You are currently browsing the monthly archive for September 2016.
Bahagian 1: Melayu MUDAH LUPA Atau Mahathir YANG LUPA?
Mahathir tidak habis-habis bantah cadangan pindaan kepada Akta 355.
[Kalau belum tahu apa itu Akta 355 – sila baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya]
Macam-macam putar-belit diberikannya.
“Mereka cuba melakukan sesuatu yang tidak adil…mahu potong tangan seorang muslim sedangkan orang bukan Islam hanya dipenjara dua bulan. Saya tetap berpendirian bahawa apa yang mereka cadangkan adalah tidak Islamik”
Kenapa Mahathir marah sangat dengan cadangan penambah-baikan Mahkamah Syariah?
Kita harus maklum bahawa Akta 355 adalah suatu akta yang telah diluluskan pada tahun 1965.
Akta ini telah dipinda dengan menaikkan denda dari RM1,000 kepada RM5,000 dan penjara dari 6 bulan kepada 3 tahun serta ditambah baru dengan hukuman rotan. Pindaan ini dibuat pada tahun 1984. Ya, pada ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. Dia sudah lupa dulu dia sudah pinda untuk naikkan hukuman Mahkamah Syariah?
Dan, pada tahun 1989 (ya, zaman Mahathir menjadi PM juga), Akta ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Mahathir sudah lupa?
Kenapa sekarang dia lupa? Bahawa Akta ini sudah pernah dipinda zaman dia menjadi PM.
Dia sering memberi contoh yang salah dalam putar-belitnya. Dia kaitkan dengan hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri. Mahkamah Syariah dan Akta 355 TIDAK ADA KAITAN dengan kes mencuri dan merompak. Kesalahan-kesalahan sedemikian itu di bawah Akta 574 – Kanun Keseksaan bukan di bawah Akta 355 (kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah telah ditetapkan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan, baca: Apa Itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?)
Sering juga mereka mengatakan bahawa cadangan pindaan ini adalah BERCANGGAH dengan Perlembagaan Persekutuan. SALAH!
Malah, Perlembagaan Persekutuanlah yang telah menetapkan untuk adanya Akta sedemikian dan pindaan seterusnya adalah Pindaan Akta 355 TIDAK BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sama-sama kita usaha dan doakan agar cadangan pindaan ini diterima oleh majority ahli Parlimen.
Sama-sama kita gerakkan usaha dan tekanan agar wakil-wakil rakyat kita akan menyokong undi di Parlimen nanti.
*********
Baca juga:
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- ‘Joseph Kurup should be sacked’
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Attack on proposed increase of jurisdiction of Syariah Courts unconstitutional and an affront to religious liberty
- Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik
- Apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP)
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
Menarik apabila melihat perancangan Dr. Mahathir yang serba tidak menjadi kebelakangan ini.
Dulu dia kata “Melayu Mudah Lupa”
Dulu dia kata George Soros adalah “penyagak mata wang”
Mahathir lupa George Soros sumbang dana untuk BERSIH?
Atau Mahathir sudah lupa MUSUH #1 – “penyagak mata wang”
Tetapi orang Cina tidak lupa Mahathir. Orang Cina angkat poster “Mahafiraun, we still remember what you did last time” apabila Mahathir sertai BERSIH 4.
HENTIKAN SEBARANnya.
JANGAN viralkan.
Masih ada yang rasa seronok hendak sebar mesej yang tidak disiasat terlebih dahulu. Kononnya mengambil pangajaran dari ayat-ayat Al Quran. Rupanya kita tidak sedar, mesej yang kita sebarkan mempunyai unsur ajaran Kristian.
[baca juga: Gempa Nepal: Kita Sebar Whatsapp Dakyah Kristian?]
TOLONG jangan terlalu mudah sebar-sebarkan cerita yang anda sendiri tidak pasti kebenaran.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al Quran Surah Al-Hujurat (49) Ayat 6.
Peringatan ini amat jelas. Dan sepatutnya menjadi amalan disiplin diri dalam kehidupan alaf serba cepat pemberitaan melalui alam maya ini.
Kebanyakan kita tanpa usul periksa terus dipanjangkan kepada sahabat lain. RAmai juga yang langsung tidak baca – hanya seronok forward.
Kerap kali mesej yang berkaitan dengan beberapa bala bencana berlaku pada 26hb dikaitkan dengan ayat Al Quran dari Juz 26 kononnya berbunyi:
“sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat”
Bila masa kita sebut petikan ayat al Quran dengan merujuk kepada bilangan Juz? Itupun sudah jelas.
Kenapa mereka sengaja menggunakan Juz tidak disebut Ayat dari Surah terus? Sebab jika diberikan nombor ayat dan surahnya, mudah kita hendak cari.
