4 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2012, bertempat dipersisiran pantai Queensbay, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Program pada kali ini adalah bertujuan mengajak orang ramai mencintai negara, menyambut serta menghayati hari kemerdekaan negara yang ke 59 sekaligus menyampaikan dakwah dengan mengedarkan risalah dakwah, ceramah khas bertajuk :”Siapa Komunis” oleh penceramah undangan khas. MCN akan disemarakkan lagi dengan Dakwah Musical Talk Show bersama ustaz Hafiz Nordin.
Begitu juga persembahan istimewa lagu-lagu ketuhanan dan semangat patriotik dari artis tempatan Band 165.
Band 165 ini terbentuk hasil dari ilham Ketua Pengarah Raudhatul Huda sendiri Ustaz Hafiz Nordin pada tahun 2012 yang lalu.
Program kali ini juga akan membuat ‘count down’ ke detik 12 tengah malam bagi menyambut tanggal 31 Ogos tarikh kemerdekaan Malaysia.
Sambutan dibuat dengan doa selamat yang akan dilafazkan oleh Ustaz Hafiz Nordin, selesai doa lagu Negaraku akan dimainkan.
MCN akan diteruskan dengan lagu-lagu patriotik.
… sumbangan kiriman dari Ustaz Hafiz Nordin …