You are currently browsing the monthly archive for August 2016.

Itulah pegangan aqidah saya. Hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang benar. Mana-mana agama lain atau fahaman lain adalah salah, palsu, sesat dan menyesatkan.

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Sesungguhnya Agama yang diredhai Allah hanyalah Islam

Adalah salah bagi sesiapa mengatakan ada lagi agama lain yang benar. Atau pun mengatakan mungkin ada lagi agama yang ada kebenarannya. Tidak. Tidak ada lagi agama yang benar selain Islam.

Kenapa perlu kita apologetik? Kenapa kita takut mengatakan agama lain itu salah dan sesat? Kenapa susah sangat untuk kita memberi tahu kepada orang lain bahawa agama yang mereka anuti itu adalah salah?

Kenapa perlunya untuk kita belajar agama lain? Hanya untuk tujuan perpaduan? Supaya ada keharmonian?

JKMPKA-janganIFCSebenarnya dengan benar-benar memahami Islam itu akan membuat seseorang itu lebih menjaga keharmonian. Bukan sebaliknya – perlu memahami agama lain. Cadangan yang dikemukakan oleh JKMPKA bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah perpaduan dan keharmonian Tanah Air kita.

Kita sudah bertahun lamanya hidup harmoni. Umat Melayu Islam sudah bertahun lamanya terima kaum lain dengan pelbagai anutan untuk tinggal di bumi ini selagi mereka tidak menggangu ketenteraman yang sedia ada.

[baca: Tidak Ada Di Dunia Ini Di Mana Bangsa Pendatang Diterima Dengan Tangan Terbuka … Kecuali Di Tanah Melayu]

Malah, ketika Tanah Air sudah ada undang-undang kanun Negeri-Negeri Melayu masing-masing, British terpaksa membawa masuk undang-undang British bagi mengawal pergaduhan yang berlaku antara puak gangster Cina di Tanah Air ini. Sebelum ini kita hidup aman dan harmoni dengan penuh kerukunan berdasarkan kedaulatan perundangan Islam di Tanah Air.

[baca: Kehidupan Yang Harmoni dan Toleransi Tinggi Mulai Terhakis]

Di Tanah Air pun, hanya Agama Islam yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Negara. Agama-agama lain HANYA boleh diamalkan jika mereka boleh menjaga keamanan dan keharmonian (peace and harmony).

*****************

Baca juga isu-isu berkaitan tuntutan jahat atas nama hak asasi …

tengkingSehari dua ni semacam asyik terserempak dengan muka-muka yang ada dalam video yang saya pautkan di bawah ini.

Menonton video ringkas tersebut tertanya pula apabila kita berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan apakah perlu kita menengking pegawai atau kakitangan yang bertugas?

Saya ingin ucapkan syabas kepada pegawai/kakitangan kerajaan yang tetap sabar dan profesional dalam melaksanakan tugas mereka walaupun berhadapan dengan kerenah orang-orang yang merasakan mereka menang apabila meninggikan suara.

Manusia tetap akan membuat kesilapan …

Apabila hendak saman orang bukan main gah lagi. Sekarang ini dia pula yang hendak gantungkan kes samannya. Itulah yang berlaku apabila masuk hari kedua perbicaraan saman Eric Paulsen (EP) terhadap Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (UHN) hari ini.

Pagi tadi YA Hakim menangguhkan perbicaraan kes untuk meneliti hujah tambahan yang dihantar LEWAT petang semalam oleh peguam plantif (EP) bagi memohon untuk kes samannya digantung. Dalam permulaan sesi perbicaraan pagi semalam, peguam EP memohon supaya kes samannya digantung tanpa tarikh.

PELIK. Kenapa pelik? Sebabnya, EP yang mulakan saman terhadap UHN, tetapi apabila mula perbicaraan, dia pula yang minta gantung tanpa tarikh.

Lazimnya, defendan yang akan berhempas pula melenggah-lenggahkan perbicaraan kerana takut dengan saman yang dihadapkan.

LAIN PULA dalam hal ini apabila, orang yang memulakan saman, plaintif, yang main hendak tangguh-tangguh. Kes sudah di depan mata. Engkau yang hendak saman orang, engkau pula tidak berani berhadapan.

Baca: Kenapa Amerika Syarikat Bersungguh Membela Apabila Eric Paulsen Hina Islam? Apa Agenda Sebenar Mereka?