Tetapi kalau ayat dari satu Juz, bagaimana hendak kita periksa 20 muka surat Al Quran dalam Juz 26, sudah tentu memakan masa. Sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk kita selidiki.
Ini zaman “google”. Ambil petikan ayat, “copy & paste” buat carian. Sudah pasti ayat yang dicari itu mudah dijumpai dan ia sebenarnya dari Bible Kristian Haggai 2:6.
Kenapa kita terlalu mudah terjerat dengan perangkap agenda musuh? Allah telah pesan kepada kita dengan ayat “tabayyun” di atas. Tetapi kita seronok untuk berkongsi benda yang tidak kita selidiki terlebih dahulu.
Ada juga orang kita yang asyik sebar/forward mesej-mesej berikut: Fenomena Kedudukan Bulan Di Atas Kaabah
Sebab itu jangan kita terlalu mudah percaya mesej-mesej yang pelik-pelik Mesej Bulan Mengelilingi Kaabah – Usah Percaya
Bagaimanakah hendak kita bayangkan keadaan gelap gelita di dalam kubur yang sunyi dengan keadaan kita yang berseorangan. Dengan keadaan cahaya yang sentiasa ada di sekeliling kita walaupun dalam keadaan malam yang gelap – tetap ada sedikit sumber cahaya dari sudut sana sini yang sukar untuk kita bayangkan kegelapan sebenar yang gelap gelita dengan penuh kesunyian bersendirian.
Sepinya saya dari alam maya blog dan FB ini, beberapa hari lalu, telah memberi pengalaman baharu untuk merasai sendiri keadaan sedemikian. Bertambah terasa apabila baru sangat beberapa hari letakkan jenazah ayah mertua ke dalam liang lahat sambil membetulkan posisinya mengadap kiblat.
Bagi yang tidak pernah merasainya, sukar untuk mendapat gambarannya. Gelapnya suasana sehingga tangan sendiripun tidak mampu kita lihat hatta dibawa ke hadapan mata hingga tersentuh batang hidung pun masih tidak nampak. Teringat pengkisahan yang dinukil seorang ulamak bahawa semut yang hitam berjalan di bawah batu yang hitam dalam keadaan gelap gelita pun Allah tahu apatah lagi segala perbuatan kita sama secara terangan mahupun yang cuba kita sorok semuanya tercatit oleh para malaikat yang diberi tugas demikian.
Sunyi sepinya keadaan sehingga sesekali setitis air yang jatuh pun mampu didengar dengan jelas. Namun, tiada air yang menitis. Tiada suara sahabat handai dan sanak keluarga yang kedengaran. Jauh sekali bunyi bising hiruk pikuk kota yang sibuk. Jauh sekali terdengar pelbagai mesej WhatsApp yang masuk setiap 10 saat yang benar-benar menggangu kehidupan harian kita kini. Terasa damai sekali. Namun pelbagai perasaan mulai menggangu dalam kesunyian sedemikian. Takut dan seram – apakah ada makhluk lain yang turut berada bersama kita dalam keadaan kita berseorangan begitu. Apakah reaksi kita jika tiba-tiba menjelma ia di hadapan kita? Lari? Ke mana hendak pergi? Jerit? Siapa yang dengar?
Bagi yang mempunyai masalah Claustrophobia, berada dalam gua yang sempit, gelap lagi sunyi – amat mencabar. Perasaan bimbang dan risau turut menggangu – kalau-kalau nanti tiada orang yang tahu untuk mencari kita jika berlaku apa-apa. Kerana tiada peralatan komunikasi yang dibawa. Walaupun jika dibawa sekali, tiada pembekal telekomunikasi yang menyediakan stesen pemancar jauh ke dalam gua yang sunyi.
Tiada apa peralatan yang bercahaya dibawa ke dalam. Hanya dipimpin oleh seorang pembimbing untuk masuk jauh ke dalam sudut gua berpandukan lampu suluh beliau sebelum beliau meninggalkan dan hanya datang kembali setelah sekalian lama ditinggalkan hingga terasa lapar.
Begitulah yang dialami dengan pelbagai pengalaman yang mencabar selama empat hari tiga malam yang lalu. Ia mampu membina kekuatan dalaman. Ianya memberi kedamaian yang sangat dicari. Sudah pasti ia mampu mengingatkan tentang orang-orang yang telah kita tinggalkan di dalam liang lahad. Mungkin kita sudah semakin lupa akan mereka. Kita semakin lupa untuk mengirim sedekah kepada ibu bapa kita yang sudah pergi. Mereka amat mengharapkan.
Setiap tahun timbul cerita yang sama. Apabila umat Islam melaksanakan ibadah korban, musuh-musuh Islam menimbulkan dengan pelbagai persoalan yang bukan-bukan.
Di mana suara mereka apabila lembu-lembu dipermainkan serta dipertontonkan di Sepanyol, dan di beberapa buah negara Barat yang lain dengan pelbagai pesta?
Kenapa mereka diam apabila masyarakat Denmark membunuh ratusan ekor ikan paus setiap tahun semenjak beratus tahun? Di bunuh untuk seronok-seronok!
Bagaimana seluruh masyarakat dunia diam apabila tauke-tauke conglomerate dunia mendapat keuntungan hasil jutaan binatang yang dibunuh setiap hari untuk orang-orang hidup mewah seluruh dunia terikut-terikut dengan budaya Amerika makan di restoran-restoran segera atas pelbagai jenama KFC, McD dan seumpamanya.
Neraca apa yang mereka guna?
A couple who always enjoyed to be with my almarhum beloved father-in-law (despite very little verbal exchanges) – either at our house or when we visited their house – wrote this touching piece …
We are sad to hear of Pa’cik’s passing, but we are also happy that he passed on after a long, fruitful, and interesting life – and in the care of a very loving and supportive family.
We have always been very happy to see Pa’cik, and – judging from his smiles – he has been at ease visiting us. And we have always been very moved by the way you have all looked after him. In that respect, he was a very, very lucky man – having a family like you all to help him through the autumn and winter days. You are really good people.
We were so glad to see Pa’cik just days before he passed away. No, he wasn’t his old self, and he was probably ready to go – but he had reached his nineties and he was still loved, he could still walk around, he could still smile with a twinkle in his eye. He had that same twinkle in his eye when we last saw him a few days ago. And it is that which we will remember him by: the Pa’cik with the twinkling eyes – and there aren’t many of those around!.
So our sadness is mixed with a particular pleasure. For me, it is the same feeling I had when I visited Maznoor’s uncle in his hospital room shortly before he died. This was an uncle Maznoor had often talked about, an uncle who had been a good companion, guide, and inspiration – a source of so many interesting stories from a long and varied life. And now, at last (if just too late to hear such stories from his own lips) I was meeting the man. It was a shame it was late, but it was a privilege nonetheless.
We would love to see you all when you are less preoccupied – and send you our apologies for not seeing you today, but I am a little handicapped when it comes to sitting for any length of time.
But our prayers are with you all.
Iain and Maznoor.
Tersebar petang tadi seorang perempuan wanita, katanya bernama Bedah Kassim (perlu pastikan nama penuhnya sebelum sesiapa yang berhasrat hendak buat laporan polis) telah menunjuk isyarat mencarut di khalayak ramai ketika sesi soal jawab dalam forum yang membincang RUU Akta 355 pada 5hb Sep 2016.
Tindakan seperti itu boleh dituduh di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan:
KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
Seksyen 509 – Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Ada sesiapa hendak lapor polis untuk siasatan lanjut?
Biar grafik di bawah membicarakan …
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah pepatah lama.
Mother Teresa baru diangkat ke taraf “Saint” oleh Vatikan di Dataran Saint Peters (Piazza San Pietro) semalam, Ahad 4hb Sep 2016.
Bagi golongan Kristian Katolik, Mother Teresa diagungkan dan diraikan sebagai orang yang banyak “membantu orang sakit dan miskin” NAMUN bagi ramai orang di Kolkata (Calcutta) beliau dikira sebagai orang yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang sambil mengatakan lebih banyak kemudaratan yang dilakukannya berbanding sedikit sahaja kebaikannya.
Seorang doktor berpusat di London, Aroup Chatterjee, menerbitkan sebuah buku berjudul “Mother Teresa: The Final Verdict” (2003) mengkritik Mother Teresa dengan mengatakan bahawa “I personally think that she did more harm than good”
“She was very cruel in how she treated people at her home for the dying. I think she preached a very negative, very medieval, obscurantist ideology.”
University of Montreal and University of Ottawa pernah melakukan kajian pada tahun 2003, meneliti hampir 300 dokumen Mother Teresa turut mempersoalkan cara pengendalian pesakit yang menambahkan derita sambil mempersoalkan cara beliau uruskan sumbangan dana yang besar.
“her rather dubious way of caring for the sick, questionable political contacts, her suspicious management of the enormous sums of money she received …”
Sebuah majalah perubatan yang ternama dari UK pada tahun 1994, The Lancet, melaporkan bahawa ubatan asas untuk membantu pesakit tidak diberikan kepada pesakit-pesakit yang mampu sembuh sebaliknya dibiarkan di rumah Mother Teresa untuk dibiarkan mati.
Malah di antara rungutan mangsa atau keluarga mangsa ialah “her Missionaries of Charity pushed conversion on its patients” Dan ini juga turut dilaporkan berlaku di tempat-tempat lain dengan mengambil kesempatan pesakit yang sedang menderita di katil hospital dengan janji palsu untuk dimurtadkan.
Pengalaman pahit mangsa yang mendapat layanan buruk Mother Teresa dan pasukannya dikongsi semenjak dia masih hidup malah bertambah benci kerana penderitaan mangsa disembunyikan dan hanya nama baik Mother Teresa disebut-sebut oleh golongan Katolik sehingga mengangkatnya menjadi seorang “Saint”.
Sebab itu banyak yang terselindung dan tidak didedahkan mangsa dari kerja-kerja kotor sebegini kononnya dengan mengguna label-label menarik dan atas nama “Love, Hope and Charity” – Kasih saying, Harapan dan Kebajikan.
Membaca laporan-laporan sebegini berhubung Mother Teresa yang disembunyikan Vatikan membuat saya teringat dengan kes-kes penganiayaan seks yang telah menjadi isu darah daging Vatikan sejak berzaman dan tidak mampu dipulihkan.
Paedophile Aktif Di Gereja Malaysia?
Pedofilia dan Penganiayaan Seks Dengan Vatican dan Gereja – Berpisah Tiada
Sah! Kes Pedofilia Banyak Dan Cuba Disembunyikan Oleh Vatican
Husam Musa kata kalau Tok Guru Nik Aziz masih ada Tok Guru akan ikut Husam masuk PAN. Dan Husam kata dia hendak berjumpa dengan TG Nik Aziz di akhirat nanti. Nak ajak masuk PAN?
Hebatlah Husam. Saya tidak mahu ulas panjang – cukup dengan persoalan grafik bagaimana untuk fahami sifir Husam. Memang selalu menarik apabila kita cuba fahami sifir-sifir beliau.
Pernah dulu beliau mengeluarkan sifir punca sebenar banjir besar di Kelantan tahun 2014. Ianya berpunca dari TNB melepaskan air dari empangan Kenyir 2. Husam Musa mengatakan bahawa Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?
Sungguh memalukan jika begitulah sifirnya sehingga Kenyataan TNB Menjawab Fitnah Husam Musa.
Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?
Dan kenapa Antara Lojing Dan Kenyir 2 – Kenapa Husam Pilih Kenyir 2?
Teringat pula akan di awal penubuhan apa yang sekarang ini menjadi Parti Kuali Leper (PAN) … apa kata Husam? … Permulaan PASMA Sudah Pun Berbohong.
Dan ketika sukarelawan seluruh Malaysia memberi tumpuan bantuan banjir di Kelantan ada orang sibuk berceramah politik … Ceramah Isu Semasa: Ada Sesiapa Nak Datang Dengar?
Kedua-dua Presiden MCA dan MIC bertanding di kawasan di mana pengundi Melayu mengatasi bilangan pengundi bangsa lain. Juga, suatu fakta yang tidak boleh disangkal bahawa orang-orang Cina secara menyeluruhnya menolak SEMUA calon Cina MCA dan Gerakan dalam PRU13 yang lalu. Yang memenangkan calon-calon Cina baik dari MCA mahupun dari Gerakan adalah hasil dari sokongan padu pengundi Melayu yang mahukan BN kekal memerintah.
Maka, wakil-wakil rakyat Cina dan India MESTI SEDAR bahawa orang-orang Melayulah telah meletakkan kamu di Parlimen itu. Dan sudah semestinya kamu sedar bahawa orang-orang Melayu mahu kamu mempertimbangkan dan membuat keputusan demi kepentingan orang-orang Melayu Islam di Parlimen – BUKAN kepentingan nasib bangsa kamu sendiri yang sebenarnya telah pun MENOLAK kamu.
Dengan itu semestinya, wahai Presiden MCA dan MIC sedarlah bahawa, keberadaan kamu di Parlimen adalah atas ihsan undi orang-orang Melayu-Islam yang mahukan Islam di Tanah Air ini berdaulat. Jangan kamu sia-siakan amanah kami berikan kepada kamu.
Sila hormati hak Perlembagaan orang-orang Islam. Kamu MESTI SOKONG RUU AKTA 355.
Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355
Jangan lupa … baca juga … Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM?
*********
… dan seterusnya lagi:
- Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta
- Fahami Apa Itu Pindaan Akta 355
- Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang?
- Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- ‘Joseph Kurup should be sacked’
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Attack on proposed increase of jurisdiction of Syariah Courts unconstitutional and an affront to religious liberty
- Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik
- Apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP)
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
Recent Comments