Kepada para aktivis Islam  yang datang memberi sokongan di Mahkamah Tinggi NCvC 9, tingkat 9, tadi kami ucapkan syabas. Insha Allah kita akan bersama pada jam 2:30 petang nanti untuk YA Hakim membuat keputusan permohonan pergantungan kes. [Solidariti Bersama Ustaz Hafiz Nordin LAWAN Eric Paulsen Di Mahkamah Tinggi]

Sama-sama kita doakan agar mereka yang memusuhi Islam dan menghina institusi Islam di Tanah Air ini kelu lidah mereka untuk berhujah dan semoga Allah S.W.T. memberi kemenangan berpihak kepada Islam umumnya dan kepada Ustaz Hafi Nordin khususnya dalam kes ini.

Saman EP-UHN - gantung

Eric Paulsen mengatakan bahawa “JAKIM mempromosi ekstremisme setiap Jumaat” (JAKIM is promoting extremism every Friday) melalui tweetnya bertarikh 9hb Januari 2015.

Kenapa EP mengatakan JAKIM mempromosi ekstremisme? Setiap hari Jumaat?

Apakah ianya bermakna setiap hari Jumaat, setiap kali khutbah Jumaat, teks khutbah yang dibaca oleh para khatib adalah menyuruh umat Islam menjadi ekstremis agama?

EP mengatakan “EVERY FRIDAY – SETIAP HARI JUMAAT” – setiap kali khutbah Jumaat? Sangat keterlaluan apabila mengatakan setiap hari Jumaat khutbah-khutbah mengajak para Jemaah supaya menjadi ekstremis. Kalau benarlah sedemikian – habis semua orang bukan Islam mati dibunuh di Tanah Air kita ini. Mungkin Eric Paulsen di antara orang yang pertama dipenggal kepala di Tanah Air jika benar apa yang dia tuduh.

Cuba kita perhatikan tajuk khutbah Jumaat pada tarikh EP mengatakan JAKIM mempromosi ekstremisme … “Menjana Masyarakat Prihatin”. Aneh sungguh. Bagaimana teks khutbah seperti tajuk tersebut dan beberapa petikan berikut dikatakan mempromosi ekstremisme (sumber dari: http://www.islam.gov.my/e-khutbah/59-menjana-masyarakat-prihatin)

  • “antara tujuan syariat yang terpenting ialah menjaga sistem kehidupan manusia dan memperbaikinya ke arah kebaikan meliputi aspek pemikiran, pekerjaan serta hubungan sesama manusia dalam mewujudkan kehidupan yang sempurna.”
  • “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya” (Hadith Riwayat Muslim)
  • … mengamalkan sikap toleransi dan kesamaan. Ingatlah bahawa Islam meletakkan toleransi dan kesamaan di tempat yang penting dalam sistem kehidupan dan kemasyarakatannya.
  • … menjauhi segala sifat mazmumah yang boleh memecah belahkan.
  • … berdasarkan kepada prinsip kesukarelawan ini, mimbar yang mulia ingin berpesan kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita membantu dengan memberi segala pertolongan kepada saudara kita yang ditimpa musibah ini berasaskan hati yang ikhlas kerana Allah SWT
  • “Hendaklah kamu menyayangi makhluk di bumi nescaya segala apa yang ada di langit turut menyayangimu.” (Riwayat al-Tirmizi)

Yang menjadi persoalan yang sangat penting ialah apabila EP menghina institusi Islam, Amerika Syarikat membela beliau? Apa kepentingan Amerika Syarikat pada EP yang membuat AS terpaksa campur tangan?

Baca LAPORAN TERBARU 2016 Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika Syarikat (United States Commission on International Religious Freedom – USCIRF):

… the government continued to target Malaysian human rights lawyer Eric Paulsen, charging him with sedition in February 2015 for criticizing JAKIM and arresting him in March 2015 for tweets critical of hudood punishments. He was released on bail, but authorities continued to question and harass him throughout the reporting period.

Persoalan:

  1. Kenapa USCIRF berminat untuk membela EP?
  2. Di mana masalah “kebebasan beragama” apabila seseorang itu JELAS menghina institusi agama Islam dan amalan ibadat Islam? Sepatutnya USCIRF membantah campurtangan EP yang mempertikai amalan agama Islam dan institusi Islam.
  3. Kenapa USCIRF mempertikai kedaulatan Tanah Air kita yang mempunyai undang-undang yang sudah termaktub dan telah diluluskan oleh Parlimen?

Ini adalah JELAS CAMPUR TANGAN asing dalam kedaulatan Tanah Air kita. Kenapa EP mahu mengheret Amerika Syarikat campur tangan kerana tindak tanduk EP yang celupar menghina institusi agama Islam?

KENAPA AMERIKA SYARIKAT BERSUNGGUH MEMBELA ERIS PAULSEN???

EP-USCIRF-NED

**********

Baca juga:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

August 2016
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid